Kebakaran adalah kecederaan yang paling kerap berlaku terutamanya kanak-kanak. Ia adalah kerosakan kulit yang teruk menyebabkan sel-sel kulit mati dan membawa kepada banyak keadaan kesihatan serius yang berkaitan.
Tahap kebakaran
Terdapat tiga tahap kebakaran iaitu tahap satu, dua dan tiga. Tahap satu adalah paling ringan dan tahap tiga adalah yang paling teruk. Setiap tahap menunjukkan tanda-tanda dan kerosakan yang berbeza:
- Terbakar tahap satu: kulit merah tanpa sebarang lepuh, sakit minor, radang ringan.
- Terbakar tahap dua: lepuh dan penebalan berlaku di kawasan yang terbabit.
- Terbakar tahap tiga: ketebalan melibatkan yang luas. Kulit mungkin terkupas dan menampakkan rupa putih dan keras.
Sebab-sebab terkabar
- Bahan kimia.
- Elektrik.
- Cecair panas.
- Api.
- Terdedah kepada cahaya matahari.
Pertolongan kecemasan bagi kes terbakar
Langkah pertama: Hentikan kebakaran tersebut dan leakkan kerosakan lanjut
Kebakaran haba: Gunakan kaedah “hentikan, buang dan balut”. Hentikan api tersebut dengan menutupnya menggunakan selimut atau air.
Kebakaran suhu sejuk: Panaskan kawasan terbabit serta-merta dengan rendam ke dalam air panas atau balut dengan kain lembut dan hangat.
Kebakaran cecair panas: Letakkan kawasan terbabit di bawah aliran air paip selama 10 hingga 20 minit. Jangan gunakan ais kerana ia boleh membuatkan luka lebih teruk.
Kebakaran elektrik: jauhkan mangsa dari sumber elektrik. Periksa tanda-tanda vital (vital signs). Gunakan teknik pertolongan kecemasan untuk mangsa kejutan elektrik. Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.
Kebakaran kimia: Kenal pasti bahan kimia yang tepat yang menyebabkan kebakaran tersebut. Dapatkan bantuan perubatan dan profesional dengan segera.
Selaran matahari: Gunakan teknik pertolongan kecemasan untuk selaran matahari termasuk menyejukkan kawasan terbabit, membersihkan luka, meletakkan pelembap dan mengambil ubat tahan sakit.
Langkah kedua: memeriksa jika ada kecederaan lain
Memandangkan luka terbakar mungkin bukan satu-satunya kecederaan dialami oleh mangsa, pemeriksaan lanjut adalah disyorkan.
Langkah ketiga: bersedia untuk pemeriksaan oleh doktor
- Balut luka tersebut dengan kain kering dan steril untuk mengelakkan kerengsaan atau risiko jangkitan.
- Jangan letakkan sebarang ubat pada luk tersebuta. Ini akan lebih memudahkan doktor untuk menguruskan keadaan tersebut.
- Jangan gunakan ais atau mentega pada kawasan terkabar tersebut untuk mengelakkan kerosakan kulit.
Rawatan di rumah untuk luka terbakar ringan
- Sejukkan kawasan yang terbakar.
- Gunakan losyen yang menenangkan atau pelembap untuk mengelakkan kekeringan.
- Pastikan dalam keadaan terhidrat.
- Jangan cuba menghalang kulit yang menggelupas. Gunakan losyen untuk mengurangkan kegatalan.
- Sila berjumpa doktor jika luka tersebut menjadi lebih teruk atau tidak menjadi lebih baik selepas beberapa hari.
[embed-health-tool-bmi]