Nak Cepat Bersalin, Ibu Boleh Amalkan 14 Makanan & Aktiviti Ini, Sesuai Buat Ibu Tengah Sarat!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

“Alahai, due date dah dekat tapi kenapa takda tanda baby nak keluar ni? Adoiii… tak naklah kena induce.” Haaa…makin lama menunggu makin nervous, bukan? Nak tahu petua cepat bersalin? Hello Doktor ada jawapannya untuk bantu percepatkan proses kelahiran anak.

Petua cepat bersalin melalui makanan dan minuman

Pasti anda pernah mendengar petua mempercepatkan bersalin seperti memperbanyakan berjalan dan melakukan senaman ringan. 

Namun pada perkongsian kali ini anda akan dapat mengetahui jenis makanan dan minuman yang boleh membantu proses bersalin anda.  Berikut adalah senarai makanan dan minuman tersebut:

Makanan 

Makanan pedas

Dikatakan makanan pedas seperti kari atau tom yam dapat membantu membuatkan anda cepat bersalin.

Ini kerana apabila anda makan makanan ia akan merangsang prostaglandins yang akan menyebabkan kontraksi pada dinding rahim. Namun, pastikan anda makan dalam jumlah yang terkawal dan elakkan makanan yang terlalu pedas.

Betik muda

Di dalam betik dipercayai mengandungi enzim yang dipanggil papain. Enzim ini berfungsi untuk merangsang kontraksi di dalam rahim. 

Nanas

cepat bersalin

Buah berwarna kuning ini mengandungi bromelain iaitu enzim aktif yang dikatakan boleh melembutkan serviks dan merangsang kontraksi untuk bersalin. 

Kurma

Umumnya ia dikenali sebagai sumber makanan yang dapat membekalkan tenaga. Selain dapat memudahkan proses bersalin, ia juga dikatakan dapat mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin serta dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim.

Telur

Perkongsian pengalaman daripada individu yang pernah bersalin, mereka mengatakan memakan telur sebelum due date dapat membantu mempermudahkan proses bersalin.

Mungkin anda boleh mencuba petua cepat bersalin ini. Tetapi pastikan telur yang anda makan itu masak sempurna kerana telur yang kurang masak adalah tidak elok untuk bayi dalam kandungan.

Macam kelakar aje bunyinya, makan telur untuk bantu cepat bersalin, tetapi takda salahnya untuk mencuba, bukan?

Minuman

Teh jintan

Minuman ini dikatakan biasa digunakan bagi merawat masalah perut kembung atau sebarang masalah berkaitan sistem pencernaan. Namun ia juga boleh membantu mempercepatkan proses bersalin.

Anda hanya perlu mengambil satu sudu jintan dan dimasukkan ke dalam air panas sebelum meminumnya. 

Kelapa muda

Ada petua yang mengatakan, apabila usia kandungan mula berganjak ke tujuh bulan, anda amat disarankan untuk memperbanyakkan meminum air kelapa. Ia dikatakan dapat memudahkan proses kelahiran. Selain itu, air kelapa muda juga boleh membantu menjaga kesihatan ibu dan juga janin jika diamalkan. 

makanan cepatkan proses kelahiran anak

Daun teh rasberi

Terdapat kajian yang mendapati pengambilan teh ini dikatakan dapat mengurangkan risiko kelahiran terlebih due date. Ia dipercayai dapat merangsang kontraksi dan melembutkan otot rahim.

Air zam-zam

Minuman dari tanah Arab ini dikatakan boleh membantu anda untuk cepat bersalin. Mungkin ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik, tetapi tidak salah mencuba, bukan?

Cumin tea

Ada yang mengatakan minuman ini dapat membantu mempercepatkan proses bersalin. Malahan kalau ingin lebih berkesan, minuman teh ini boleh ditambah dengan kayu manis, jintan dan madu.

Minyak kelapa dara

Turut dikenali sebagai virgin coconut oil (VCO), bahan ini dikatakan dapat membantu proses bersalin.

Ia juga merupakan bahan yang boleh melawan jangkitan. Ia boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul. Terdapat juga sesetengah individu yang menggunakannya sebagai minyak sapu pada bahagian perineum bagi mengelakkan koyakan semasa bersalin.

Dapatkan kepastian

Senarai makanan dan minuman di atas bukanlah atas cadangan pakar perubatan. Jadi terdapat kemungkinan ia mungkin berkesan kepada individu lain tetapi tidak pada anda.

Walau bagaimanapun, sebelum anda mencuba sebarang petua cepat bersalin, sebaiknya anda mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor bertauliah. 

Kaedah semula jadi lain

Jika anda takut untuk mencuba mengambil sebarang makanan atau minuman sebagai petua cepat bersalin, mungkin beberapa kaedah semula jadi berikut yang dikatakan turut dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran anak boleh dicuba. 

Berjalan kaki

Pastinya anda pernah mendengar petua daripada individu yang lebih berusia untuk memperbanyakkan berjalan. Anda boleh memilih sama ada berjalan kaki atau mungkin menaiki tangga.

Dikatakan tekanan graviti boleh membantu bayi untuk turun lebih jauh ke dalam saluran kelahiran dan mengembangkan serviks dengan tekanan mudah. Tip ini juga boleh dianggap sebagai senaman yang dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi. 

Tetapi jangan memaksa diri untuk berjalan terlalu lama atau jauh dan elakkan dari menjadi terlalu penat, okay? 

proses kelahiran anak

Rendaman air hangat

Menunggu saat melahirkan pastinya boleh mendatangkan tekanan, jadi anda boleh mencuba tip mandian air hangat. Selain dapat membantu meredakan rasa tekanan, ia juga dikatakan dapat membantu mempercepatkan proses kelahiran bayi. 

Melantun bola yoga

Sebelum tarikh jangkaan melahirkan bayi, anda boleh bermain dengan bola yoga dengan melantunkannya. Dikatakan pada ketika melantunkan bola, anda mungkin akan mengalami beberapa kontraksi. Sekiranya keadaan itu berlaku, itu sudah tentu boleh menjadi petunjuk bahawa anda hampir bersalin.

Akhir kata

Well, bagi penulis sebagai individu yang pernah melalui pengalaman bersalin, sebenarnya tidak ada salahnya mencuba beberapa perkara disenaraikan di atas sebagai petua cepat bersalin. Setiap petua akan membantu mendekatkan diri anda sama ada untuk dapat melalui proses kelahiran anak secara normal atau caesarean.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

Perkara yang paling merisaukan bakal ibu adalah mengenai koyakan faraj ketika melahirkan anak. Ada ke cara untuk mengurangkan risikonya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 13/10/2020 . 3 minit bacaan

Alahai, Baby Sedap Duduk Dalam Perut, Tak Nak Keluar Lagi? Cubalah 7 Petua Cepat Bersalin Ini

Baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar? Adakah terdapat cara mempercepatkan bukaan rahim? Ada 9 petua mudah bersalin untuk anda.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/10/2020 . 3 minit bacaan

Risau Terberak Ketika Meneran Waktu Bersalin? Usah Malu, Ada Kebaikannya Perlu Ibu Tahu

Risau terbuang air besar ketika proses bersalin normal nanti? Jangan begitu. Ia perkara normal untuk terjadi. Ikuti penjelasan ini terlebih dahulu, okay?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 01/10/2020 . 3 minit bacaan

Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tanda kontraksi

Berdebar Nak Masuk Bilik Bersalin? Ibu Kena ‘Prepare’ Hadapi Kontraksi Sebelum, Semasa & Lepas Bersalin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 05/11/2020 . 3 minit bacaan
seluar dalam selepas bersalin

PENTING! Ibu Baru Bersalin Kena Pilih Seluar Dalam Yang Betul, Kalau Tak Nanti Luka Lambat Baik

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan
tabiat membaca

Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
pecahkan air ketuban

Terfikir Nak Pecahkan Air Ketuban Sebab Tak Sabar Tunggu Bayi Lahir? BAHAYA, Mama! Jangan Buat Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan