backup og meta

Lebih Gemar Basuh Baju Guna Tangan? Ini 7 Langkah Mudah Cucian Tangan!

Lebih Gemar Basuh Baju Guna Tangan? Ini 7 Langkah Mudah Cucian Tangan!

Meskipun orang zaman sekarang lebih ramai yang menggunakan mesin basuh atau khidmat dobi untuk membersihkan pakaian harian, tetapi masih ada yang lebih suka melakukan aktiviti ini dengan tangan! Namun, adakah cara basuh baju guna tangan itu masih relevan masa kini?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

Cara basuh baju guna tangan masih relevan?

Mungkin ramai yang akan sangka bahawa cara ini agak tradisional, kuno malah ketinggalan zaman sedangkan ia adalah satu pilihan buat individu dan tentu sahaja mempunyai kelebihan tersendiri.

Untuk pengetahuan anda semua, tidak semua jenis pakaian harian anda sesuai dibersihkan dengan mesin basuh atau khidmat dobi terutama jika diperbuat daripada material dan bahan tertentu.

Contohnya, material yang berasaskan kulit, sutera, kasmir ataupun wol lebih sesuai dicuci dengan tangan agar ia tidak mudah rosak. Sama juga halnya dengan pakaian harian bermanik, bersulam, bercetak, berenda atau mempunyai sebarang hiasan lain pada pakaian tersebut.

basuh baju

Dalam pada itu, mungkin ada individu yang lebih gemar cara basuh baju guna tangan kerana mahu menjimatkan kos cucian pakaian harian. Atau, ia mungkin hanya satu pilihan masing-masing.

Tidak kira jika anda cuci baju guna tangan atas alasan atau pilihan sendiri, ia masih relevan namun perlu dilakukan dengan cara yang betul agar tidak muncul isu atau masalah kelak.

Cara basuh baju guna tangan paling mudah!

Sebelum memulakan sesi pencucian, anda perlu menyediakan peralatan yang penting di bawah ini:

Langkah 1: Asingkan baju ikut jenis dan warna fabrik

Pertama dan paling penting, anda mesti asingkan pakaian cucian mengikut jenis dan warna fabrik masing-masing. Jika anda hanya campurkan semua ke dalam satu bekas sahaja, maka tinggi risiko untuk fabrik itu menjadi luntur dan rosak.

Langkah 2: Rendamkan ke dalam bekas cucian

Kemudian, anda perlu rendamkan pakaian ke dalam bekas cucian yang telah dicampurkan dengan air dan sabun pencuci, biarkan seketika untuk air dan sabun pencuci itu meresap ke dalam baju.

Jika tidak ada bekas, anda turut boleh menggunakan sinki atau tab yang telah ditutup lubang air.

basuh baju

Langkah 3: Gosokkan baju dengan lembut

Selepas itu, gosokkan baju anda itu dengan lembut menggunakan tangan untuk menanggalkan sisa kotoran degil yang telah melekat. Jika kotoran masih tidak tertanggal, boleh tambahkan sabun dan gunakan berus untuk menggosok kotoran tersebut.

Langkah 4: Perahkan baju dengan kuat

Setelah itu, perahkan baju anda itu dengan kuat menggunakan tangan bagi menyingkirkan air yang telah diserap ketika sesi rendaman dan gosokan. Sebaiknya, sila ulang langkah 3 dan 4 beberapa kali agar sisa kotoran, sabun dan air dapat dibuang.

Baca lagi artikel berkaitan:

Langkah 5: Campurkan pelembut dan pewangi

Langkah ini merupakan pilihan namun sangat disyorkan agar pakaian cucian anda itu tadi menjadi lebih lembut dan wangi. Ingat, ia hanya boleh dilakukan selepas basuh dan sebelum jemur baju.

Namun, turut wujud risiko agen pelembut dan pewangi baju di mana ia mengandungi bahan-bahan kimia tersembunyi yang mempunyai kesan buruk terhadap tubuh badan terutama kulit individu.

basuh baju

Langkah 6: Bilaskan hingga yakin bersih

Sekiranya anda sudah yakin bahawa baju yang dicuci itu telah suci daripada sisa kotoran, sabun dan air, bilaskan dengan air paip hingga bersih. Ini adalah langkah terakhir sebelum baju perlu dijemur.

Langkah 7: Jemurkan baju hingga kering

Akhir sekali, sila jemur pakaian cucian di ampaian hingga kering. Mungkin ramai yang percaya jika menjemur di dalam rumah lebih mudah namun menjemur di luar rumah adalah lebih cepat dan efektif.

Adakah cara basuh baju guna tangan berbaloi dan bermanfaat?

Jika difikirkan secara logik, basuh baju menggunakan mesin basuh atau khidmat dobi tentu sahaja lebih mudah dan cepat namun ia mungkin tidak sesuai buat semua jenis pakaian harian anda.

Seperti mana di atas tadi, ada beberapa jenis fabrik yang lebih sesuai dicuci dengan tangan agar ia akan dapat bertahan lebih lama. Jadi, cara ini masih berbaloi dan bermanfaat bagi kita semua.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How to handwash clothes at home in 6 easy steps, https://www.grove.co/blog/hand-wash-clothes, Accessed Oct 18 2022.
  2. A Step-by-Step Guide to Washing Your Clothes by Hand, https://www.sierraclub.org/sierra/step-step-guide-washing-your-clothes-hand, Accessed Oct 18 2022.
  3. Hand Washing Clothes Dos and Don’ts, https://www.cleaningiscaring.org/wpd/hand-washing-clothes-dos-and-donts/, Accessed Oct 18 2022.
  4. How to hand wash clothes, https://www.surf.co.uk/about/use/washing-delicates.html, Accessed Oct 18 2022.
  5. All about how to hand wash clothes, https://www.ariel.co.uk/en-gb/how-to-wash/how-to-do-laundry/how-to-hand-wash-clothes, Accessed Oct 18 2022.

Versi Terbaru

16/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

4 Cara Lipat Baju Yang Paling Senang Dan Cepat, Tak Sampai 5 Minit Sudah Siap!

Penat Kemas Almari Pakaian Tapi Anak Selongkar, Buat 7 Cara Susun Baju Dalam Gerobok Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan