Hati-Hati Dengan 5 Tabiat Buruk Ini, Ia Boleh Menjejaskan Kesihatan Otak Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Bukan tumor, kemalangan, atau strok. Tetapi tabiat buruk yang anda amalkan setiap hari boleh menjejaskan kesihatan otak anda.

Apakah tabiat buruk tersebut?

1. Kurang tidur

Jika ada satu tabiat anda ingin amalkan untuk mendapatkan kesihatan tubuh yang baik, jawapannya ialah mendapatkan tidur yang cukup. Bagi kesihatan mental dan otak khususnya, tidur adalah sangat penting. Ia meningkatkan risiko demensia dan Alzheimer. Jika anda mengalami masalah untuk tidur, elakkan kafein, alkohol, dan gajet pada waktu malam. Kemudian, cuba bina rutin tidur yang sama setiap hari.

2. Kurang bersosial

Manusia memang dicipta untuk bersosial. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, risiko masalah mental akan meningkat seperti depresi dan Alzheimer. Kita tidak bercakap tentang bilangan rakan di Facebook tetapi interaksi sosial di dunia sebenar. Malah, penggunaan media sosial berlebihan boleh mengundang kepada masalah mental kerana pengguna media sosial cenderung untuk menyendiri dari masyarakat. Dapatkan rakan yang sebenar, bukan sekadar likers atau followers di media sosial.

3. Kerap mengambil makanan ringan dan segera

Makanan ringan dan segera mengandungi banyak bahan yang menggangu fungsi otak berkaitan dengan pembelajaran, memori, dan kesihatan mental secara am. Makanan seperti burger, kentang goreng, dan air berkarbonat yang menjadi kegemaran ramai anak muda sebenarnya satu diet yang tidak sihat. Sebaliknya, makanan yang lebih sihat harus menjadi pilihan seperti bijirin penuh, kekacang, buah-buahan, dan sayur-sayuran. Ia membantu mengekalkan kesihatan otak serta melambatkan kemerosotan tahap mental.

4. Kurang bergerak

Selain bersosial, manusia juga perlu bergerak, bukan hanya makan sahaja. Kehidupan tidak aktif atau sedentari bukan sahaja menyumbang kepada penyakit mental tetapi juga penyakit kronik seperti obesiti, darah tinggi, penyakit jantung, dan strok. Keluarkan sedikit peluh anda!

5. Mendengar lagu terlalu kuat

Mendengar lagu menggunakan fon telinga dengan tahap suara 100% boleh merosakkan telinga dan juga membawa kepada gangguan otak. Ia mungkin berlaku disebabkan otak sukar memahami apa yang didengari di sekeliling dan gagal menyimpannya dalam memori. Rendahkan sedikit suara kurang dari 60% dan cuba kurangkan penggunaan fon telinga.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alahai, Baby Sedap Duduk Dalam Perut, Tak Nak Keluar Lagi? Cubalah 7 Petua Cepat Bersalin Ini

    Baby masih tidak menunjukkan tanda ingin keluar? Adakah terdapat cara mempercepatkan bukaan rahim? Ada 9 petua mudah bersalin untuk anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 06/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kes Bunuh Diri Di Negara Jepun Adalah Tinggi! Adakah Isolasi Sosial Jadi Punca Utama?

    Seperti mana yang kita semua tahu, kes bunuh diri di Jepun adalah sangat tinggi. Adakah isolasi sosial jadi punca utama? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/10/2020 . 3 minit bacaan

    Penggemar Minuman Keras Akan Cepat Hilang Ingatan! Ada 9 Lagi Tabiat Lain Yang Buat Anda Jadi Pelupa

    Hilang ingatan atau gangguan memori cenderung untuk berlaku seiring dengan peningkatan usia manusia. Oleh itu, elak daripada melakukan 9 perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 01/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kaki Exercise Kena Tahu Ini- Tak Guna Bersenam Setiap Hari Jika Anda Duduk Lebih 10 Jam Sehari!

    Tahukah anda, jika anda tidak aktif dab berkerja dihadapan komputer atau memandu sepanjang hari, efek bersenam dilakukan mungkin tidak dapat dirasai?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tip bersenam

    Siapa Yang Kata Senaman Itu Bosan? Ia Sangat Seronok Jika 7 Perkara Ini Dapat Diatasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesilapan ketika bersenam

    Ingin Bersenam? Sebelum Mula, Elak Lakukan Kesilapan Berikut – No 3 Paling Kerap Dibuat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Ramai Sakit Jiwa Angkara COVID-19, Mungkinkah PKPB Kali Ini Bakal Tambah Bilangan Pesakit Mental?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara mengatasi malas bersenam

    Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan