home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

7 Simptom Kanser Yang Lelaki TIDAK PATUT Abaikan! Nampak Biasa Tapi Sebenarnya Kanser!

7 Simptom Kanser Yang Lelaki TIDAK PATUT Abaikan! Nampak Biasa Tapi Sebenarnya Kanser!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkannya di sini.

Tahukah anda, lelaki takut untuk berjumpa doktor? Kadang kala, kaum lelaki ini tidak akan hiraukan kesihatan atau penyakit mereka dan rela untuk tahan sakit kerana tidak mahu bertemu doktor!

Menurut statistik, lelaki tidak akan berjumpa doktor sewenang-wenangnya. Malah, mereka juga mencatatkan kunjungan ke klinik atau hospital sebanyak 24% kurang daripada perempuan.

Selalunya, mereka akan gunakan alasan seperti ‘saya tidak mempunyai masa’, atau ‘saya sebenarnya sihat saja’.

Boleh dikatakan mereka selalu berlengah-lengah untuk ke klinik atau hospital kerana kurang gemar mendengar bebelan doktor.

Kaum Adam, jangan macam ni! Penyakit yang anda alami tidak akan hilang begitu sahaja jika anda tidak berjumpa doktor. Malah, penyakit anda mungkin akan jadi lebih teruk!

Bagaimana kalau penyakit yang dialami itu sebenarnya kanser? Untuk pengetahuan anda, tanda awal kanser selalunya sukar untuk dikenal pasti.

Cuba perhatikan simptom-simptom kanser di bawah. Antaranya, sakit belakang, sering batuk-batuk dan kerap ke tandas mungkin kelihatan seperti masalah kesihatan yang biasa.

Namun, jangan pernah abaikan simptom-simptom ini. Kaum lelaki, tolong jaga kesihatan anda! Mana tahu, pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa anda!

Pengesanan awal kanser untuk kesihatan lelaki

1. Masalah ketika membuang air kecil

penyakit lelaki

Hati-hati jika anda kerap mengalami masalah untuk membuang air kecil! Masalah ini bukanlah sesuatu yang normal dan mungkin berkaitan dengan masalah disfungsi erektil atau kanser prostat!

Kanser prostat merupakan penyakit yang lazim dalam kalangan lelaki. Hampir 1 dalam 7 lelaki berisiko untuk menghidap kanser prostat.

Kanser jenis ini merebak secara perlahan-lahan dan sukar untuk dikesan awal.

Kadang kala, masalah membuang air kecil ini dikatakan berpunca daripada usia yang sudah meningkat. Namun, usia semata-mata bukanlah salah satu punca masalah ini.

Jika anda berisiko untuk menghidap kanser prostat, doktor akan mencadangkan anda untuk mengambil ujian PSA bagi mengesahkan sama ada anda mempunyai kanser ataupun tidak.

2. Darah dalam tinja tanda penyakit kanser

Darah di dalam tinja bukanlah sesuatu yang normal, namun banyak lelaki yang akan abaikan perkara ini dan anggap pendarahan tersebut berlaku disebabkan oleh penyakit seperti buasir dan sembelit.

Walaupun masalah sembelit merupakan perkara yang normal, simptom ini tidak sepatutnya diabaikan oleh para lelaki.

Jika ada darah dalam tinja, anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin!

Penghidap kanser kolon, atau kanser kolorektal selalunya tidak akan mengalami apa-apa simptom pada awalnya.

Namun, apabila simptom mula hadir, kanser selalunya telahpun terbentuk di dalam usus besar anda.

3. Batuk yang tidak pernah berhenti

penyakit lelaki

Merokok merupakan salah satu punca yang menyebabkan anda mengalami batuk yang sukar untuk sembuh. Bagi pengetahuan anda, kebanyakan perokok akan mengalami batuk kronik yang dikenali sebagai ‘smoker’s cough’.

Batuk ini disebabkan oleh bahan kimia yang terkandung di dalam rokok.

Bahan kimia yang sama juga merupakan punca perokok mengalami penyakit yang lebih teruk seperti pneumonia, bronchitis, dan kanser paru-paru.

Selain itu, simptom lain seperti batuk berdarah juga perlukan perhatian daripada doktor secepat mungkin.

Jika anda mengalami batuk yang berlarutan selama lebih daripada dua minggu, pastikan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

4. Perubahan pada saiz atau bentuk buah zakar

Adakah buah zakar anda tiba-tiba berubah saiz, rasa berat dan mula membengkak? Jika anda mempunyai simptom-simptom ini, anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin.

Jika wanita boleh melakukan pemeriksaan kendiri untuk mengesan ketulan pada payudara mereka, lelaki juga boleh lakukan perkara yang sama!

Kaum Adam perlu peka mengenai saiz, bentuk, dan berat buah zakar mereka. Kanser testis merupakan sejenis kanser yang berbahaya kepada lelaki.

Kanser ini menyerang lelaki dalam lingkungan umur 15 hingga 35 tahun. Walau bagaimanapun, kanser testis merupakan sejenis kanser yang mempunyai tahap kesembuhan yang tinggi.

Jika anda disyaki mempunyai kanser testis, doktor akan menjalankan ujian fizikal, ujian darah dan ultrasound untuk memastikan sama ada anda mempunyai kanser tersebut atau tidak.

5. Lelaki, utamakan kesihatan anda jika rasa penat berpanjangan!

penyakit lelaki

Ramai lelaki yang menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga sering rasa penat setelah sepanjang hari berhempas pulas di tempat kerja.

Oleh sebab itu, mereka mungkin akan ketepikan rasa penat yang dialami dan anggap semuanya adalah perkara biasa.

Walau bagaimanapun, bukan semua rasa penat itu adalah disebabkan kanser!

Cumanya, jika anda rasa letih dan lesu selama dua minggu atau lebih, dan rasa penat itu tidak pergi walau sebanyak manapun anda berehat, maka anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut.

6. Berat badan turun tanpa sebab

Jika anda tidak bersenam atau melakukan apa-apa jenis diet, berat badan yang turun secara tiba-tiba mungkin merupakan salah satu simptom kanser.

Kanser esofagus, pankreas, hati dan kolon semuanya boleh menyebabkan penurunan berat badan dengan tiba-tiba.

Oleh sebab itu, hati-hati jika anda mengalami penurunan berat badan sebanyak 5 kilogram tanpa sebab!

7. Penyakit kanser hati kerana kerap sakit perut

Sukar untuk tentukan sama ada sakit perut yang anda rasa itu adalah disebabkan oleh penyakit kanser atau tidak.

Selalunya, sakit perut berlaku disebabkan oleh keracunan makanan atau stres yang berpanjangan. Anda juga mungkin mengalami penyakit seperti gastrik.

Walau bagaimanapun, jika anda kerap mengalami sakit perut dan sering buntu mencari puncanya, anda mungkin perlu berjumpa doktor secepat mungkin.

Sakit perut merupakan salah satu tanda leukemia, kanser esofagus, kanser hati, kanser pankreas mahupun kanser kolorektal.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. 15-40. 2016. 13 Cancer Symptoms That Men Often Ignore. October 25. Accessed October 11, 2020. https://www.15-40.org/2016/10/25/cancer-symptoms-men-ignore/.
  2. Harvard Health Publishing. n.d. That nagging cough. Accessed October 11, 2020. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/that-nagging-cough.
  3. Mayo Clinic. 2019. Prostate cancer. April 17. Accessed October 11, 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/prostate-cancer/symptoms-causes/syc-20353087.
  4. MD Anderson Cancer Center. n.d. 10 cancer symptoms men shouldn’t ignore. Accessed October 11, 2020. https://www.mdanderson.org/publications/focused-on-health/cancer-symptoms-men.h12-1589046.html.
  5. Z Cancer Foundation. 2018. Consequences of Ignoring Cancer Symptoms. January. Accessed October 11, 2020. http://www.zcancerfoundation.org/coping-with-cancer/what-happens-if-you-ignore-cancer-symptoms.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada 22/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman