Kaedah konvensional untuk kecergasan – dengan menyertai gim atau bertungkus lumus atas treadmill – menyusahkan kita! 70% daripada penduduk di Barat mengalami masalah berat badan berlebihan dan lebih 30% dikelaskan sebagai obes. Malaysia, seperti negara lain, mula mengikuti jejak langkah yang tidak sihat itu.
Mari ke gim!
Siapa yang gemar pergi ke gim? Amat sedikit jumlahnya! Di barat, lebih kurang 12% daripada penduduk mempunyai keahlian gim dan hanya sekitar 10% daripadanya yang hadir ke gim secara teratur. Malah Persatuan Kelab Kesihatan Antarabangsa melaporkan bahawa, “50% daripada ahli kelab kesihatan berhenti dalam tempoh enam bulan pertama pendaftaran dan 90% individu yang menyertai kelab kesihatan berhenti menghadiri gim secara teratus dalam tempoh tiga bulan pertama”. Bagaimana rutin senaman anda setakat ini?
Falsafah yang biasa digunakan apabila seseorang individu ingin mendapatkan kecergasan adalah dengan menyertai gim. Banyak agensi kerajaan menggalakkan penyertaan ke kelab kecergasan. Ini menjurus kepada soalan apakah senaman yang terbaik? Apa yang dikatakan senaman terbaik?
Jadi, apakah senaman terbaik?
Bergantung kepada siapa yang anda tanyakan, anda pasti akan mendapat jawapan yang berbeza. Ada yang akan mengatakan squat, atau mungkin deadlift, atau mungkin sprinting ke atas bukit atau menurut Rich Froning, seorang atlet terkenal CrossFit; ia adalah barbell thruster (squat bersama tekanan pada bahagian atas). Adakah jawapan ini memberikan anda motivasi untuk menjadi aktif dan cergas? Seperti terdapat satu persamaan bagaimana kita berfikir mengenai aktiviti dan kecergasan.
Dan terdapat kegagalan besar bagaimana kemudahan perkhidmatan kecergasan konvensional dalam hal keahlian…kehilangan lebih 90% pelanggan dalam tempoh 90 hari pertama penyertaan adalah sesuatu yang mengejutkan. Statistik ini secara jelas menunjukkan terdapat masalah yang serius tentang bagaimana pandangan kebanyakan individu untuk mendapatkan kecergasan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kebanyakan gim konvensional – dua aspek yang secara jelas tidak selari.
Jawapan saya untuk soalan ini adalah mudah. Senaman terbaik adalah sesuatu yang anda akan lakukan secara konsisten dan berulang kali. Jawapan yang ringkas, tetapi itulah kenyataannya. Sudah tentu saya boleh menyatakan bahawa senaman ini, lakukan cara ini, adalah terbaik dari senaman itu atau lakukan dengan cara yang lain. Tetapi apa kepentingan untuk membincangan dengan aspek senaman secara terperinci atau cara yang harus anda lakukan jika anda tidak langsung mahu melakukannya! Cabaran di sini adalah untuk mencari sesuatu yang anda sukai dan menarik minat anda untuk melakukannya. Fakta mudah – pematuhan adalah faktor paling penting untuk mendapatkan keberkesanan dalam rejim kecergasan.
Bermain = Bersenaman
Dengan meletakkan perkara asas ini di fikiran, saya percaya bahawa terdapat sejenis senaman yang terbaik dari yang sedia ada. Bermain adalah sejenis senaman terbaik, kerana ia menarik minat individu untuk mengambil bahagian. Saya mengklasifikasikan “bermain” sebagai satu aktiviti yang anda sukai dan secara aktif mahu menyertainya. Semakin berusia kita, kita cenderung lupa tentang seni bermain.
Seorang pakar psikologi terkemuka, Stuart Brown, membuktikan bahawa bermain secara terus dapat membentuk otak manusia sepanjang hayat dan merujuk bermain sebagai “proses biologi mendalam”, mencadangkan bahawa ia seharusnya menjadi sejenis senaman utama yang perlu digalakkan. Seorang profesional kesihatan dan kecergasan, Mark Sisson menyatakan “apabila kita menyukai satu permainan, kita akan mendapat kualiti kehidupan yang lebih baik untuk diri kita. Kita mengurangkan tekanan. Kita dapat berhubung lebih baik dengan individu di sekeliling kita. Kita akan lebih banyak keluar dan akan mendapat lebih daripada apa yang kita lakukan. Kita akan menjadi lebih seronok dan mungkin lebih bermakna”.
Terdapat banyak manfaat bermain dan ini mendorong perubahan dalam bagaimana beberapa bandar mengatasi isu kesihatan berkaitan dengan masalah tidak aktif. Majlis Bandaraya New York membina taman permainan dewasa untuk membolehkan rakyat mereka bermain dalam usaha untuk menjadikan ramai individu aktif. Seorang profesor di Sekolah Perubatan Harvard, Dr David Ludwig, yang juga seorang Pengarah kepada Pusat Pencegah Obesiti di Hospital Kanak-kanak Boston berkata, “matlamat utama adalah untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai sesuatu yang menyeronokkan, senang dan mudah diakses, yang akhirnya menjadikan ia satu aktiviti yang normal untuk dilakukan”. Fakta yang mudah – senaman terbaik adalah sesuatu yang akan anda lakukan secara teratur dan menjadi perkara biasa untuk dilakukan.
Adakah gim yang menyebabkan anda gagal menjadi cergas atau ia semudah mencari sesuatu yang anda sukai. Zumba, kelas tarian, kickboxing, frisbee, rugbi atau bola jaring – apa juga aktiviti yang disertai dengan elemen sosial yang membolehkan anda untuk memperolehi rakan dan berhubung dengan komuniti, membolehkan anda memperolehi manfaat kecergasan dan lebih lagi. Aktiviti yang memerlukan anda untuk berkomunikasi sebelum, semasa dan selepas dan bukan sekadar senaman bersebelahan dengan seseorang individu di dalam kelas.
Fakta bagaimana kita melakukan dan berfikir tentang kecergasan – sebagaimana komuniti perlu diperbetulkan untuk memfokuskan kepada aspek sosial untuk mendorong kepada kepatuhan dan menjadikan individu mengingati bagaimana seronoknya untuk mengerakkan badan dan menjadikan diri aktif.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
[embed-health-tool-heart-rate]