backup og meta

Diagnosis Kanser Payudara Yang Patut Anda Tahu, Jangan Biarkan Kanser Makin Melarat

Diagnosis Kanser Payudara Yang Patut Anda Tahu, Jangan Biarkan Kanser Makin Melarat

Pesakit kanser payudara berpotensi untuk sembuh jika berada di tahap awal. Banyak pemeriksaan payudara yang boleh dilakukan jika anda ingin mengesan penyakit ini. Sebagai contoh, anda boleh lakukan ujian mamogram sebagai salah satu langkah diagnosis kanser. 

Jika pesakit berpotensi untuk menghidap kanser, beberapa jenis ujian akan dijalankan untuk doktor mengenal pasti sama ada individu tersebut benar-benar menghidap kanser ataupun tidak.

Diagnosis untuk kanser payudara merangkumi pemeriksaan kendiri, ujian imbasan, ujian makmal, biopsi ataupun ujian genetik. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser Payudara, sila dapatkannya di sini.

Pemeriksaan kanser secara sendiri

Wanita dewasa digalakkan untuk melakukan pemeriksaan kendiri sekurang-kurangnya sekali sebulan. 

Sebanyak 40% daripada wanita yang didiagnos dengan kanser payudara bertindak berjumpa doktor setelah mereka mendapati ada ketulan pada payudara mereka.

Namun, pemeriksaan kendiri mempunyai risiko dan limitasi yang tersendiri, sebagai contoh:

1. Rasa gelisah akibat ketulan yang muncul pada payudara.

Sesetengah wanita akan rasa gelisah jika menemui ketulan pada bahagian payudara mereka. Namun, bukan semua ketulan adalah disebabkan kanser. Ketulan yang terhasil boleh bersifat benign dan tidak akan mempengaruhi kesihatan anda.

Tetapi, wanita yang mengesan ketulan pada kawasan payudara mereka mungkin akan rasa takut dan gelisah sementara menunggu jawapan daripada doktor.

2. Perlu belanja lebih jika ingin lakukan pemeriksaan payudara

Jika doktor mengesan terdapat ketulan pada bahagian payudara, anda mungkin terpaksa lakukan prosedur lain seperti mammogram ataupun ultrasound yang mungkin menelan kos yang banyak.

3. Pemeriksaan kendiri bukan cara terbaik untuk kenal pasti kanser

pemeriksaan payudara

Pemeriksaan kendiri bukanlah kaedah yang 100% tepat untuk kenal pasti kanser. Cara yang lebih tepat ialah dengan melakukan pemeriksaan payudara secara klinikal ataupun mammogram.

Anda boleh lakukan pemeriksaan kendiri seminggu selepas datang haid. Anda juga digalakkan untuk melakukan pemeriksaan pada waktu yang sama setiap bulan.

Baca juga:

Pemeriksaan payudara fizikal oleh doktor

Pemeriksaan fizikal merupakan ujian manual yang akan dilakukan oleh doktor ke atas payudara pesakit. Walaupun pesakit sendiri boleh melakukan pemeriksaan kendiri, namun hanya doktor sahaja yang boleh memastikan sama ada ketulan tersebut adalah normal ataupun tidak.

Wanita digalakkan untuk melakukan pemeriksaan fizikal sekurang-kurangnya setahun sekali. Jika anda merupakan pesakit kanser payudara, anda mungkin akan melalui pemeriksaan payudara secara fizikal sekurang-kurangnya sekali dalam masa 3 atau 4 bulan.

Diagnosis kanser dengan ujian makmal

1. Pemeriksaan kanser menggunakan ujian mamogram

Ujian mamogram merupakan sejenis ujian yang menggunakan sinaran x-ray yang boleh membantu doktor untuk mengenal pasti kewujudan ketulan pada bahagian payudara.

Ujian ini boleh mengesan ketulan ketika saiznya masih kecil dan sebelum ia dapat dirasai pada permukaan kulit.

Ramai wanita yang tidak selesa dan rasa sakit ketika menjalankan ujian mamogram. Namun, ujian ini tidak mengambil masa yang lama. Kesakitan yang dialami semasa melakukan ujian mamogram juga hanya berlangsung selama beberapa minit.

Kadang kala, payudara akan jadi lebih sensitif jika anda bakal datang bulan dalam masa beberapa hari lagi. Oleh itu, elakkan datang untuk ujian mamogram jika anda hampir datang bulan untuk elakkan kesakitan.

2. Ultrasound untuk pemeriksaan kanser payudara

Pengimejan ultrasound merupakan sejenis ujian yang dijalankan untuk melihat bahagian dalam payudara pesakit. Jika doktor mengesan ketulan ketika anda melakukan mammogram, anda mungkin perlukan ujian ultrasound supaya doktor boleh membuat diagnosis yang lebih tepat.

Pesakit yang mempunyai tisu payudara yang lebih tumpat juga boleh melakukan ultrasound untuk keputusan yang lebih tepat.

3. Imbasan MRI (Magnetic resonance imaging)

Imbasan MRI merupakan ujian diagnostik yang menggunakan kombinasi gelombang bunyi dan magnet yang berkuasa tinggi untuk menghasilkan imej organ dalam badan dengan jelas.

MRI selalunya dilakukan setelah ketulan tersebut dikenal pasti sebagai kanser. Melalui imbasan ini, doktor dapat melihat sejauh mana kanser tersebut telah merebak.

Kadang kala, ujian yang sama juga dijalankan terhadap wanita yang telah menghidap kanser payudara. MRI dapat membantu doktor untuk menentukan saiz dan mengesan sama ada pesakit mempunyai tumor lain pada payudara mereka.

Pemeriksaan payudara kanser menggunakan kaedah biopsi

pemeriksaan payudara

Hanya ujian biopsi sahaja yang boleh menentukan sama ada pesakit tersebut benar-benar menghidap kanser. Ketika biopsi, doktor akan membuang sebahagian kecil sel daripada bahagian yang abnormal untuk diperiksa di makmal.

Ada beberapa jenis biopsi yang boleh dilakukan terhadap wanita yang menghidap kanser:

Fine-Needle aspiration (FNA)

Ketika FNA, doktor akan menggunakan jarum yang amat halus untuk menyedut (aspirate) sedikit tisu daripada bahagian yang abnormal. Kemudian, sel tersebut akan diperiksa sama ada ia malignan ataupun tidak.

Biopsi ini mungkin memerlukan masa sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit. Namun, pengambilan sampel menggunakan jarum hanya makan masa selama 15 saat.

Core needle biopsy

Jika pesakit telahpun disahkan menghidap kanser payudara, selalunya doktor akan melakukan core needle biopsy untuk mengambil sel kanser daripada payudara pesakit.

Biopsi jenis ini boleh mengambil lebih banyak sampel berbanding fine-needle aspiration. Tambah lagi, cara ini lebih mudah dan tidak memerlukan apa-apa pembedahan.

Stereotactic Core Needle Biopsy

Semasa biopsi dijalankan, doktor akan mengunakan teknik imbasan seperti x-ray ataupun CT untuk menentukan lokasi ketulan ataupun tumor yang akan diambil.

Biopsi jenis ini tidak akan meninggalkan luka yang teruk pada bahagian badan pesakit.

MRI-Guided Biopsies

Biopsi jenis ini menggunakan imbasan MRI untuk menentukan kedudukan tumor sebelum doktor menggunakan jarum untuk mengambil sampel tisu daripada ketumbuhan tersebut.

Biopsi jenis ini juga tidak akan meninggalkan parut yang teruk pada badan pesakit. Ia juga tidak menggunakan sebarang sinaran radiasi.

Vacuum-Assisted Core Biopsy

Biopsi ini merupakan alternatif kepada biopsi yang memerlukan pembedahan. Doktor akan melakukan pembedahan kecil untuk mengambil sampel tisu menggunakan alat penyedut.

Excisional Biopsy

Berbeza dengan biopsi jenis lain, excisional biopsy dilakukan dengan cara membuang seluruh tumor ataupun ketulan untuk dikaji.

Biopsi jenis ini lazimnya dilakukan jika ketulan pesakit bersaiz kecil.

Lymph Node Biopsy

Kanser boleh merebak ke bahagian nodus limfa pesakit. Oleh itu, doktor boleh pilih untuk melakukan biopsi nodus limfa untuk mengambil sebahagian sel kanser pada bahagian tersebut. 

Jika doktor menemukan bukti bahawa kanser telahpun sampai pada bahagian nodus limfa, pesakit tersebut mungkin telahpun menghidap kanser payudara metastasis.

Tahap dan gred kanser payudara

pemeriksaan payudara

Tahap dan gred kanser merupakan terma yang sering digunakan untuk menentukan sama ada kanser yang dialami pesakit berada di peringkat yang serius atau tidak. 

Doktor pula akan menggunakan tahap dan gred untuk mencadangkan rawatan yang paling sesuai dengan keadaan pesakit.

Tahap kanser payudara yang lazim digunakan terdiri daripada tahap 1 – 4:

  • Tahap 0 – Tahap 0 bermakna kanser sel masih berada di dalam saluran payudara dan masih belum merebak ke kawasan lain.
  • Tahap 1 – Kanser bersaiz kecil dan dijumpai di dalam kawasan payudara. Ketika ini, kanser payudara masih belum merebak ke kawasan lain. Tahap 1 merupakan kanser payudara tahap awal.
  • Tahap 2 – Kanser mungkin berada di dalam kawasan payudara ataupun di dalam nodus limfa ataupun kedua-duanya.
  • Tahap 3 – Kanser telahpun merebak ke bahagian badan yang lain. Ia mungkin telah menjangkiti bahagian lain seperti kulit dan juga dinding dada. Pada ketika ini, kanser turut dikenali sebagai kanser yang telah merebak secara total. 
  • Tahap 4 – Kanser telahpun merebak ke bahagian badan yang lain. Kanser ini turut dikenali sebagai kanser payudara metastasis.

Gred pula digunakan untuk membezakan keadaan sel kanser berbanding sel yang sihat. Untuk menentukan gred kanser, sel kanser akan diperiksa di bawah mikroskop.

  • Gred 1 – Sel kanser kelihatan serupa dengan sel yang sihat. Sel kanser juga membesar dan merebak dengan perlahan. Pada waktu ini, kanser masih lagi berada di tempat yang sama. 
  • Gred 2 – Sel kanser masih lagi nampak normal jika di bandingkan dengan sel yang sihat. Namun, sel tersebut mungkin telah merebak ke tisu yang berkaitan.
  • Gred 3 – Sel kanser nampak amat berbeza berbanding sel normal. Sel kanser juga merebak dan membesar dengan pantas.

Baca juga:

  1. Cara Mencegah Kanser Payudara, Ubah Gaya Hidup Anda Bermula Sekarang
  2. Punca Kanser Payudara Yang Harus Dikenalpasti Lebih Awal

Diagnosis berbeza

Bukan semua ketulan yang muncul pada bahagian payudara merupakan tanda anda menghidap kanser payudara. Ketulan tidak semestinya bersifat kanser. Ia juga boleh bersifat beningn.

Hanya melalui ujian mammogram, ultrasound atau biopsy sahaja pesakit boleh tahu dengan pasti sama ada ketulan yang dialami bersifat kanser ataupun tidak.

Ada kemungkinan anda menghidap penyakit lain yang bukan kanser. Sebagai contoh, anda mungkin menghidap sista (cyst), fibroadenomas, ataupun fat necrosis.

Pemeriksaan kanser payudara dengan ujian genetik

Jika anda mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap kanser payudara, anda boleh lakukan ujian genetik untuk tahu sama ada anda berisiko untuk menghidap kanser yang sama.

Ada wanita yang mewarisi genetik kanser daripada ibu bapa mereka yang boleh meningkatkan risiko untuk menghidap kanser payudara.

Namun, bukan semua wanita perlu melakukan ujian genetik ini. Oleh itu, jika anda berniat ingin melakukan ujian genetik, anda perlu berfikir semasak-masaknya. Ujian mungkin akan menelan kos yang banyak.

Kebanyakan wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara tidak mewarisi sebarang gen kanser daripada ibu bapa mereka. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Cancer Society . 2019. Breast MRI. October 3. Accessed August 24, 2020. https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/screening-tests-and-early-detection/breast-mri-scans.html.
  2. American Cancer Society. 2019. Breast Biopsy. October 3. Accessed August 24, 2020. https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/screening-tests-and-early-detection/breast-biopsy.html.
  3. —. 2019. Genetic Counseling and Testing for Breast Cancer Risk. September 10. Accessed August 24, 2020. https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/risk-and-prevention/genetic-testing.html.
  4. Breast Cancer.org. 2016. Breast Physical Exam. June 23. Accessed August 24, 2020. https://www.breastcancer.org/symptoms/testing/types/physical_exam#:~:text=If%20you%20are%20being%20treated,frequency%20to%20once%20a%20year.
  5. —. 2019. gnosisBreadcrumb arrowScreening and TestingBreadcrumb arrowBreast Cancer Tests: Screening, Diagnosis, and MonitoringBreadcrumb arrowBreast Self-Exam. October 24. Accessed August 20, 2020. https://www.breastcancer.org/symptoms/testing/types/self_exam.
  6. Cancer Research UK. 2020. About breast cancer staging and grades. July 3. Accessed August 24, 2020. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/breast-cancer/stages-types-grades/about-breast-cancer-staging-grades.
  7. CDC. 2018. What Is a Mammogram. September 11. Accessed August 24, 2020. https://www.cdc.gov/cancer/breast/basic_info/mammograms.htm#:~:text=A%20mammogram%20is%20an%20X,before%20it%20can%20be%20felt.
  8. Johns Hopkins Medicine. n.d. Breast Ultrasound. Accessed August 24, 2020. https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/breast-ultrasound.
  9. Medicine Plus. 2018. Lymph node biopsy. November 6. Accessed August 24, 2020. https://medlineplus.gov/ency/article/003933.htm#:~:text=A%20lymph%20node%20biopsy%20is,can%20spread%20to%20lymph%20nodes.
  10. OncoLink. 2018. Stereotactic Needle Biopsy. September 24. Accessed August 24, 2020. https://www.oncolink.org/cancer-treatment/procedures-diagnostic-tests/biopsy-procedures/stereotactic-needle-biopsy#:~:text=A%20stereotactic%20biopsy%2C%20also%20known,that%20needs%20to%20be%20biopsied.
  11. RadiologyInfo.org. 2019. Magnetic Resonance (MRI)-Guided Breast Biopsy. January 23. Accessed August 24, 2020. https://www.radiologyinfo.org/en/info.cfm?pg=breastbimr#:~:text=Magnetic%20resonance%2D%20or%20MR%2Dguided,leaves%20little%20to%20no%20scarring.

 

Versi Terbaru

07/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

7 Tanda Kanser Payudara Setiap Wanita WAJIB Tahu!

Pilihan Rawatan Untuk Pesakit Barah Payudara Yang Diakui & Diyakini Oleh Pakar!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan