home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Perasaan dan Kanser

Perasaan dan Kanser

Berdepan dengan kanser boleh mengubah keseluruhan rutin. Walau apa pun keputusan anda, adalah penting untuk melakukan sesuatu yang baik untuk diri anda dan tidak membandingkan diri anda dengan orang lain. Rakan dan ahli keluarga anda mungkin merasakan perasaan yang sama seperti anda.

Perubahan perasaan

Ingin tahu

Apabila mula mengetahui bahawa anda mempunyai kanser, perasaan ini boleh menjadi:

  • Anda tertanya-tanya jika anda boleh hidup.
  • Anda akan mengalami lebih banyak lawatan dan rawatan.
  • Anda mungkin berfikir bahawa anda tidak boleh pergi ke sekolah, bekerja atau melakukan perkara yang anda suka.
  • Anda berasa tidak berdaya dan kesepian.

Penafian

Ketika mula didiagnosis, anda mungkin ada perasaan menafikan kebenaran. Kangs-kadang penafian ini adalah satu masalah yang serius. Jika ia berterusan, ia akan menghalang anda mendapatkan rawatan yang anda perlukan.

Marah

Seseorang selalu berasa marah dengan keadaannya. Anda mungkin juga berasa maraa dengan semua orang termasuk rakan dan kesayangan anda. Marah selalunya dari perasaan yang sukar ditunjukkan seperti ketakutan, panik, kekecewaan, keresahan dan putus asa. Jika anda berasa marah, anda jangan berpura-pura semuanya baik sahaja. Marah mungkin boleh membantu dalam memotovasikan anda untuk bertindak.

Risau

Sesetengah ketakutan mengenai kanser adalah berdasarkan cerita, khabar angin dan maklumat yang salah. Untuk menangani ketakutan dan kebimbangan, ia sering membantu dengan maklumat. Kebanyakan orang berasa lebih baik apabila mereka mempelajari fakta. Mereka berasa kurang takut dan tahu apa yang diharapkan. Belajar mengenai kanser anda dan faham apa yang anda boleh lakukan untuk menjadi rakan aktif dalam penjagaan anda.

Resah

Semasa dan selepas rawatan, adalah normal untuk mengalami tekanan terhadap semua perubahan kehidupan yang anda alami. Anda mungkin dapat melihat perubahan dalam kesihatan tubuh anda dan mula berasa lebih letih. Tekanan dapat menghalang tubuh anda daripada penyembuhan seperti sepatutnya.

Kesedihan

Ramai orang mempunyai kanser berasa sedih. Mereka merasakan kehilangan kesihatan dan kehidupan mereka sebelum mereka mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit. Walaupun anda sudah selesai rawatan, anda masih boleh merasa sedih. Ini adalah tindak balas biasa kepada mana-mana penyakit yang serius. Ia mungkin mengambil masa untuk berfungsi dan menerima semua perubahan yang berlaku.

Kesepian

Orang yang menderita kanser mungkin berasa kesepian kerana mereka berfikiran kanser menghalang mereka melakukan aktiviti harian, bertemu rakan dan sukar untuk menceritakan keadaannya. Anda mungkin berfikir bahawa tiada siapa yang dapat memahami anda.

Harapan

Apabila menerima bahawa mereka mempunyai kanser, mereka sering berasakan rasa sebuah harapan. Terdapat banyak sebab untuk berasa bersyukur. Berjuta-juta orang yang mempunyai kanser masih hidup hari ini. Peluang hidup dengan kanser adalah lebih baik sekarang berbanding sebelum ini. Dan orang yang mempunyai kanser boleh menjalani kehidupan yang aktif, walaupun semasa rawatan.

Bagaimana berdepan perasaan anda semasa kanser

Luahkan apa yang anda rasa

Apabila anda mencari jalan untuk menyatakan perasaan anda, anda lebih mudah melepaskannya. Walaupun anda memilih untuk tidak membincangkan kanser anda dengan orang lain, anda masih boleh meluahkan perasaan anda dengan memikirkannya atau menulisnya.

Sentiasa berfikiran positif

Kadang-kadang ini bermakna mencari sesuatu baik walaupun dalam masa yang buruk atau cuba untuk menjadi harapan, bukan memikirkan yang paling teruk. Cuba gunakan tenaga anda untuk memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan apa yang boleh anda lakukan sekarang untuk kekal sihat sebaik mungkin.

Menjadi aktif

Pastikan diri anda fokus terhadap perkara lain selain daripada keadaan anda. Keluar untuk melakukan beberapa aktiviti, mencuba hobi baru, menambah kenalan baru. Jadi anda boleh melupakan penyakit anda seketika.

Jangan berasa bersalah mengenai keadaan anda

Ingat bahawa kanser boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Anda tidak boleh menyalahkan diri sendiri untuk kanser anda.

Biarkan diri anda tenang

Meditasi dan terapi menenangkan diri adalah beberapa cara yang boleh membantu anda berehat apabila anda berasa kerisauan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Feelings. http://cancer.gov/about-cancer/coping/feelings. Accessed August 26, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 05/10/2018
x