Purdah niqab adalah item yang memberikan fungsi sama kepada si pemakainya. Jika anda salah seorang antara perempuan pakai purdah, ayuh kami ada beberapa tip yang ingin dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Purdah niqab adalah item yang memberikan fungsi sama kepada si pemakainya. Jika anda salah seorang antara perempuan pakai purdah, ayuh kami ada beberapa tip yang ingin dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.
Hijab dan niqab adalah berbeza. Hijab merujuk kepada menutup segala bahagian kecuali tangan dan muka.
Manakala niqab adalah istilah yang digunakan kepada sehelai kain yang menutup muka. Kebiasaannya wanita yang memakai niqab juga akan memakai sarung tangan. Niqab adalah seperti veil bagi bahagian muka dengan bahagian mata terdedah.
Bagaimana pula niqab dengan burqa? Adakah kedua-dua item ini sama?
Walaupun kedua-duanya menutup muka, tetapi ia berbeza. Ini kerana burqa meliputi seluruh muka dan badan, hanya meninggalkan mesh screen pada bahagian mata.
Buat anda yang sedang dalam fasa peralihan ke niqab, sudah tentu akan ada cabaran yang perlu dilalui.
Jangan risau, Hello Doktor akan kongsikan petua yang mungkin dapat memudahkan dan mesra niqabi.
Bersin bukanlah sesuatu yang boleh dirancang, betul tak?
Malangnya memakai niqab membuatkan ia ‘menangkap’ semburan bersin tersebut, sekali gus menjadikannya lembap. Keadaan ini sudah tentu boleh membuatkan anda tidak selesa. Jadi sebaiknya, elakkan daripada bersin di dalam purdah.
Cuba jarakkan kain purdah daripada muka semasa berasa hendak bersin atau letakkan tangan antara niqab dan muka.
Salah satu cabaran buat orang perempuan pakai purdah adalah semasa keadaan berangin.
Dalam situasi tersebut sebaiknya anda memegang (menahan) kain niqab atau akan berlaku kejadian seperti Marilyn Monroe.
Lebih bahaya lagi jika ia berlaku semasa anda ingin melintas, sekali gus menyebabkan penglihatan terganggu.
Sama situasinya seperti keadaan berangin, sebaiknya semasa menuruni tangga, peganglah kain niqab anda. Ini membolehkan anda menghindari situasi kain terselak sekali gus mendedahkan muka.
Hakikatnya, bau boleh melekat pada mana-mana pakaian sekali pun. Namun buat pemakai purdah, disebabkan kain niqab juga melitupi bahagian hidung, maka baunya akan lebih kuat
Jadi langkah terbaik, jauhi perokok. Elakkan juga pengambilan makanan berbau kuat seperti bawang merah, bawang putih atau petai kerana ia boleh melekat lebih lama pada niqab.
Baca juga:
Sebaiknya sentiasa pastikan anda menyimpan pisau poket di dalam beg untuk menghiris buah. Ia penting untuk membantu memotong buah atau sebarang jenis makanan.
Ini akan mengurangkan risiko jus buah terpercik atau makanan terkena niqab dan menyebabkan ia menjadi melekit.
Sekarang ini, terdapat sesetengah kedai makan tidak menyediakan straw, betul tak?
Jadi untuk kemudahan diri, jangan lupa untuk sentiasa membawa penyedut minuman sendiri. Ini dapat memudahkan anda ketika minum dan mengelakkan niqab tercelup ke dalam bekas minuman.
Dalam cuaca panas, sudah tentu anda tergoda untuk makan aiskrim. Tetapi elakkan daripada memakan aiskrim yang dihidangkan dalam kon kerana ia meningkatkan risiko terkena pada niqab.
Sebaliknya pilihlah aiskrim yang dihidangkan dalam mangkuk kecil dan dimakan dengan sudu. Lebih sopan, bukan?
Untuk kening, anda boleh memilih untuk memakain niqab yang menunjukkan bahagian muka ini atau tidak.
Semasa memakai purdah, perlu ada keseragaman, sama ada kedua-dua kening ditutup atau dibuka. Pastikan tidak berlaku satu kening ditutup dan sebelah lagi terdedah.
Apabila seorang pemakai niqab turut menggunakan cermin mata, maka akan timbul masalah cermin berkabus.
Oh, masalah ini juga dihadapi oleh ‘si mata empat’ semasa pemakaian pelitup muka untuk menghindari jangkitan COVID-19.
Jadi antara cara untuk mengatasi cermin berkabus ini yang boleh diaplikasikan oleh pemakai niqab adalah dengan memastikan kain purdah anda ditarik setinggi boleh pada batang hidung. Kemudian letakkan cermin mata di atas kain niqab.
Semoga tip buat perempuan pakai purdah ini dapat dijadikan panduan buat kaum Hawa di luar sana.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen