backup og meta

Tak Tahu Nak Pilih Kasut Jogging Yang Mana Satu? Ini 5 Koleksi Terbaik Untuk Pencinta Jogging!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Anda sedang mencari kasut jogging terbaik untuk melakukan aktiviti lasak dan juga larian? 

Tak Tahu Nak Pilih Kasut Jogging Yang Mana Satu? Ini 5 Koleksi Terbaik Untuk Pencinta Jogging!

Usah pening kepala lagi! Di sini kami akan kongsikan khas buat anda 5 koleksi kasut jogging lelaki yang selesa dan berkualiti untuk anda cuba.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Badan Sihat, anda boleh klik di sini.

Tip memilih kasut running murah terbaik

Lambakan jenama kasut jogging lelaki yang dijual di pasaraya mahupun di dalam talian semestinya membuatkan anda rambang mata untuk memilih yang mana satu kasut jogging terbaik.

Tambahan pula, warna dan design yang direka juga semakin membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan.

Pun begitu, anda perlu memilih kasut jogging yang bersesuaian dan selesa dengan anda supaya kaki anda tidak sakit dan lenguh selepas melakukan aktiviti senaman.

Untuk makluman anda, setiap kasut dilengkapi dengan tapak dan material yang berbeza-beza.

Berikut merupakan beberapa tip untuk memilih kasut jogging terbaik anda:

  • Saiz – Pilih saiz kasut yang tidak begitu ketat atau longgar. Ini kerana kasut yang tidak selesa akan menyebabkan kaki anda cedera dan melecet.
  • Sokongan – Ciri-ciri kasut yang diperbuat dengan kusyen tebal, tumit jatuh dan saiz tersuai dapat membuatkan kaki anda lebih selesa ketika bersukan.
  • Bentuk kaki – Setiap kasut sukan direka dengan pelbagai jenis tapak. Fahami kondisi tapak kaki dan corak anda berlari atau berjalan terlebih dahulu sebelum membuat pemilihan, supaya ia dapat memaksimumkan keselesaan kaki anda.

kasut jogging terbaik
Jenis tapak kasut jogging.

Koleksi kasut jogging terbaik lelaki

Berikut merupakan 5 jenis kasut jogging lelaki yang kami kongsikan khas buat para pencinta jogging:

Kasut jogging terbaik #1. Decathlon Kalenji Running Shoes Men High Cushioning

Kasut yang bercirikan ringan ini sudah pasti dapat menambat hati anda! Malah, warna kasut kelabu muda yang memikat ini juga sesuai dipadankan dengan semua jenis pakaian sukan anda.

Apa yang menarik lagi, ia juga dicipta dengan ketinggian antara bahagian belakang dan hadapan tapak yang berbeza iaitu 10 mm yang dapat memberi keselesaan lagi pada kaki anda. 

Kasut ini bukan sahaja sesuai untuk jogging, ia juga boleh digunakan untuk berjalan dan bersenam.

#2. Decathlon Fitness Walking Shoe Men (Breathable) – Newfeel

Kasut larian keluaran Decathlon ini sungguh unik kerana diperbuat daripada fabrik jaring 3D yang dapat menggalakkan peredaran udara di sekeliling kaki anda. Dengan memakai kasut ini, kaki anda tidak akan cepat berpeluh semasa anda sedang jogging.

Kasut ini juga direka dengan Alur Flex-H yang mempunyai tiga alur lentur dalam corak H yang terletak di bahagian hadapan kasut.

Ciri ini membuatkan kasut ini lebih fleksibel ketika dipakai dan dapat meningkatkan tahap keselesaan kaki anda ketika berlari.

Lebih istimewa lagi, kasut ini juga ringan dan tapaknya juga boleh ditanggalkan sekiranya anda ingin mencuci kasut ini.

Kasut jogging lelaki #3. Adidas RUNNING Lite Racer 3.0 Shoes Men GX6741

Buat kaum Adam yang menggemari warna hitam, kasut jogging terbaik dari Adidas ini pasti dapat menawan hati anda! Design kasut ini yang tidak terlalu sporty amat sesuai jika anda ingin gayakan dengan pakaian kasual anda.

Rekaan kasut ini juga mempunyai material kusyen Cloudfoam yang sangat lembut pada bahagian tapak kaki kasut yang membolehkan anda berlari dengan kuat tanpa rasa sakit di sekitar tapak kaki anda.

#4. ASICS Gel-Cumulus 25 (2E Wide) Men Running Shoes In French Blue/Bright Orange

Nikmati rasa yang lebih lembut dan selesa di bawah tapak kaki anda dengan kasut ASICS Gel-Cumulus 25 (2E Wide) ini. Ini kerana, kasut jogging lelaki ini mempunyai kusyen ringan yang membolehkan kaki anda melantun dengan baik ketika berlari.

Dalam pada itu, kasut ini juga direka dengan jalur jacquard pada bahagian atas kasut yang mampu mengekalkan kekeringan kaki anda dengan peredaran udara yang baik.

Paling penting, kasut ini juga tahan lebih lama kerana ia direka dengan getah AHAR yang dapat meningkatkan ketahanan kasut dan menghalang tapak kasut anda daripada cepat haus.

#5. New Balance Men Fresh Foam X 860v13 Running Shoe (Standard or Wide or X-Wide)

Buat anda yang sukar mencari kasut jogging terbaik untuk saiz kaki anda yang lebar, anda boleh dapatkan kasut jenis ini.

Dengan saiz kasut yang lebih stabil dan lebar ini, kaki anda tidak akan mudah berasa sakit dan menjadi semakin selesa apabila berlari meskipun dalam jarak yang jauh.

Dalam pada itu, pelapik dalam kasut jogging terbaik ini juga sangat lembut dan diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Kesimpulan

Walaupun aktiviti jogging dikatakan antara senaman yang mudah dan kurang berisiko berbanding senaman yang lain, anda masih perlu mengutamakan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan pada kasut jogging anda. Ia bertujuan untuk mengelakkan kaki anda daripada mengalami kecederaan semasa sedang beriadah.

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How To Select Athletic Shoes. https://www.footcaremd.org/resources/how-to-help/how-to-select-athletic-shoes. Accessed on December 22, 2023.

How to Choose Running Shoes. https://www.nationwidechildrens.org/specialties/sports-medicine/sports-medicine-articles/how-to-choose-running-shoes. Accessed on December 22, 2023.

Selecting Running Shoes. https://www.acsm.org/docs/default-source/files-for-resource-library/running-shoes.pdf. Accessed on December 22, 2023.

Athletic Shoes. https://orthoinfo.aaos.org/en/staying-healthy/athletic-shoes/. Accessed on December 22, 2023.

New runners – advice for finding the right shoes. https://worldathletics.org/personal-best/performance/finding-the-right-running-shoes. Accessed on December 22, 2023.

Versi Terbaru

14/04/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Manfaat Senaman Aerobik

Betul Ke Bersenam Dengan Perut Kosong Lebih Cepat Kurus?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada Semalam

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan