Hasil kajian tersebut menemui bahawa kanak-kanak lebih mudah dikejutkan oleh penggera asap dengan suara ibu mereka berbanding bunyi nyaring yang biasa digunakan pada penggera asap.
Kajian ini telah melibatkan sebanyak 176 orang kanak-kanak berumur antara 5 dan 12 tahun yang didedahkan kepada penggera asap berbeza di Pusat Kajian Tidur di hospital berkenaan. 3 penggera menggunakan suara ibu manakala satu penggera dengan bunyi nyaring biasa.
Berbanding bunyi penggera biasa, kanak-kanak tersebut 3 kali ganda lebih mudah terbangun dengan bunyi suara ibu mereka. Penggera suara ibu mengejutkan 86 ke 91 peratus daripada kanak-kanak dan 84 ke 86 peratus daripada mereka berjaya keluar dengan segera. Penggera biasa pula hanya mengejutkan 53 peratus dan mengeluarkan 51 peratus kanak-kanak dengan segera.
Purata masa yang digunakan untuk keluar ialah 282 saat (hampir 5 minit) menggunakan bunyi biasa berbanding 18 hingga 28 saat menggunakan suara ibu.
Penemuan ini merupakan satu langkah yang baik dalam memastikan sistem penggera kebakaran lebih mesra kanak-kanak yang tentunya lebih berisiko. Doktor yang terlibat dalam kajian tersebut juga merancang untuk menguji jika suara wanita atau lelaki umum sama berkesan seperti suara ibu.