backup og meta

4 Risiko Kecederaan Otak Dan Kematian Akibat Sukan Tinju, Adakah Ia Sihat?

4 Risiko Kecederaan Otak Dan Kematian Akibat Sukan Tinju, Adakah Ia Sihat?

Patrick Day, seorang peninju dari Amerika Syarikat, telah disahkan meninggal dunia pada 16 Oktober yang lalu setelah 4 hari berada dalam koma. Day yang sebelum itu ditewaskan melalui knock-out pada perlawanan Sabtu lepas telah mengalami salah satu kecederaan sukan tinju yang cukup digeruni iaitu traumatic brain injury (TBI). 

Apa itu Traumatic Brain Injury (TBI)?

Brain Injury

Patrick Day bukanlah orang pertama dalam sukan tinju untuk mengalami TBI dan bukan juga yang pertama untuk mati akibat daripadanya. Ramai ahli tinju profesional sebelum Day telahpun meninggal dunia akibat kecederaan yang sama. Melainkan mereka tukar cara sukan tinju dijalankan, akan ada lagi ahli tinju di masa akan datang yang bakal berkongsi nasib dengan mendiang Patrick Day.

TBI lazimnya terjadi apabila berlakunya hentakan, pukulan atau hayunan kepala secara mengejut dan agresif. Selepas hentakan, impak tersebut akan menyebabkan otak berlaga dengan dinding dalaman tengkorak, dari satu sisi ke sisi yang lain, persis hayunan pendulum.

Bukan sahaja ini akan menyebabkan tisu otak tercedera, inersia yang mendorong hayunan otak secara berterusan ini juga akan menyebabkan koyakkan lapisan otak, salur darah dan juga saraf. Ini boleh menyebabkan pendarahan dalam otak, punca utama kematian dalam kalangan peninju. 

Simptom keadaan ini bergantung kepada tahap keterukkan TBI tersebut dan sesetengah simptom boleh muncul sejurus selepas kecederaan atau beberapa hari kemudian. TBI tahap rendah (mild TBI) hanya akan mengganggu fungsi otak untuk seketika sahaja. Walau bagaimanapun, TBI sederhana dan teruk boleh menyebabkan kecederaan otak yang serius sehingga boleh mengakibatkan komplikasi jangka panjang dan juga maut.

kecederaan sukan tinju

Simptom kecederaan tahap rendah boleh melibatkan perkara seperti:

  1. Tidak sedarkan diri untuk beberapa saat ke beberapa minit
  2. Mengalami kepeningan dan kekeliruan untuk seketika
  3. Loya dan muntah
  4. Gangguan pertuturan
  5. Gangguan imbangan
  6. Masalah tidur
  7. Letih dan lesu
  8. Telinga berdesing
  9. Pandangan kabur
  10. Perubahan dalam deria bau dan rasa
  11. Lebih sensitif terhadap cahaya dan bunyi
  12. Gangguan fokus dan juga ingatan

Antara simptom TBI sederhana dan teruk pula adalah:

  1. Tidak sedarkan diri sehingga beberapa jam
  2. Sakit kepala yang berkekalan atau bertambah teruk
  3. Kerap muntah dan rasa loya
  4. Mengalami sawan
  5. Pupil kedua-dua mata mengembang
  6. Cecair jernih keluar daripada hidung atau telinga
  7. Hilang kawalan koordinasi
  8. Kekeliruan dan kepeningan yang teruk
  9. Pertuturan terganggu (slurred speech)
  10. Perubahan tingkah laku menjadi agresif
  11. Koma

Kecederaan sukan tinju yang lain

Selain TBI, terdapat beberapa kecederaan sukan tinju lain yang mampu mengakibatkan komplikasi jangka panjang. Berikut adalah 3 kecederaan sukan tinju lain yang turut digeruni. 

1.Keretakkan tulang rusuk

Jika ada lelaki gatal cuba mengurat anda sambil mengatakan tulang rusuk kirinya bergetar, nasihat lelaki tersebut untuk berjumpa dengan doktor. Dalam sukan ini, tumbukan boleh disasarkan juga terhadap anggota badan lain yang lebih tinggi daripada paras pinggang. Keretakkan tulang rusuk adalah kecederaan sukan tinju yang serius kerana bahagian tajam tulang yang terkeluar boleh mengakibatkan kecederaan kepada paru-paru seperti pneumotoraks.

2.Bahu terkehel (dislocated shoulder)

Bahu terkehel adalah kecederaan sukan tinju yang berlaku secara mengejut dan cukup menyakitkan. Malangnya, jika bahu seorang peninju itu terkehel, perlawanan masih diteruskan dan pihak lawan mampu mengambil kesempatan di atas kecederaan ini. Lebih cepat bahagian bahu tersebut dibetulkan, lebih cepat rasa sakit akan hilang dan kurang kesan jangka panjang yang buruk. Walau bagaimanapun, bahagian bahu tersebut masih perlu direhatkan untuk beberapa minggu untuk ia sembuh dengan baik. Jika tidak dirawat, sendi bahu akan menjadi keras (frozen shoulder) dan julat pergerakan sendi menjadi terhad.

3.Kecederaan mata 

Kecederaan mata bukanlah sesuatu yang boleh membawa kepada maut. Namun, penglihatan adalah deria penting dan cukup besar pengaruhnya terhadap kualiti hidup dan keupayaan untuk berdikari. Antara kecederaan mata yang boleh berlaku adalah:

  1. Pendarahan konjunktiva
  2. Pendarahan dalam retina
  3. Retina terkoyak
  4. Kecederaan kornea (ulser dan edema)
  5. Lensa teralih (separa atau sepenuhnya)

Kecederaan mata di atas semuanya mampu untuk mempengaruhi penglihatan seseorang. Kesan jangka panjang sesetengah kecederaan di atas juga boleh menyebabkan kebuataan.

Di sebalik semua kecederaan yang disenaraikan di atas, sukan tinju masih popular dan ditonton oleh jutaan peminat di seluruh dunia. Sukan ini juga tidak lekang daripada pelapis dan juga  bakat-bakat muda yang baru. Bagi mereka yang minat akan sukan ini dan memahami risiko kesihatan yang boleh berlaku, memilih tinju sebagai kareer mereka adalah pilihan peribadi yang tiada siapa boleh sangkal. Dalam apa-apa sukan sekalipun, terdapat risiko untuk kecederaan yang boleh mempengaruhi kehidupan atlet-atlet tersebut.  

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Spine, M. B. &. Traumatic Brain Injury, TBI Mayfield Brain & Spine Cincinnati, Ohio https://mayfieldclinic.com/pe-tbi.htm (accessed Oct 19, 2019).

Traumatic brain injury – Symptoms and causes https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/traumatic-brain-injury/symptoms-causes/syc-20378557 (accessed Oct 19, 2019).

Patrick Day, a 27-year-old American, has died from boxing injuries suffered in Saturday’s fight, Business Insider – Business Insider Malaysia https://www.businessinsider.my/patrick-day-27-has-died-from-boxing-injuries-2019-10/?r=US&IR=T (accessed Oct 18, 2019).

Bianco, M.; Vaiano, A. S.; Colella, F.; Coccimiglio, F.; Moscetti, M.; Palmieri, V.; Focosi, F.; Zeppilli, P. Ocular Complications of Boxing. British Journal of Sports Medicine 2005, 39 (2), 70–74. https://doi.org/10.1136/bjsm.2003.006643.

Most common boxing injuries https://www.thephysiocompany.com/blog/most-common-boxing-injuries (accessed Oct 19, 2019).

Boxing is risky business for the brain https://www.sciencedaily.com/releases/2010/12/101210075924.htm (accessed Oct 18, 2019).

Versi Terbaru

01/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Mengapa Kita Perlu Bersenam? Ini Kepentingannya!

5 Rahsia Senaman Angkat Berat Yang Ramai Tak Tahu! No. 2 Paling Tidak Disangka-Sangka


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 01/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan