5 Tip Mengawal Nafsu Seks Sewaktu Bulan Puasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Selain menahan lapar dan haus, mengawal nafsu seksual juga menjadi salah satu perkara yang harus anda lakukan sepanjang bulan puasa. Namun sebahagian orang mungkin merasa ini adalah hal yang sukar. Nafsu seks adalah tindak balas semula jadi badan manusia bahkan kaji selidik oleh Florida State University menemukan bahawa lelaki dewasa yang sihat pada umumnya mungkin mengelamun tentang seks sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

Tapi walaupun nafsu seksual adalah tindak balas semula jadi badan, ini tidak bermakna anda sama sekali tidak boleh mengawalnya. Agar ibadah di bulan suci tahun ini tetap lancar dan jauh daripada godaan duniawi, ikuti sejumlah tip di bawah ini untuk mengawal nafsu seks selama berpuasa.

Tip mengawal nafsu seks di bulan puasa

Kemampuan mengawal nafsu seksual sebenarnya berkait rapat dengan kemampuan anda mengawal emosi. Bererti jika anda mudah beremosi, anda juga mungkin mudah terangsang. Mereka yang lebih cepat panik juga kebiasaannya lebih sukar mengawal diri apabila terangsang. Ini disebabkan bahagian otak yang mengatur gelojak emosi sama dengan bahagian otak yang memproses rangsangan seksual, iaitu amigdala.

Begini caranya untuk mengawal nafsu seks selama beribadah di bulan puasa.

1. Tarik nafas dalam-dalam

Teknik pernafasan dalam boleh menjadi cara yang cukup berkesan untuk mengawal nafsu seksual sewaktu bulan puasa. Menarik nafas dalam-dalam, relakskan otot, dan meditasi dapat membersihkan fikiran dan menenangkan anda dalam menghadapi keadaan yang merangsang stres.

Emosi negatif boleh mengganggu sistem saraf simpatetik, yang boleh memeberi kesan kepada zakar. Ketika anda cemas, panik, atau stres, sistem saraf simpatetik anda menjadi hiperaktif. Sebagai tindak balas, otak yang terlalu hiperaktif akhirnya mengarahkan zakar untuk cepat-cepat mengeluarkan air mani agar aktiviti otak berkurang. Ini disebabkan setelah air mani keluar, tubuh dan otak boleh menjadi lebih tenang dan relaks disebabkan pelepasan hormon.

2. Bayangkan suasana yang menenangkan

Di saat anda merasa terangsang, tutup mata sejenak sambil membayangkan birunya air laut, atau hamparan sawah penuh hijau yang ditemani angin sepoi-sepoi bahasa. Atau, pergilah keluar sebentar untuk menghirup udara segar dan melihat yang hijau-hijau di bawah naungan langit biru.

Sains di balik psikologi warna membuktikan bahawa warna biru menghadirkan rasa tenang dan relaks bagi saraf. Warna biru juga memberikan kesan stabil, aman, dan penuh harapan. Sementara itu, hijau dianggap warna yang menenangkan dan santai. Warna hijau berkait dengan alam dan lingkungan yang sihat. Selain itu, hijau juga melambangkan harmoni, keseimbangan, serta ketenteraman.

3. Hindari pemikiran yang menggairahkan

Salah satu cara utama untuk mengendalikan gairah seksual adalah menghindari orang, tempat, gambar, pandangan, media, pemikiran dan punca apa pun yang menaikkan nafsu berahi.

Anda boleh cuba mengalihkan fikiran dengan melakukan tip yang sama untuk menahan air kencing, iaitu dengan menggenggam tangan seperti anda sedang menggenggam batu dan fokuskan fikiran untuk menggenggam dengan sekuatnya. Dengan demikian, fikiran anda boleh dialihkan, daripada keinginan untuk kencing, jadi berusaha sekuat tenaga untuk memeras batu imaginasi tersebut.

4. Tanamkan fikiran positif

Stres boleh tergambar pada gerak-geri dan pola fikiran anda yang turut menjadi negatif. Namun, usahakan untuk menanam atau berkata positif bagi diri sendiri. Ulangi kata-kata penuh motivasi seperti, “Tenang, saya pasti boleh mengawalnya.”

Daripada mengelamun di siang tentang pasangan atau perkara-perkara yang erotik, sibukkan diri (dan fikiran) anda dengan pekerjaan atau hobi anda. Jika fikiran anda sudah terlanjur ke sana, cuba fokuskan pada hal-hal yang boleh membuat anda kurang gairah. Misalnya tumpukan perhatian kepada kerja atau memerhatikan trafik lalu lintas di tingkap.

5. Senaman ringan

Sewaktu anda terangsang, sebahagian besar aliran darah daripada jantung terus menuju organ seksual. Akibatnya, zakar mungkin mengalami ereksi atau vagina basah karena mengeluarkan cairan. Sewaktu anda bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang menyebabkan berpeluh, jantung akan mengalirkan darah ke bahagian tubuh lain yang sedang bekerja. Contohnya kemaskan rumah berbanding berbaring berchatting dengan kekasih. Darah akan mengalir lebih deras menuju tangan dan kaki, dan bukannya bahagian intim anda. Maka, kemungkinan zakar ereksi/vagina basah secara tiba-tiba akan berkurang.

Selain itu, senaman mengurangkan kadar hormon seks testosteron sambil meningkatkan hormon stres kortisol. Dalam tubuh, kortisol berfungsi untuk mengatur tindak balas tubuh terhadap stres, meningkatkan metabolisme gula dalam darah, serta mengawal tekanan darah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Terangsang Apabila Pasangan Angkat Ketiak? Anda Mungkin Termasuk Dalam Golongan Ini!

    Semua orang lahir dengan fantasi seks yang tersendiri. Bagaimana dengan ketiak manusia? Adakah ia normal atau tidak? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

    Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Pusat Kesihatan, Asma 08/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Kaum Adam, jika anda ingin memberikan pengalaman seks terbaik kepada isteri, amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda wanita ghairah terlebih dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pernah Terkena Penyakit Sifilis & Sudah Jalani Rawatan, Bolehkah Ia Datang Kembali?

    Rasanya ramai sudah tahu bahawa sifilis adalah STD yang berbahaya. Usai sahaja menjalani rawatan, adakah ia boleh datang kembali? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    alat permainan seks

    Jangan Cuma Tahu Guna, Ketahui Dulu Manfaat & Mudarat ‘Sex Toy’ Dalam Bersenggama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit gonorea

    Nampak Macam Sama, Tapi Jangkitan Gonorea & Klamidia Ini Sangat Berlainan! Ini Bezanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit radang pelvik

    Malu Nak Jumpa Doktor, Penyakit Radang Pelvik Boleh Sembuh Sendiri Tanpa Rawatan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
    seks semasa hamil

    Seks Semasa Haid Bukan Sahaja Kotor Tapi Juga Bahaya! Kalian Mungkin Terkena Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan