home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kanser Payudara: Berat Badan Meningkatkan Risiko!

Kanser Payudara: Berat Badan Meningkatkan Risiko!

Berat badan ideal adalah impian bagi semua orang. Bukan sekadar memberikan rupa yang cantik, ia juga penting untuk kesihatan tubuh badan. Mempunyai lemak berlebihan hanya akan mendatangkan pelbagai masalah fizikal dan mental. Antara keadaan kesihatan yang terkait dengan berat badan adalah kanser payudara.

Apakah kaitan antara berat badan dan kanser payudara?

Berat badan berlebihan meningkat risiko kanser payudara. Lemak yang berlebihan meningkatkan kadar hormon estrogen. Keadaan ini merangsang pertumbuhan sel-sel payudara. Selain itu, hormon insulin juga turut meningkat dan ia juga didapati meningkat risiko kanser payudara.

Walau bagaimanapun, kaitan antara keduanya bukanlah semudah itu. Ia sebenarnya lebih kompleks. Ada kajian yang mendapati bahawa risiko meningkat jika berat badan bertambah semasa dewasa dan tidak bagi mereka yang mempunyai berat badan tinggi sejak kecil. Lemak di bahagian pinggang pula lebih meningkatkan risiko berbanding paha dan pinggul.

Walaupun kaitan antara keduanya ada, saintis masih lagi tidak mempunyai kata akhir sama ada menurunkan berat badan boleh menurunkan risiko. Ia mungkin kerana tidak ramai yang turun berat semasa dewasa dan jika ada pun, ia tidak kekal dalam tempoh yang lama. Oleh itu, kesimpulan akhir adalah susah untuk dibuat.

Menurunkan berat sudah pasti memberikan manfaat

Meskipun kaitan antara berat badan dan kanser payudara mungkin tidak terlalu jelas seperti hitam dan putih, ia bukanlah alasan untuk anda tidak berusaha membuang lemak dan kilogram pada badan anda.

Selain kanser payudara, terdapat banyak lagi keadaan kesihatan lain yang boleh berlaku berpunca daripada berat badan yang tinggi. Ini termasuk:

  • Diabetes jenis 2.
  • Penyakit jantung.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Osteoartritis.
  • Kemurungan.

Rancanglah kehidupan anda ke arah yang lebih sihat. Jaga pemakanan dan lakukan aktiviti fizikal secara berkala. Kesihatan tidak akan dapat dibeli dengan wang ringgit. Apabila sudah terkena, menyesal pun tidak berguna. Jom mulakan hari ini!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim pada 20/09/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x