backup og meta

Kalau Tak Nak Dapat Sakit, Jangan Guna Tuala Orang Lain- Ini Padah Jika Gemar Kongsi Tuala

Kalau Tak Nak Dapat Sakit, Jangan Guna Tuala Orang Lain- Ini Padah Jika Gemar Kongsi Tuala

Kebanyakan kita mesti ada seorang bff yang selesa berkongsi apa sahaja bukan? Daripada pakaian, makanan, rahsia, gosip, kekasih, semuanya sedia dikongsikan! Malah ada juga yang kongsi tuala!

Well, sharing is caring. Pun begitu, bukan semua perkara kita boleh share ya. Antara perkara yang perlu digunakan oleh anda seorang sahaja secara peribadi adalah tuala.

Terdapat banyak bahaya kongsi tuala yang kalian perlu tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan kulit, anda boleh klik di sini.

Kuman boleh berpindah jika kongsi tuala

bahaya kongsi tuala

Tanpa mengira anda adalah kawan baik, ahli keluarga atau suami isteri, tuala adalah barangan peribadi dan tetap tidak boleh dikongsikan.

Ini kerana perbuatan berkongsi tuala boleh memindahkan kuman di antara satu individu kepada individu yang lain. 

Untuk pengetahuan anda, kita semua mempunyai kuman pada permukaan kulit kita tidak kira anda menjaga kebersihan atau tidak.

Kebiasaannya, ia tidak berbahaya namun boleh menyebabkan infeksi kepada individu lain yang ada masalah kulit.

Perbuatan berkongsi tuala ini sudah pasti akan memindahkan kuman di antara individu.

Kebanyakan kuman tidak boleh memasuki kulit yang normal, jadi ia akan berkumpul di permukaan kulit dan menunggu untuk dipindahkan lagi kepada individu lain pula.

Apa lagi bahaya kongsi tuala?

bahaya kongsi tuala

Bukan sahaja perbuatan berkongsi tuala akan menyebabkan tubuh badan anda menjadi tempat pembiakan kuman, malahan ia juga boleh mengakibatkan beberapa kondisi kesihatan kepada individu.

Antaranya kondisi yang mungkin terjadi adalah:

  • Infeksi staph
  • Infeksi yis
  • Jerawat
  • Ringworm
  • Jock Itch
  • Pink eye
  • Athelete’s foot

Perunding Dermatologi Dr Saadiah Sulaiman turut menjelaskan bahawa perbuatan berkongsi barangan peribadi terutamanya pakaian yang dipakai pada kulit seperti tuala boleh menyebabkan jangkitan kudis buta.

Jangkitan ini disebabkan oleh kutu halus yang dikenali sebagai Sarcoptes scabiei.

Kutu halus ini akan menetaskan telur di kawasan kudis buta sebelum menjadi ulat yang kemudiannya menjadi punca kepada serangan ekzema dan pelbagai lagi kondisi kulit yang lain.

Jadi, anda masih mahu berkongsi?

bahaya kongsi tuala

Sebenarnya, kondisi-kondisi ini bukan sahaja disebabkan oleh perkongsian tuala semata-mata.

Perkongsian pakaian seperti baju, seluar, kasut atau pakaian dalam juga boleh mendatangkan kesan yang sama!

Apa yang anda boleh lakukan?

Perkara paling penting yang anda perlu lakukan adalah berhenti daripada berkongsi barangan peribadi anda seperti tuala kerana sudah jelas bahaya kongsi tuala.

Jika ada yang ingin meminjamnya, cuba tolak dengan baik. Selain itu, anda juga perlu membasuhnya secara berkala. Mungkin seminggu sekali? Bergantung kepada anda.

Cuma jangan tunggu sehingga ia berbau busuk dan berwarna keruh ya?

Konklusinya, jangan kongsi tuala!

Kesimpulannya, tidak semua perkara boleh dikongsikan. Ya, mungkin benar sharing is caring.

Tapi ‘care’ sangat ke kalau kita ‘share’ benda yang tak elok seperti kuman? Jadi, simpan dan guna barangan peribadi anda untuk anda seorang sahaja.

Kini anda telah mengetahui bahaya kongsi tuala dengan individu lain!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Can clothes and towels spread germs?. https://www.nhs.uk/common-health-questions/infections/can-clothes-and-towels-spread-germs/. Accessed on November 6, 2019.

How Often Should You Wash Your (Germ Magnet of a) Bath Towel?. https://health.clevelandclinic.org/how-often-should-you-wash-your-germ-magnet-of-a-bath-towel/. Accessed on November 6, 2019.

This is the filthiest part of your bathroom — and it may surprise you. https://www.studyfinds.org/dirtiest-part-of-bathroom-towel-rack/. Accessed on November 6, 2019.

Should you be afraid of your beach towel?. https://www.capecodhealth.org/medical-services/infectious-disease/should-you-be-afraid-of-your-beach-towel/. Accessed on November 6, 2019.

How many times can I use a towel before it gets gross?. https://grist.org/living/how-many-times-can-i-use-a-towel-before-it-gets-gross/. Accessed on November 6, 2019.

Versi Terbaru

02/03/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

Kerosakan Kulit Daripada Matahari Dan Penuaan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan