Akan jadi masalah apabila si ibu yang sedang hamil memiliki pinggul atau panggul sempit kerana ia mungkin akan menyebabkan komplikasi semasa bersalin.
Kondisi yang turut dikenali sebagai cephalopelvic disproportion (CPD) ini akan terjadi apabila kepala dan badan bayi lebih besar dari lubang pelvik ibunya.
Persoalannya, apa cara mengetahui panggul sempit ini sebelum bersalin bagi mengelakkan si ibu terpaksa menjalani prosedur caesarean? Jom teruskan membaca!
Apa itu CPD?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, CPD adalah kondisi di mana kepala dan badan bayi dalam kandungan adalah lebih besar dari lubang pelvik si ibu.
Ini mungkin akan terjadi ekoran wanita hamil itu memiliki pinggul atau panggul sempit ataupun bayi itu sendiri yang memiliki saiz kepala dan badan yang besar.
Meskipun dikategorikan sebagai kes yang sangat jarang berlaku, kejadiannya sudah pasti akan menyebabkan komplikasi kehamilan dan kelahiran pula kelak.
Bagi mengelakkan anda terpaksa melahirkan anak secara pembedahan caesarean, adalah penting untuk tahu cara mengetahui panggul sempit bagi si ibu hamil.
Punca ia berlaku
Si ibu yang memiliki pinggul atau panggul sempit sering kali akan disalahkan menjadi punca utama kepada kondisi bayi sukar keluar ketika bersalin.
Pun begitu, sebenarnya mungkin wujud juga beberapa lagi punca lain yang tanpa sedar akan menyebabkan kondisi ini berlaku termasuklah:
- Saiz bayi yang besar
- Saiz pelvik yang sempit
- Faktor keturunan
- Ibu ada kencing manis
- Ibu alami obesiti
- Posisi janin yang tidak normal
- Kondisi pelvik yang tidak normal
- Masih hamil walaupun sudah lepas waktu bersalin
- Mengandung anak kembar 2, 3 atau lebih
Adalah penting untuk si ibu tahu tentang punca ini berlaku selain pinggul atau panggul sempit bagi mengelakkan komplikasi kehamilan atau kelahiran kelak.
Jika dibiarkan tanpa perhatian doktor, maka anda mungkin akan terpaksa menjalani pembedahan C-section bagi melahirkan bayi di dalam kandungan itu.
Komplikasi kondisi ini
Selain terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, akan berlaku beberapa lagi komplikasi terhadap si ibu dan juga bayi dalam kandungan.
Berikut adalah kesan CPD kepada bayi:
- Kecederaan pada tubuh badan bayi
- Trauma pada bahagian kepala bayi
- Bahu bayi tersekat pada saluran kelahiran
- Kematian bayi dalam perut
Berikut adalah kesan CPD kepada ibu:
- Jangkitan pada rahim, dinding faraj dan pundi kencing
- Trauma pada pundi kencing atau rektum
- Kerosakan kekal pada rahim
- Kematian secara mengejut si ibu
Komplikasi yang bakal berlaku angkara CPD adalah berbahaya. Malah ia boleh mengakibatkan kecederaan dan kematian kepada si ibu atau bayi dalam kandungan.
Diagnosis kondisi ini
Disebabkan itu, maka adalah sangat penting untuk kalian melakukan diagnosis bagi menentukan sama ada risiko alami CPD adalah tinggi atau rendah.
Perkara pertama yang kalian perlu tahu sebagai cara mengetahui panggul sempit adalah dengan berjumpa doktor dan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh.
Ia boleh dilakukan dengan cara melakukan pemeriksaan fizikal pada si ibu bagi menentukan sama ada saiz pinggul atau panggul sempit adalah normal atau tidak.
Kemudian, ujian ultrabunyi pula akan dilakukan untuk memeriksa saiz, berat dan panjang bayi dalam kandungan selain posisinya dalam kandungan.
Dengan ini, para doktor dapat bersedia dengan tindakan seterusnya sekiranya ibu hamil itu adalah berisiko tinggi mengalami CPD.
Kehamilan akan datang
Seperti mana yang kita semua mungkin sudah faham, CPD merupakan satu kondisi yang dipercayai sangat jarang berlaku termasuklah dalam kalangan masyarakat kita.
Menurut American College of Nurse-Midwives (ACNM), statistik terkini terjadinya kondisi ini kepada ibu hamil hanyalah setiap 1 daripada 250 kehamilan.
Pun begitu, ia tidak wajar dipandang remeh kerana masih wujud wanita yang memiliki pinggul atau panggul sempit dan tidak tahu cara mengetahui panggul sempit.
Namun jika kalian telah didiagnosis dengan CPD, jangan risau kerana ia bukanlah bermakna anda akan mengalami masalah untuk kehamilan akan datang.
Menurut American Journal of Public Health (AJPB), 65% wanita yang pernah didiagnosis CPD boleh hamil secara normal pada masa akan datang nanti. Jadi, jangan risau!
[embed-health-tool-due-date]