Ramai indivivu percaya kesan hisap rokok adalah bergantung kepada kuantiti rokok yang dihisap. Tetapi adakah benar tanggap tersebut?
Ayuh, ikuti perkongsian artikel ini untuk jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.
Kesan hisap rokok bergantung pada kuantiti?
Kuantiti rokok mempengaruhi kesan merokok merupakan satu tanggapan yang salah, kerana kesan merokok bagi perokok ringan dan perokok tegar tidak jauh berbeza.
Ia adalah berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh pakar daripada University Columbia.
Kajian yang dilakukan itu melibatkan 25,000 sukarelawan merangkumi individu perokok, bekas perokok serta individu dewasa yang tidak pernah merokok.
Hasilanya menunjukkan kerosakan paru-paru bagi perokok ringan dan perokok yang menghisap rokok sehingga dua pek sehari adalah sama.
Keputusan kajian menunjukkan fungsi paru-paru bagi perokok tegar, yang ditakrifkan menghisap 30 batang rokok sehari menurun kadar 11.24 ml setahun lebih berbanding individu yang tidak merokok.
Manakala individu perokok ringan yang hanya merokok dalam anggaran kurang daripada 5 batang rokok sehari pula menunjukkan penurunan fungsi paru-paru pada kadar 7.65 ml setahun.
Pakar mengatakan bahawa perokok ringan kehilangan kapasiti paru-paru yang sama dalam tempoh setahun seperti kehilangan kapasiti paru-paru yang dialami oleh perokok tegar untuk jangka masa sembilan bulan.
Kesan hisap rokok tiada bezanya
Menurut penulis utama penyelidikan Dr Elizabeth Oelsner berkata, “Merokok dalam kuantiti sedikit dalam sehari memberikan kesan merokok yang sama berisiko seperti seperti merokok dalam kuantiti yang banyak.”
Jelas beliau lagi, ini kerana perbezaan kehilangan fungsi antara merokok kurang 5 batang dan 2pek kotak rokok sehari sangat kecil.
Jadi cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan berhenti merokok terus dan bukannya mengurangkan kuantiti rokok.
Ini bermakna kerosakan kesan merokok terhadap peparu secara langsung adalah kualitatif. Bagaimanapun, kesan merokok yang akan mengakibatkan masalah kanser paru-paru adalah bersifat kuantitatif.
Ini bermakna semakin banyak rokok yang dihisap, semakin tinggi risiko untuk mengalami kanser paru-paru.
Bawa maut kepada penghisapnya
Kajian yang diterbitkan dalam The Lancet Respiratory Medicine ini turut menyatakan individu dalam kumpulan perokok ringan tidak menyedari bahawa mereka berdepan dengan kesan hisap rokok dan risiko untuk mengalami masalah berkaitan penyakit paru-paru yang boleh membawa maut.
Individu yang sudah lama merokok berdepan dengan risiko penyakit pulmonari obstruktif kronik yang tidak dapat diubati (COPD) selain kanser.
Tabiat merokok merupakan penyebab utama kanser yang boleh dielakkan. Ia menghasilkan bahan kimia yang menyebabkan sekurang-kurangnya 15 jenis penyakit yang berbeza.
Baca juga: