Ramai sudah sedia maklum jika penyakit kanser itu ada beberapa tahap utama dan kanser jenis ini turut tidak terkecuali. Tahap kanser kolon boleh ditentukan melalui diagnosis yang dilakukan oleh doktor untuk mengetahui dan mencegah daripada ia merebak!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kanser, anda juga boleh klik di sini.
Apa maksud tahap kanser kolon?
Untuk pengetahuan anda semua, peringkat kanser kolon anda akan ditentukan sama ada berada di angka 1, 2, 3 atau 4. Bagi peringkat paling akhir, ia petanda penyakit itu sudah di tahap kritikal.
Sebenarnya, tumor itu boleh menjadi jinak di mana ia tidak merebak atau menyerang tisu yang ada di sekitar. Namun, kanser akan terjadi apabila mula muncul pertumbuhan tisu tidak normal akibat perubahan di dalam genetik sel yang telah terjejas.
Dalam kes kanser kolon, tumor akan bermula dari lapisan usus atau rektum dan mungkin tersebar ke kawasan tubuh badan yang terdekat melalui sistem pemprosesan limfa atau peredaran darah.

Penyebaran sel kanser pada kolon itu dikenali dengan nama kanser kolon metastatik dan ini bakal menentukan sama ada ia berada di peringkat mana bergantung bagaimana sel telah tersebar.
Menurut American Cancer Society (AMS), peringkat awal kanser adalah tahap 0 dan diikuti pula dengan tahap 1-4. Semakin tinggi tahap kanser, maka lebih buruk implikasi dan komplikasi.
Apabila sudah masuk di peringkat 4, sel kanser kolon tadi telah merebak ke luar nodus limfa dan mungkin boleh menyerang organ tubuh badan yang lain terutama hati, paru-paru atau tulang.
Gejala kanser kolon yang perlu diwaspadai!
Kebanyakan pesakit kanser kolon tidak menunjukkan sebarang gejala terutama semasa peringkat awal. Pun begitu, masih ada beberapa gejala berkaitan kanser jenis ini seperti yang berikut:
Dalam pada itu, gejala kanser kolon mungkin akan sedikit berbeza bergantung pada individu atau di mana kawasan sel-sel kanser yang telah tersebar di dalam tubuh badan masing-masing.
Seperti mana dikatakan di atas tadi, penyakit ini akan bermula di sekitar lapisan usus atau rektum dan boleh mula tersebar ke kawasan tubuh badan lain sekali gus membawa gejala berbeza.
Sekitar dua puluh peratus rakyat Amerika yang didiagnosis tahap kanser kolon berbeza mendapati bahawa wujud juga gejala lain apabila penyakit ini mula merebak dan memasuki peringkat lain.

Organ yang lain juga mungkin akan terjejas sekali gus membawa gejala-gejala seperti di bawah ini:
Hati merupakan organ yang berfungsi menghasilkan hempedu, cecair yang diperlukan bagi sistem pencernaan serta penghapusan bahan kimia beracun daripada tubuh badan manusia.
Apabila tahap kanser kolon sudah menjadi teruk dan merebak ke organ hati melalui saluran darah, ia akan menimbulkan gejala-gejala di atas berserta dengan beberapa gejala yang lain.
Ramai pesakit penyakit ini tidak menunjukkan tanda yang spesifik namun gejala yang agak umum:
- Hilang selera makan
- Mudah rasa kenyang
- Sering demam
- Badan gatal
- Badan lebih
- Sakit abdomen
- Penurunan berat badan
- Jaundis (demam kuning)
Paru-paru berfungsi untuk memproses udara yang keluar serta masuk daripada tubuh badan. Apa yang membimbangkan adalah ia antara organ yang bakal terjejas akibat kanser kolon.
Apabila sel kanser sudah mula bergerak ke organ ini, maka sudah tentu sistem pernafasan individu akan sedikit terganggu lantas membuat anda keliru jika ia petanda penyakit yang lain.

Selain simptom umum, tahap kanser kolon yang sudah merebak ke organ ini mungkin bawa gejala:
Tahap kanser kolon yang teruk juga boleh merebak lantas menggangu fungsi dan sistem tulang. Ini kerana ia akan menyebabkan kalsium yang ada di dalamnya kurang atau hilang akibat bocor.
Akibatnya, ia boleh mendatangkan beberapa gejala berkaitan dengan tulang seperti yang di bawah:
Dalam pada itu, akan muncul banyak lagi gejala atau simptom lain kalau kanser kolon merebak ke organ yang lain. Jadi, selalu buat pemeriksaan dengan doktor untuk tahu risiko anda ya?