backup og meta

Comelnya Anak Ibu! 10 Makanan Ibu Hamil Perlu Ambil Jika Mahu Kulit Bayi Cerah & Bersih

Comelnya Anak Ibu! 10 Makanan Ibu Hamil Perlu Ambil Jika Mahu Kulit Bayi Cerah & Bersih

Sudah menjadi angan-angan dan impian ibu bapa untuk mempunyai bayi yang sihat dan sempurna dari segenap aspek termasuklah kulitnya. Setiap ibu bapa mahukan kulit bayi mereka gebu, cerah dan bersih agar sedap untuk dipandang dan lembut ketika dipegang.

Persoalannya, bagaimanakah untuk mencapai kemahuan ibu bapa ini? Sebenarnya, kuncinya terletak kepada ibu yang sedang hamil. Terdapat 10 makan ibu hamil perlu ambil jika mahu kulit si kecil cerah dan bersih. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Nak kulit bayi putih bersih? Ini 10 makanan ibu harus amalkan 

#1. Susu saffron

Saffron merupakan sejenis rempah yang termahal di seantero dunia. Ibu hamil boleh mengamalkan minum susu yang mengandungi campuran saffron kerana ia dipercayai dapat meningkatkan kecerahan warna kulit bayi dalam kandungan.

#2. Kelapa

Air kelapa mengandungi elektrolit tinggi yang mempunyai manfaat sebagai antioksidan alami bagi ibu yang sedang hamil. Ia juga dapat membantu badan kekal berhidrasi selain membantu menjernihkan air ketuban. Disebabkan itu, air kelapa dipercayai dapat membuat kulit si comel dalam kandungan menjadi bersih.

#3. Telur

Telur mempunyai dua bahagian iaitu kuning dan putih. Jika ibu hamil yang mahukan kulit bayi cerah dan bersih, ambil putih telur ini ketika trimester kedua kehamilan anda.

#4. Oren

kulit bayi

Ketika hamil, vitamin C perlu diambil pada kadar yang sepatutnya. Oleh itu, buah oren merupakan pilihan yang tepat. Selain itu juga, kandungan asid folik dalam buah oren dapat membantu mencerahkan dan membersihkan kulit bayi dan membantu pertumbuhan janin yang sihat.

#5. Nanas

Terdapat beberapa negara di benua Asia yang mempercayai pengambilan jus nanas oleh ibu yang sedang hamil seminggu sekali dapat membuat kulit baby dalam kandungan cerah dan bersih.

#6. Anggur

Pengambilan jus anggur juga dipercayai dapat mencerahkan dan membersihkan kulit baby dalam kandungan. Ini kerana buah anggur mempunyai kandungan alpha hydroxy acids yang sememangnya bagus untuk kulit.

#7. Jintan manis

Di India, ibu yang sedang hamil percaya jika minum air rendaman biji jintan manis sebanyak 3 ml pada setiap pagi, ia dapat mencerahkan dan membersihkan kulit baby dalam kandungan. Bukan sahaja itu, ia juga bermanfaat untuk mengurangkan gejala ‘morning sickness’ yang kerap dialami oleh ibu hamil.

#8. Kacang badam

kulit bayi

Sepanjang kehamilan, ibu hamil boleh mengamalkan makan badam atau minum susu yang diperbuat daripada badam untuk membantu perkembangan janin yang sempurna. Paling penting, ia juga dipercayai dapat mencerahkan dan membersihkan kulit bayi dalam kandungan.

#9. Kacang hijau

Bubur kacang hijau atau air rebusannya boleh diambil oleh ibu yang sedang hamil kerana ia dipercayai dapat menjernih air ketuban. Selain itu, ia juga mampu membantu bayi mendapatkan kulit yang cerah dan bersih.

#10. Lobak putih

Sesuai dengan namanya, lobak putih sememangnya dapat mencerahkan dan membersihkan kulit bayi dalam kandungan ibu hamil. Ini kerana ia mengandungi antioksidan dan mineral yang sememangnya bagus untuk kulit.

Namun begitu, ini hanya sekadar makanan tambahan yang mampu mempengaruhi kondisi kulit bayi dalam kandungan anda. Anda disarankan untuk berjumpa pakar perubatan atau pakar kulit bagi mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan yang diperlukan untuk mendapatkan bayi yang berkulit cerah dan bersih.

Seharusnya, kecomelan seorang bayi itu tidak diukur melalui warna kulit mereka. Setiap bayi yang dilahirkan adalah berbeza-beza dan indah bagi setiap pasangan ibu bapa yang melahirkannya. Oleh itu, hargailah dan sayangilah si kecil anda dengan sebaiknya tanpa mengira penampilan mereka.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Common skin in babies. https://mcpress.mayoclinic.org/parenting/common-skin-conditions-in-babies/Accessed 12 March 2019.
  2. Home remedies for making your baby skin beautiful.https://www.pulse.ng/lifestyle/beauty-health/home-remedies-for-making-your-babys-skin-beautiful/q8y9bph. Accessed 12 March 2019.
  3. What your baby’s skin is telling you.https://intermountainhealthcare.org/blogs/topics/intermountain-moms/2016/02/what-your-babys-skin-is-telling-you/ Accessed 12 March 2019.
  4. Benefits skin to skin contact for babies. https://health.clevelandclinic.org/4-top-benefits-skin-to-skin-contact-for-babies/#:~:text=Accessed 12 March 2019.
  5. Skin care tips. https://www.webmd.com/parenting/baby/skin-care-tips. Accessed 12 March 2019.

 

Versi Terbaru

13/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Bayi Menendang Dalam Perut Bukan Saja-saja! Ini 9 Fakta Menarik Si Manja Di Alam Rahim

Ini Tip Berguna Penjagaan Kulit Si Manja, Pastikan Juga Anda Pilih Produk Bayi Yang Tepat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan