backup og meta

Sudah 40 Minggu Tapi Masih Tiada Tanda? Cuba 9 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Ini!

Sudah 40 Minggu Tapi Masih Tiada Tanda? Cuba 9 Cara Cepatkan Bukaan Rahim Ini!

Tarikh jangkaan bersalin (EDD) minggu lepas, tetapi baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar. Adakah cara mempercepatkan bukaan rahim? Ini 9 petua mudah bersalin untuk anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Wujudkah cara mempercepatkan bukaan rahim?

Sememangnya proses bersalin adalah 1 proses yang berbeza bagi setiap individu. Ada sesetengah wanita hamil melalui proses bukaan rahim yang cepat sehingga prosedur bersalin berlaku dalam tempoh beberapa jam.

Namun, ada juga wanita mengandung yang berdepan tempoh bukaan rahim yang perlahan. Jadi adakah cara mempercepatkan bukaan rahim bagi wanita yang berdepan isu ini?

Sudah pastinya ada petua orang tua cepat bersalin yang boleh dilakukan bagi membantu membuat ia lebih mudah.

Tetapi pastikan dahulu anda mendapatkan nasihat dan pandangan doktor sebelum melakukan sebarang cara mempercepatkan bukaan rahim, okay?

7 cara mempercepatkan bukaan rahim

Berikut adalah beberapa cara yang boleh dicuba untuk membantu proses bukaan serviks selain mengamalkan makanan cepatkan bukaan rahim, antaranya:

checklist bersalin
Senarai rujuk untuk bersalin bagi bakal ibu.

#1. Bukaan rahim lebih cepat dengan berjalan & bergerak

Banyakkan berjalan dan bergerak, cara ini dikatakan membantu mempercepatkan proses bukaan serviks dengan lancar serta meningkatkan pergerakan aliran darah.

Sebagai pilihan, anda boleh berjalan di dalam rumah atau melakukan pergerakan mudah menggunakan katil atau kerusi.

Semakin banyak anda bergerak akan menambah tekanan pada rahim akibat berat bayi. Jika anda gemar mendengar muzik, anda boleh menari sambil melakukan pergerakan mudah.

#2. Gym ball, mencangkung atau senaman squat

Penggunaan bola angin atau gym ball juga boleh dianggap sebagai salah satu senaman cepatkan bukaan rahim yang boleh dicuba.

Anda boleh duduk di atas bola tersebut dan lakukan pergerakan ke depan dan ke belakang secara berulang.

Tindakan anda itu dikatakan dapat membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama memberikan rasa tenang kepada otot tersebut.

Jika tiada gym ball, anda boleh cuba untuk mencangkung atau melakukan senaman squat. Aktiviti ini juga dikatakan dapat memberikan tindak balas yang sama pada otot pelvik.

cara mempercepatkan bukaan rahim
Bersenam boleh cepatkan proses bersalin.

#3. Tenang dan ketawa

Dalam kerisauan memikirkan proses bersalin nanti pastinya akan menyebabkan anda berada dalam keadaan tertekan. Sudah tentu ia boleh mengakibatkan bukaan rahim menjadi lebih sukar.

Jadi anda perlu belajar untuk bertenang. Lakukan sebarang aktiviti yoga, meditasi atau teknik pernafasan mendalam untuk mencapai ketenangan.

Ketawa juga boleh membantu meringankan tekanan dan ketakutan yang dihadapi. Dapat berasa tenang dan lega walaupun sekejap juga antara cara mempercepatkan bukaan rahim.

Ajaklah pasangan anda untuk bergurau-senda atau anda boleh menonton rancangan komedi yang boleh menyebabkan anda ketawa.

#4. Mandian air panas

Cuba untuk mendapatkan mandian air panas untuk membantu anda lebih bertenang. Dalam keadaan tenang anda akan dapat mencegah ketegangan otot.

Mandi dengan air panas dapat mengurangkan tekanan dan membantu proses bukaan rahim serta kontraksi. Keadaan ini sekali gus menjadikan anda lebih bersedia melalui prosedur bersalin kelak.

#5. Hubungan seks untuk cepatkan bukaan rahim

Bersenggama untuk mempercepatkan bukaan serviks, betul ke? Ini kerana rangsangan seksual bersama pasangan akan membantu merembeskan hormon oxytocin yang membantu proses kontraksi pada rahim.

Selain itu, hormon prostaglandin di dalam air mani juga boleh melembutkan rahim dan menggalakkan bukaan rahim. Keadaan ini sekali gus menjadikan rahim lebih bersedia untuk bersalin.

cara mempercepatkan bukaan rahim
Bersenggama boleh cepatkan proses bersalin.

#6. Urutan lembut untuk cepatkan bukaan rahim

Sekiranya anda berada dalam keadaan tekanan, mintalah pasangan untuk melakukan urutan lembut kepada anda. Ini dapat menjadikan diri anda lebih bertenang. 

Situasi ini sudah tentu memberikan manfaat kepada cara mempercepatkan bukaan cm. Kata kunci di sini, anda perlu kekal bertenang, okay?

#7. Memecahkan air ketuban 

Jika kesemua cara mempercepatkan bukaan rahim di atas tidak berjaya, doktor mungkin akan mencadangkan untuk memecahkan ketuban bagi mempercepatkan proses kelahiran.

Biasanya prosedur memecahkan ketuban tidak dilakukan pada peringkat awal kelahiran. Kontraksi anda akan bertambah kuat selepas air ketuban dipecahkan, jadi pastikan anda berada dalam keadaan tenang, okay?

Dalam erti kata mudah, ada 7 cara anda boleh cuba untuk cepatkan proses bersalin seperti berikut:

  • Banyakkan berjalan & bergerak
  • Kurangkan tekanan
  • Senaman otot pelvik
  • Mandian air panas
  • Hubungan seks
  • Urutan lembut
  • Memecahkan air ketuban

Harus sentiasa bertenang

Bersalin bukan 1 proses yang mudah seperti masuk bilik bersalin, terus meneran dan lahirlah si comel.

Hakikatnya ia 1 proses yang memakan masa dan memerlukan wanita hamil untuk sentiasa bertenang dan bersabar.

Jika percubaan petua mudah bersalin di atas tidak membantu, doktor mungkin akan menggunakan kaedah perubatan sebagai cara mempercepatkan bukaan rahim. 

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Learn secrets for an easier labor and delivery. https://news.sanfordhealth.org/womens/secrets-for-an-easier-labor/. Accessed on April 8, 2020.
  2. Labor Induction: Care Instructions. https://healthy.kaiserpermanente.org/washington/health-wellness/health-encyclopedia/he.labor-induction-care-instructions.uh4174. Accessed on April 8, 2020.
  3. 5 exercises and techniques to train for childbirth. https://utswmed.org/medblog/prepare-body-labor-delivery/. Accessed on April 8, 2020.
  4. 5 positive ways to prepare for labour. https://www.tommys.org/pregnancy-information/giving-birth/5-positive-ways-prepare-labour. Accessed on April 8, 2020.
  5. Preparing for labor anda delivery. https://www.marchofdimes.org/it-starts-with-mom/preparing-for-labor-and-delivery.aspx. Accessed on April 8, 2020.

Versi Terbaru

03/03/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Seks Semasa Hamil Trimester Ketiga Mudahkan Bersalin, Betul Ke?

EDD Makin Hampir? Ini 7 Penjagaan PENTING Buat Ibu Selepas Bersalin, Sila Ambil Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan