Pertolongan Cemas Untuk Kanak-kanak Tercekik

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/04/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Bayi dan kanak-kanak kecil mempunyai keinginan tinggi untuk meneroka dunia. Mereka biasanya meletakkan objek di dalam mulut, terutama mereka yang berumut satu hingga lima tahun. Oleh itu, saluran udara akan terjejas dan menyebabkan tercekik. Apabila seseorang kanak-kanak tercekik, ia bermaksud objek itu berada di pintu masuk trakea (epiglottis), batuk yang baik akan lebih mungkin menolaknya keluar. Oleh kerana tercekik menghalang oksigen ke otak, lakukan pertolongan cemas secepat mungkin.

Apakah tercekik pada kanak-kanak?

Tercekik berlaku apabila objek seperti guli, manik dan bateri butang tersusun dalam kerongkong atau saluran udara, menghalang aliran udara menyebabkan kanak-kanak tidak dapat bernafas dengan baik.

Apakah punca kanak-kanak tercekik?

Terdapat banyak sebab anak anda tercekik, iaitu dia makan terlalu cepat dan tidak mengunyah makanan dengan baik. Dia makan dengan gigi palsu yang tidak dipadankan dengan baik. Dia tidak sedarkan diri dan muntah semasa bernafas. Dia mengalami kecederaan pada kepala dan muka (contohnya, bengkak, pendarahan, atau kecacatan boleh menyebabkan tercekik). Dia mengalami masalah menelan selepas strok. Pembesaran tonsil atau tumor leher dan tekak. Dia mempunyai masalah dengan esophagus (saluran makanan atau tiub menelan).

Apakah simptom kanak-kanak tercekik?

Kanak-kanak yang tercekik mungkin mempunyai tanda-tanda dan simptom berbahaya ini: dia tidak dapat bernafas, tercungap-cungap atay berdehit. Dia tidak boleh menangis, atau membuat bunyi bising. Wajahnya berubah biru. Dia memegang kerongkongannya, melambai tangan. Dia kelihatan panik dan menjadi lemas atau tidak sedarkan diri. Dia panik, mempunyai kelakuan yang bermasalah, atau tidak dapat bercakap dengan ayat lengkap atau penuh. Dia mula batuk, mata berair.

Apakah yang perlu saya lakukan apabila anak tercekik?

Jika anak anda berumur bawah satu tahun, alihkan mukanya ke atas lengan bawah atau pangkuan anda jika anda tidak dapat menguruskan kedudukan lengan bawah. Kemudian tahan rahangnya dengan satu tangan untuk menyokong kepala, yang sepatutunya lebih rendah daripada dadanya. Tepuk bahagian belakangnya anta bilah bahu. Jika anak anda masih tidak dapat bernafas, cuba tolakan dada (semasa memegang bayi, alihkan mukanya dan pastikan kepalanya lebih rendah daripada dada). Letakkan dua jari di tengah dadanya dan berikan lima tolakan. Ulang dengan pukulan belakan dan tolakan dada sehingga objek kelihatan dan boleh dikeluarkan.

Jika anak anda berusia lebih daripada satu tahun, berdiri di belakangnya dengan lengan anda di pinggangnya. Anda harus membuat penumbuk dengan satu tangan, meletakkan ibu jari ke atas perut kanak-kanak di atas pusar, tetapi di bawah sangkar tulang rusuk. Tujukan dengan cepat mendorong ke dalam dan ke atas pert. Bulan Sabit Merah mengesyorkan tolak abdominal bergantian dengan tamparan belakang untuk cuba mengeluarkan objek tersebut. Sekiranya anak anda tidak bertindak balas, lakukan CPR.

Sekiranya dia seorang anak kecil atau anak-anak yang lebih tua, beritahu dia untuk batuk, yang mungkin menghilangkan objek. (Jangan cuba untuk mengeluarkan objek asing melainkan jika anda melihatnya, atau anda boleh menolaknya lebih jauh ke dalam saluran udara.) Tanya “Adakah anda tercekik?” Jika dia mengangguk ya atau tidak memberikan tindak balas, dia memerlukan pertolongan.

Hubungi talian kecemasan jika anak anda tidak sedarkan diri, tidak dapat bernafas akibat sesuatu menghalang saluran pernafasan atau telah menyebabkannya ditutup. Dia berdehit dan tercungap-cungap. Dia tidak boleh menangis, bercakap, atau membuat bunyi bising. Mukanya berubah menjadi biru. Memegang tekaknya dan kelihatan panik.

Bagaimana mengelakkan anak tercekik?

Untuk mengelakkan tercekik, beritahu anak anda supaya makan secara perlahan-lahan dan mengunyah makanan dengan teliti. Anda perlu memastikan gigi palsu disesuaikan dengan betul. Anda mesti menyimpan objek kecil dari bayi dan anak kecil.

Kanak-kanak terdedah kepada tercekik. Luangkan waktu sekarang untuk bersedia. Pembelajaran manuver Heimlich dan CPR dalam kursus latihan pertolongan cemas adalah satu kemestian untuk ibu bapa, penjaga dan pengasuh bayi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Artikel lain untuk anda

    anggur untuk bayi

    Anak Tercekik Anggur? Mama, JANGAN LAKUKAN 3 Perkara Ini Jika Si Manja Tercekik Makanan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 17/08/2020 . 3 minit bacaan
    susah menelan

    Ambil Perhatian! Susah Nak Telan Makanan Mungkin Petanda Kanser Esofagus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    rasa tercekik

    11 Tanda Rasa Tercekik Sesuatu Yang Dialami Anda Itu Satu Penyakit Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 15/10/2018 . 2 minit bacaan