Teknik yang betul sangat penting dalam melakukan senaman. Kadangkala, orang yang bersenam selama 3 jam membakar lemak dan kalori lebih sedikit berbanding orang yang bersenam hanya selama 1 jam.
Anda pasti?
Teknik yang betul sangat penting dalam melakukan senaman. Kadangkala, orang yang bersenam selama 3 jam membakar lemak dan kalori lebih sedikit berbanding orang yang bersenam hanya selama 1 jam.
Ia adalah kerana orang yang kedua itu melakukan teknik yang betul. Hasilnya, senaman yang dilakukan lebih efisyen dan efektif. Anda tentu tidak mahu menghabiskan lebih banyak masa untuk hasil yang sama.
Jadi, apakah tip untuk membuatkan senaman anda lebih efektif? Sila baca selanjutnya.
1. Bersenam dalam keadaan lapar
Sama ada anda ingin membina otot atau menurunkan berat badan, membakar lemak adalah keperluan bagi kedua-duanya. Menurut jurulatih kesihatan, Seth Santoro, waktu terbaik untuk mengurangkan peratusan lemak badan adalah selepas bangun dari tidur.
Ini adalah kerana badan dalam keadaan kurang kalori dan glikogen. Jadi, lemak akan dibakar untuk menghasilakan tenaga.
2. Tapi, berikan otot anda tenaga
Meskipun, bersenam dalam keadaan lapar adalah baik, tetapi anda masih perlu makan bagi memberikan otot anda tenaga untuk bekerja. Kuantiti yang disyorkan adalah sebanyak 30 gram karbohidrat, iaitu kira-kira sebiji buah pisang bersaiz besar.
Tanpa karbohidrat, otot anda akan mudah letih dan menjadikan senaman tidak efektif kerana terpaksa berhenti terlalu awal.
3. Elakkan minuman tenaga
Walaupun iklan di televisyen selalu memaparkan orang yang mengambil air tenaga selepas berbasikal atau berjoging, ia sebenarnya adalah tabiat yang salah. Minuman ini mengandungi kalori yang tinggi.
4. Berikan badan anda tenaga selepas bersenam
Jangan lupa untuk mengisi semula tenaga yang telah habis selepas bersenam. Makan sejurus selepas bersenam adalah baik kerana badan sedang dalam keadaan terbaik untuk menggunakan protein bagi membina dan memulihkan semula otot. 10 hingga 20 gram protein selepas bersenam sudah mencukupi iaitu bersamaan sebiji telur.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Grant Stoddard (25 Januari 2016). 7 Ways To Make Your Workout 500% More Effective. Dimuat turun daripada https://www.eatthis.com/how-to-make-your-workout-more-effective/.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen