Kenapa Perlu Vaksin Pneumokokkal?
Jangkitan pneumokokkal paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak, warga tua (terutamanya yang berusia melebihi 65 tahun) serta mereka yang mempunyai keadaan perubatan kronik. Kebanyakan jangkitan ini serius dan boleh menyebabkan kemasukan ke hospital, kecacatan kekal (pekak, kerosakan otak, atau kehilangan tangan atau kaki) atau kematian.
Di Malaysia, penyakit pneumokokkal adalah salah satu daripada penyakit yang boleh dielakkan secara meluas dengan pengambilan vaksin. Oleh kerana penyakit ini boleh membawa maut, langkah-langkah pencegahan seperti vaksinasi adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit pneumokokkal. Malah, vaksinasi adalah pertahanan pertama. Vaksin boleh membantu melindungi daripada penyakit serius, komplikasi dan menyelamatkan nyawa.
Bagainama Vaksi Pneumokokkal Berfungsi?
Streptococcus pneumoniae boleh tersebar dengan mudah melalui permukaan yang tercemar dan daripada orang ke orang apabila terdapat hubungan langsung atau melalui titisan daripada bersin atau batuk daripada orang yang dijangkiti. Tidak semua yang terdedah kepada bakteria akan mendapat penyakit pneumokokkal. Sesetengah membawa Streptococcus pneumoniae (biasanya di hidung dan tekak) tanpa menunjukkan tanda-tanda simptom penyakit itu sendiri tetapi boleh menyebarkannya kepada individu yang tidak dijangkiti. Kanak-kanak sangat terdedah kepada jangkitan tersebut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen