backup og meta

Kecederaan Biasa Semasa Aktiviti Berlari

Kecederaan Biasa Semasa Aktiviti Berlari

Sakit adalah perkara biasa dalam aktiviti berlari. Semua orang mengalami gangguan kecil sekali-sekala. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk mengetahui apa yang mungkin anda dapat akibat berlari kerana kecederaan besar / major pasti ada dalam dunia larian.

Lutut pelari (Runner’s knee)

Lutut pelari atau dalam perubatan dikenali sebagai sindrom kesakitan patelofemoral merupakan kecederaan berlari yang paling banyak. Pergerakan berlari secara berterusan meletakkan berat tambahan pada lutut. Dalam jangka masa yang panjang, lutut mula memarak / mencakah. Orang yang mengalami pronasi berlebihan (overpronation), kelemahan quads, pinggul atau gluteus juga menjadikannya lebih teruk. Anda boleh merawat keadaan ini dengan mengurangkan masa berlari anda, mengambil beberapa ubat anti-keradangan atau menggunakan penyokong / pendakap lutut untuk membantu menyerap berat badan.

Tendinitis Achilles (Achilles tendinitis)

Seperti namanya, tendinitis Achilles adalah kecederaan berkenaan tumit. Keadaan ini sering disebabkan oleh peningkatan perbatuan (mileage) dengan cepat, menggunakan kasut yang tidak sesuai, dan mempunyai otot betis yang lemah. Dengan meningkatkan perbatuan secara mendadak, pelari sering memberi tekanan yang terlalu banyak pada tendon dan kesakitan bermula. Rawatan sering termasuk mengambil ubat-ubatan anti-radang, regangan dengan betul, atau meletakkan beberapa ais atas kawasan yang terjejas. Lebih baik jika anda memilih kasut yang sesuai untuk larian anda.

Buku lali tergeliat / terseliuh (Ankle sprain)

Semasa anda berlari, pergelangan kaki / buku lali boleh menggolek masuk atau keluar dan mendarat atas tanah. Malangnya, anda tidak benar-benar memberi perhatian kepada apa yang ada di atas tanah, jadi jika tersalah langkah boleh menyebabkan pergelangan kaki terseliuh. Sudah tentu, apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah untuk beristirahat dan dapatkan bantuan perubatan. Pakar mencadangkan untuk melakukan senaman keseimbangan seperti cangkung sebelah kaki (single-legged squat) untuk memperbaiki otot-otot di sekeliling pergelangan kaki. Bagaimanapun, kesakitan akan hilang bergantung kepada betapa terseliuhnya buku lali anda.

Lepuh (Blisters)

Lepuh boleh terhasil akibat sentuhan antara kulit dan kasut anda. Lapisan atas kulit menjadi koyak, menghasilkan gelembung. Walaupun penyakit ini akan sembuh dengan sendirinya tidak lama kemudian, cara terbaik yang anda boleh lakukan adalah untuk mencegah perkara ini daripada berulang. Pastikan kasut anda sesuai dan pakai sepasang stoking sintetik.

Sakit sisi (Side stitches)

Hampir setiap pelari mendapat kesakitan sisi. Ia adalah rasa sakit yang menjana dari bahagian perut. Ia merengsa dan dianggap berasal dari otot-otot yang bekerja terlalu kuat di antara paru-paru dan perut. Postur berlari yang lemah dapat menyumbang kepada kemungkinan mendapat sakit sisi. Rawatan segera termasuk membongkok ke hadapan, mengetatkan teras (core), dan bernafas dengan bibir anda melekat antara satu sama lain (teknik pernafasan bibir muncung (pursed lip)).

Berlari dengan betul adalah sangat membantu dalam mengekalkan kesihatan tubuh yang baik. Walaupun kebanyakan pelari mengalami kecederaan yang disebutkan, ia adalah yang terbaik untuk meminimumkan kemungkinan anda untuk mendapat salah satu gejala di atas dengan mengikuti garis panduan yang betul. Selagi anda melakukan pemanasan yang betul, senaman ringan selepas bersenam, dan memudahkan diri anda berlari, tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jangan Biarkan Diri Anda Ketagih Guna "Fitness Tracker"! Ini Cara Elakkannya

Mengapa Kita Perlu Bersenam? Ini Kepentingannya!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan