backup og meta

Tumor Otak? Ini Langkah Pencegahan & Rawatan Yang Perlu Dilakukan

Tumor Otak? Ini Langkah Pencegahan & Rawatan Yang Perlu Dilakukan

Tidak semestinya berbahaya seperti jenis kanser lain. Walau bagaimanapun, punca tumor otak masih masalah kesihatan yang serius. Orang ramai harus sedar cara untuk mencegahnya sebelum terlambat. Selain itu, jika seseorang menderita barah otak, strategi yang tepat untuk penyembuhannya adalah penting.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

Punca tumor otak

Sebelum anda mengetahui mengenai tumor otak, kenali dahulu mengenai tumor.

Kebiasaannya, sel-sel di dalam tubuh akan tumbuh, menjadi tua, mati, dan sel-sel baru akan membentuk untuk menggantikannya.

Sebaliknya, dengan tumor atau kanser, sel tidak akan mati. Ia terus berkembang, terkumpul dan membentuk jisim tisu yang tidak normal yang dipanggil tumor.

Tumor otak adalah tumor yang terletak di otak.

punca tumor otak

Kanser otak muncul daripada pelbagai sel yang membentuk otak dan sistem saraf. Ia dinamakan sempena jenis sel di mana ia mula-mula membentuk.

Jenis tumor otak dewasa yang paling umum adalah tumor glicomas dan astrocytic. Astrosit dan sel glia wujud untuk membantu saraf kekal sihat.

Jenis biasa kedua adalah tumor menigeal. Tumor ini terbentuk di meninges yang merupakan lapisan tisu nipis yang meliputi otak saraf tunjang.

Bagaimana merawat barah otak?

Kini anda sudah mengetahu punca tumor otak, tetapi adakah cara merawatnya?

Apabila tumor otak didiagnosis, terdapat dua pilihan untuk menghilangkannya.

  • Pembedahan. Ini adalah pilihan pertama yang dipilih untuk merawat tumor otak.
  • Kemoterapi dan terapi radiasi. Dalam banyak kes apabila tumor terdapat pada tempat yang mana pembedahan tidak dapat dilakukan, doktor akan menggunakan kemoterapi dan terapi radiasi untuk membuat mengecutkan atau mematikan tumor, atau sekurang-kurangnya menghalang perkembangannya.

Baca juga:

Kadang-kadang, doktor menggabungkan dua pendekatan untuk merawat tumor.

Pembedahan adalah langkah pertama membuang tumor. Kemudian, kemoterapi dan terapi radiasi akan digunakan untuk mengeluarkan sel-sel kanser yang selebihnya.

Untuk tumor yang terletak di dalam otak, doktor akan menggunakan pisau Gamma sebagai tahap terapi radiasi muktamad untuk merawatnya.

Rawatan untuk tumor atau kanser akan menyebabkan banyak kemudaratan terhadap kesihatan manusia.

Oleh itu, doktor akan menyediakan pesakit dengan maklumat mengenai risiko, kesan sampingan dan juga pelan pemulihan selepas rawatan.

Pemulihan mungkin melibatkan kerjasama dengan pelbagai pakar seperti:

  • Pakar terapi fizikal untuk kembalikan keupayaan fizikal seperti kekuatan atau keseimbangan.
  • Pakar terapi pertuturan untuk mengatasi masalah seperti bercakap, menelan atau berfikir.
  • Pakar terapi kerja untuk menguruskan aktiviti harian.

Bagaimana mencegah dan menyembuhkan punca tumor otak?

  • Apabila seseorang tidur, tubuh memulakan proses penyembuhan di mana sel membaiki kerosakan dan mengembalikan tisu. Selain itu, sistem limfatik juga lebih aktif pada waktu malam. Sistem ini membawa detoksifikasi untuk menghilangkan sisa yang terkumpul sepanjang hari. Kekurangan tidur menghalang proses ini.
  • Gunakan minyak Frankincense. Semasa bernafas dalam melakukan yoga atau meditasi, menghidu Frankencense akan membantu mengurangkan keradangan di otak. Penyebab kematian yang paling biasa yang disebabkan oleh tumor otak adalah keradangan akibat bengkak otak.
  • Terlibat dengan terapi oksigen hiperbarik. Bilik oksigen hiperbarik memulihkan kerosakan yang disebabkan oleh rawatan atau ubat. Ia membentuk saluran darah baru, membina semula saraf yang rosak dan menstabilkan gula dalam darah. Mereka yang terlibat dengan terapi ini akan mengurangkan risiko mendapatkan tumor otak dan kanser otak.
  • Perhatikan pelan makan. Seseorang harus mengambil makanan berasaskan tumbuhan yang mempunyai keupayaan memerangi tumor. Anda juga harus mengambil sejumlah kalori, protein, lemak yang sihat dan karbohidrat yang mencukupi.

punca tumor otak

Lebih berhati-hati dengan peranti mudah alih anda. Medan elektromagnetik boleh meningkatkan risiko dan menjadi punca tumor otak serta kanser.

Terdapat banyak cara untuk mengurangkan risiko tumor atau kanser.

Walau bagaimanapun, jika seseorang mendapat barah otak, jangan panik. Terdapat juga rawatan yang berkesan.

Semua orang juga perlu mengekalkan amalan gaya hidup yang sihat.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/brain-tumor/symptoms-causes/syc-20350084

https://www.aans.org/en/Patients/Neurosurgical-Conditions-and-Treatments/Brain-Tumors

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/6149-brain-cancer-brain-tumor

https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/the-most-common-brain-tumor-5-things-you-should-know

Understanding Brain Tumors

Brain Tumor Information

 

Versi Terbaru

06/06/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Hati-Hati! Kerap Mengantuk Salah Satu Gejala TUMOR Otak, Ketahui 9 Tanda Yang Lain!

Hati-Hati Jika Kerap Sakit Kepala Waktu Pagi, Ini Salah Satu Tanda Kanser Otak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan