Pertolongan Cemas bagi Serangan Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Ada kalanya anda berhadapan dengan saat cemas individu berhampiran anda mengalami serangan jantung, atau anda sendiri yang menghadapi serangan jantung. Ini dianggap sebagai kecemasan untuk risiko kesihatan dan komplikasi. Oleh itu, pertolongan cemas untuk serangan jantung adalah penting.

Apakah simptom-simptom sebelum serangan jantung?

  • Rasa tidak selesa di bahagian dada termasuk tekanan, kesakitan dan kepenuhan. Ketidakselesaan ini datang dan pergi berkali-kali. Setiap kali, sekurang-kurangnya selama beberapa minit
  • Rasa tidak selesa di bahagian atas badan dengan rasa sakit di bahagian belakang, rahang, leher, lengan, bahu kiri dan juga gigi. Kadangkala ada yang juga sakit di bahagian dada
  • Corak pernafasan yang luar biasa
  • Peluh berlebihan atau peluh sejuk
  • Sakit kepala
  • Keletihan yang melampau
  • Pening
  • Muntah
  • Masalah pencernaan
  • Pedih ulu hati
  • Kehilangan kesedaran separa

Selain itu, jika anda mengalami sakit dada lebih daripada 15 minit, anda mungkin akan mendapat serangan jantung.

Pertolongan cemas bagi serangan jantung

Panggil bantuan perubatan dengan serta-merta

Sekiranya anda melihat kes serangan jantung, hubungi ambulans secepat mungkin. Jika ia adalah sukar untuk mendapatkan ambulans, pandu mangsa ke pusat perubatan yang terdekat. Jika anda sendiri adalah mangsa, minta bantuan daripada orang lain. Jangan memandu sendiri kerana ia membawa komplikasi lain yang tidak diingini seperti kemalangan kereta.

Cari beberapa aspirin

Semasa menunggu ambulans, biarkan mangsa mengambil beberapa aspirin dengan mengunyah kemudian menelan. Pastikan mangsa tidak alergi terhadap aspirin.

Ambil ubat yang ditetapkan

Jika anda adalah mangsa penyakit jantung dan sedang mendapat ubat-ubatan yang ditetapkan, ambil ubat-ubat tersebut dengan segera. Ingat untuk tidak mengambil sebarang ubat lain dari orang lain sama ada mereka berkongsi masalah penyakit jantung yang sama dengan anda atau tidak.

Melakukan CPR

Jika pesakit tidak sedarkan diri dan anda sudah terlatih mengenai CPR, gunakan pendekatan dengan betul. Jika anda tidak mempunyai pengalaman, panggil pusat perubatan dan mereka akan memberi arahan kepada anda tentang cara melakukan CPR. Biasanya, mereka akan memberitahu anda untuk terus melakukan tekanan dada, melangkau kaedah pernafasan penyelamatan mulut ke mulut.

Bagaimanakah untuk mengelakkan serangan jantung?

Mempunyai pelan pemakanan yang sihat

  • Hadkan pengambilan daging merah, lemak tepu, garam, gula
  • Tambah lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, produk bijirin penuh dan ikan berlemak dengan omega-3 untuk diet anda

Ke arah kehidupan yang seimbang

  • Mengambil beberapa latihan ringan seperti yoga atau berjalan untuk terus aktif
  • Lepaskan tekanan sebanyak mungkin
  • Cuba jangan mendapatkan tekanan atau emosi yang kuat

Berhenti minum alkohol dan merokok

  • Tabiat buruk ini membawa pelbagai risiko kesihatan daripada penyakit jantung, seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau obesiti

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

    Karbohidrat, komponen makanan ini sering dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca obesiti. Tapi, bukan semua makanan berkarbohidrat menggemukkan tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Bagi individu berisiko tinggi alami barah ovari mahupun payudara, pembedahan ooforektomi bilateral profilaksis mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

    Jerawat berlaku apabila liang pori tersumbat dengan kotoran dan minyak. Pelbagai kaedah telah dicuba bagi merawatnya, termasuk menggunakan soda penaik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Kulit, Penjagaan Kulit 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Inflamasi Buah Pinggang Disebabkan Glomerulonephritis, Jom Ambil Tahu Mengenai Kondisi Ini!

    Penyakit glomerulonephritis merupakan sejenis gangguan buah pinggang. Penyakit ini berlaku apabila glomeruli terluka atau mengalami inflamasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Urologi, Urologi 23/01/2021 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suara lelaki

    Lelaki Dewasa Tetapi Suara Seperti Budak, Meski Kedengaran Aneh, Kan? Ini Sejenis Penyakit!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    jangkitan kulat pada kemaluan faraj

    Encik Suami Nak Bersama, Tapi Ada Jangkitan Kulat Pula… Sebelum Proceed, Ambil Tahu Risiko Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    rawatan skizofrenia

    Ini 5 Kaedah Rawatan Alternatif Bagi Gangguan Skizofrenia, Terbukti Boleh Kurangkan Simptom

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    bunyi bising

    Anda Risau Bayi Tidur Berdengkur? Ini 5 Punca Lazim Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan