Semua orang akan jatuh sakit banyak kali dalam kehidupan mereka, dan mereka terus bertanyakan soalan kebiasaan: “Bolehkah bersenam ketika sakit?” yang mana jawapannya akan dibincangkan dalam artikel ini.
Bolehkah bersenam ketika hari sakit?
Ini kebiasaan ayat yang diperkatakan, jika semua simptom kekal pada paras leher ke atas, iaitu selsema, sakit tekak atau batuk, anda masih boleh melakukan beberapa senaman. Sebenarnya ia betul selagi anda awasi senaman pada tahap yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan.
Berapa banyak senaman diperlukan?
Apabila sakit, bersenam masih boleh diterima selagi anda tidak terlalu memaksa diri ke dalam pernafasan yang berat atau sebarang ketidakselesaan, yang akan mewujudkan tekanan kepada kesihatan anda.
Anda mungkin berasa bertenaga dan ingin melakukannya sepenuh hati, tetapi anda perlu mengurangkan had kepada 50% apabila berada di bawah matahari. Kenal pasti simptom anda dan bersenam sepatutnya. Aktiviti yang padat boleh menjadi masalah kepada sistem imun kita apabila ianya di luar toleransi badan, menjadikan kita lebih terdedah kepada jangkitan.
Manakah latihan dibenarkan ketika sakit?
Latihan atlet yang kuat akan lebih cenderung untuk ajtuh sakit daripada yang biasa sahaja. Latihan kuat hanya memburukkan lag keadaan ketika sakit.Sebaliknya, senaman sederhana seperti berjalan atau Tai Chi, dan latihan berat badan boleh meningkatkan sistem imun ada dalam jangka masa panjang.
Bilakah perlu dielakkan daripada bersenam?
Jika anda mendapat simptom di bawah leher, misalnya, sesak dada, simptom perut atau sakit otot, anda mungkin mahu berehat di rumah.
Mendapatkan rehat yang baik boleh membantu kita untuk sembuh lebih cepat daripada penyakit, dengan itu dapatkan tidur tambahan. Selsema selalunya tidak lama tetapi ia mengambil beberapa minggu untuk sembuh jika tidak mendapatkan rehat yang sesuai. Sentiasa pastikan simptom setiap kali jatuh sakit, anda tahu apa yang perlu dilakukan.
Anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk mendapatkan senaman ringan yang kerap untuk mengelakkan penyakit ketika masih sihat. Jika anda atlet atau penggemar sukan jatuh selepas kerap beraktiviti, pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup dan rehat yang baik supaya dapat menyembuhkan tubuh anda sebaiknya. Awasi mood anda supaya tidak tertekan dan dapatkan diet yang baik untuk tingkatkan sistem imun anda.
Selain itu, fikir sebelum pergi ke gim atau gelanggang tenis kerana bersin sekitar tempat itu anda seperti menyebarkan virus kepada orang lain.
[embed-health-tool-bmi]