Tabiat Merangsang Kesihatan Emosi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kesihatan emosi memberi kesan yang besar kepada kehidupan. Kita sentiasa boleh bekerja, tetapi kita boleh bekerja dengan lebih baik apabila kesihatan emosi pada tahap yang memuaskan. Begitu juga lain-lain aspek dalam hidup yang dipengaruhi oleh emosi kita. Oleh itu,  penting untuk mempunyai tabiat yang membantu merangsang emosi anda!

Sahabat yang baik

Tiada siapa yang patut bersendirian atau terpisah. Sahabat membuat kehidupan lebih berkembang. Jelas sekali, orang yang mempunyai banyak kawan mungkin kelihatan gembira, tetapi orang yang mempunyai sahabat yang baik adalah jauh lebih baik. Kita semua memerlukan orang yang boleh mendengar masalah kita, memberi kita petunjuk dan berada di sisi saat kesusahan. Dalam erti kata lain, kita memerlukan orang yang mengambil berat tentang kita dan dalam masa yang sama ingin menemani kita. Oleh itu, apabila ditimpa kesusahan, anda sentiasa boleh mendapatkan mereka dan berkongsi. Bercakap dengan orang yang memahami membantu anda mencari penyelesaian dengan lebih mudah.

Senaman

Senaman telah dimaklumi sebagai cara yang baik untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Pendek kata, mod anda bertambah baik, harga diri anda bertambah baik, tidur lebih baik, makan dengan lebih baik dan secara keseluruhan, anda berasa lebih baik. Kita jarang melihat orang yang bersenam tertekan. Walaupun senaman bukanlah kegemaran anda, cukup dengan hanya menjadi aktif secara fizikal. Lakukan sekadar berjalan kaki atau menyertai kelab menari. Ia boleh memberikan manfaat yang sama.

Diet yang sihat

Diet yang sihat tidak hanya mencegah penyakit tetapi juga mengekalkan kesihatan mental anda. Otak dan mod anda terkesan dengan pilihan makanan yang lemah. Makan yang kurang baik hanya akan membuatkan anda menjadi lemah, dan sistem imun anda berfungsi dengan lebih teruk. Dengan diet yang sihat mengandungi lemak sihat dan kurang gula, anda akan dapat kesan yang positif sebagai balasan seperti tidur yang lebih baik, rupa yang lebih baik, lebih bertenaga, dan mod yang lebih baik.

Dapatkan tidur yang cukup

Ramai orang tertekan dengan tompok hitam di bawah mata mereka, disebabkan kurang tidur. Kurang tidur hanya boleh diterima  jika anda mempunyai kehidupan yang benar-benar sibuk. Namun, walaupun anda sibuk membuat duit, menghabiskan waktu malam tanpa tidur bukanlah adalah idea yang baik. Tidur memastikan mod anda baik sepanjang hari. Jika anda kurang tidur, anda berisiko membuatkan diri anda lebih cenderung untuk menjadi agresif walaupun terhadap perkara-perkara kecil dan keadaan anda secara keseluruhan juga terjejas. Akhirnya, tiada yang dapat mengatasi tidur yang cukup.

Walaupun tidak mudah untuk mengamalkan tabiat di atas, anda sentiasa boleh cuba untuk mengambil langkah pertama. Jika anda tidak boleh mengamalkan tabiat yang sihat sekarang, anda boleh membuat perubahan yang kecil. Tidak perlu tergesa-gesa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Buang Air Kecil, Pundi Kencing Terlalu Aktif- Orang Muda Pun Boleh Kena Tau!

    Masalah buang air kecil ternyata bukanlah isu yang hanya dialami oleh warga tua. Orang muda pun mempunyai risiko yang sama tau! Jom baca...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Dah Muak Dengan Toksik Media Sosial? Tak Perlu Padam Akaun, Amalkan 5 Perkara Ini!

    Ya, media sosial di malaysia memang wujud pro dan kontranya. Disebabkan itu, kita perlu gunakannya dengan bijak. Jom klik untuk tahu caranya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Mental, Ketagihan 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    8 Perkara Penting WAJIB Tahu Jika Alami Serangan Jantung Ketika Memandu

    Serangan jantung sememangnya sesuatu yang menakutkan lebih-lebih lagi jika ia berlaku semasa kita sedang memandu. Ikut 8 tip ini jika ia terjadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Jantung, Sakit Jantung 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita Hendak Selesa Ketika Bersenam, Yang Mana Perlu Pakai: Bra Sukan Atau Coli Biasa?

    Wanita yang sering bersenam pasti arif dalam pemilihan bra sukan. Tapi, sejauh manakah kepentingan untuk memakainya ketika melakukan senaman?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Badan Sihat, Tip Keselamatan Senaman 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    faraj miss v basah

    Faraj Yang Lembap Adalah Tanda Miss V Sihat & Normal, Tapi Bagaimana Pula Jika Terlalu Basah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah pancut awal

    PANCUT AWAL, Berapa Lama Tempoh Yang Dikira Sebagai Ejakulasi Pramatang? Anda Pasti TERKEJUT!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    rasa gelisah

    Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 4 minit bacaan
    introvert dan ekstrovert

    Jom Kenali Personaliti Introvert, Extrovert Dan Ambivert! Anda Kategori Mana Satu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan