backup og meta

Kanser Ovari Satu Pembunuh Senyap! Peka Dengan Tanda Ini Untuk Elak Ia Merebak Pantas!

Kanser Ovari Satu Pembunuh Senyap! Peka Dengan Tanda Ini Untuk Elak Ia Merebak Pantas!

Barah ovari wanita adalah salah satu jenis kanser yang berbahaya, tetapi jika ia didiagnosis pada peringkat awal, kadar survival (masa hayat) boleh menjadi sehingga 95%.

Inilah cara untuk mengenal pasti simptom-simptom kanser ovari dan mengambil langkah pencegahan awal.

Barah ovari wanita “pembunuh senyap”

Simptom-simptom barah ovari wanita sering dikelirukan dengan masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, ia sering dianggap tidak serius sehinggalah kanser telah merebak ke peringkat selanjutnya. Beberapa simptom barah ovari wanita adalah:

  • Perut kembung atau bengkak
  • Rasa penuh dengan cepat selepas makan, walaupun makan hidangan kecil
  • Berat badan menurun atau menaik
  • Sakit belakang
  • Perubahan dalam tabiat usus, seperti sembelit atau cirit-birit
  • Kerap membuang air kecil
  • Perdarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan
  • Keletihan melampau, mudah letih

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami simptom-simptom di atas, ia tidak bermakna bahawa anda sudah pasti mempunyai kanser ovari. Anda harus segera membuat temu janji dengan doktor anda untuk pemeriksaan.

Berapa cepatkah kanser ovari merebak?

barah ovari wanita

Doktor menggred tumor mengikut seberapa cepat mereka menjangka ia berkembang. Kanser yang kelihatan sama dengan tisu normal akan tumbuh dengan perlahan dan ditandakan gred rendah. Kanser bergred tinggi berbeza dengan tisu normal dan merebak dengan cepat. Tumor ovari dibahagikan kepada 4 gred:

  • Gred 0: Gred 0 tumor adalah yang paling sedikit agresifnya dan kelihatan seperti sel-sel tisu normal. Ia tidak mungkin merebak dan mudah sembuh
  • Gred 1: Tumor jenis ini kelihatan sangat mirip dengan sel normal. Ia cenderung berkembang perlahan-lahan
  • Gred 2: Tumor Gred 2 tidak kelihatan seperti tisu biasa. Ia berkembang dengan cepat
  • Gred 3: Tumor Gred 3 sangat berbeza dengan tisu normal. Ia berkembang dengan cepat dan dengan cara yang tidak teratur. Ia adalah jenis kanser yang paling agresif

Merawat kanser pada peringkat awal

barah ovari wanita

  • Untuk barah ovari wanita yang bergred rendah, anda hanya perlu mengeluarkan bahagian yang terjejas. Anda mungkin berpeluang untuk hamil pada masa akan datang kerana anda masih mempunyai ovari normal yang lain dan rahim anda tidak diusik. Jika anda telah menopaus dan tidak mahu mempunyai anak lagi, anda boleh mengeluarkan kedua-dua ovari dan rahim anda. Selepas pembedahan, tidak perlu rawatan lain
  • Kanser peringkat awal: Untuk kanser tahap 1, anda akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ovari, tiub Falopio (Fallopian tubes) atau rahim. Selepas pembedahan, doktor mungkin mengesyorkan anda untuk menjalani kemoterapi jika risiko untuk berulang tinggi
  • Kanser lanjut: Semasa peringkat lanjut, kemungkinan kanser anda tidak akan sembuh. Jadi, tujuan rawatan adalah untuk mengawal kanser selama mungkin

Jika barah ovari wanita dikesan pada peringkat paling awal, peluang untuk sembuh adalah tinggi. Jika anda mengalami beberapa simptom yang disebutkan di atas, anda harus berbincang dengan doktor mengenai ujian kanser ovari.

Anda tidak patut mengabaikan apa-apa simptom yang berlaku. Diagnosis awal dapat membantu anda meneruskan hidup.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Symptoms and causes of ovarian cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ovarian-cancer/symptoms-causes/syc-20375941. Accessed Sep 7, 2018
  2. Ovarian cancer. https://www.cancer.org/cancer/ovarian-cancer.html. Accessed Sep 7, 2018
  3. Symptoms of ovarian cancer. https://www.cancer.org/cancer/ovarian-cancer/detection-diagnosis-staging/signs-and-symptoms.html. Accessed Sep 7, 2018
  4. Staging ovarian cancer. https://ocrahope.org/patients/about-ovarian-cancer/staging/. Accessed Sep 7, 2018
  5. Survivor shares her early warning signs of ovarian cancer. https://www.piedmont.org/living-better/survivor-shares-her-early-warning-signs-of-ovarian-cancer. Accessed Sep 7, 2018

Versi Terbaru

25/10/2021

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Ramai Wanita Tak Perasan Simptom Kanser Ovari Mereka, Dah Buang Rahim Pun Masih Berisiko!

Masalah Ketidakhadaman Atau Kanser Ovari? Hati-Hati, Jangan Keliru Jika Sering Alami Kembung Perut!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 25/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan