Perasaan dan Kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Berdepan dengan kanser boleh mengubah keseluruhan rutin. Walau apa pun keputusan anda, adalah penting untuk melakukan sesuatu yang baik untuk diri anda dan tidak membandingkan diri anda dengan orang lain. Rakan dan ahli keluarga anda mungkin merasakan perasaan yang sama seperti anda.

Perubahan perasaan

Ingin tahu

Apabila mula mengetahui bahawa anda mempunyai kanser, perasaan ini boleh menjadi:

  • Anda tertanya-tanya jika anda boleh hidup.
  • Anda akan mengalami lebih banyak lawatan dan rawatan.
  • Anda mungkin berfikir bahawa anda tidak boleh pergi ke sekolah, bekerja atau melakukan perkara yang anda suka.
  • Anda berasa tidak berdaya dan kesepian.

Penafian

Ketika mula didiagnosis, anda mungkin ada perasaan menafikan kebenaran. Kangs-kadang penafian ini adalah satu masalah yang serius. Jika ia berterusan, ia akan menghalang anda mendapatkan rawatan yang anda perlukan.

Marah

Seseorang selalu berasa marah dengan keadaannya. Anda mungkin juga berasa maraa dengan semua orang termasuk rakan dan kesayangan anda. Marah selalunya dari perasaan yang sukar ditunjukkan seperti ketakutan, panik, kekecewaan, keresahan dan putus asa. Jika anda berasa marah, anda jangan berpura-pura semuanya baik sahaja. Marah mungkin boleh membantu dalam memotovasikan anda untuk bertindak.

Risau

Sesetengah ketakutan mengenai kanser adalah berdasarkan cerita, khabar angin dan maklumat yang salah. Untuk menangani ketakutan dan kebimbangan, ia sering membantu dengan maklumat. Kebanyakan orang berasa lebih baik apabila mereka mempelajari fakta. Mereka berasa kurang takut dan tahu apa yang diharapkan. Belajar mengenai kanser anda dan faham apa yang anda boleh lakukan untuk menjadi rakan aktif dalam penjagaan anda.

Resah

Semasa dan selepas rawatan, adalah normal untuk mengalami tekanan terhadap semua perubahan kehidupan yang anda alami. Anda mungkin dapat melihat perubahan dalam kesihatan tubuh anda dan mula berasa lebih letih. Tekanan dapat menghalang tubuh anda daripada penyembuhan seperti sepatutnya.

Kesedihan

Ramai orang mempunyai kanser berasa sedih. Mereka merasakan kehilangan kesihatan dan kehidupan mereka sebelum mereka mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit. Walaupun anda sudah selesai rawatan, anda masih boleh merasa sedih. Ini adalah tindak balas biasa kepada mana-mana penyakit yang serius. Ia mungkin mengambil masa untuk berfungsi dan menerima semua perubahan yang berlaku.

Kesepian

Orang yang menderita kanser mungkin berasa kesepian kerana mereka berfikiran kanser menghalang mereka melakukan aktiviti harian, bertemu rakan dan sukar untuk menceritakan keadaannya. Anda mungkin berfikir bahawa tiada siapa yang dapat memahami anda.

Harapan

Apabila menerima bahawa mereka mempunyai kanser, mereka sering berasakan rasa sebuah harapan. Terdapat banyak sebab untuk berasa bersyukur. Berjuta-juta orang yang mempunyai kanser masih hidup hari ini. Peluang hidup dengan kanser adalah lebih baik sekarang berbanding sebelum ini. Dan orang yang mempunyai kanser boleh menjalani kehidupan yang aktif, walaupun semasa rawatan.

Bagaimana berdepan perasaan anda semasa kanser

Luahkan apa yang anda rasa

Apabila anda mencari jalan untuk menyatakan perasaan anda, anda lebih mudah melepaskannya. Walaupun anda memilih untuk tidak membincangkan kanser anda dengan orang lain, anda masih boleh meluahkan perasaan anda dengan memikirkannya atau menulisnya.

Sentiasa berfikiran positif

Kadang-kadang ini bermakna mencari sesuatu baik walaupun dalam masa yang buruk atau cuba untuk menjadi harapan, bukan memikirkan yang paling teruk. Cuba gunakan tenaga anda untuk memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan apa yang boleh anda lakukan sekarang untuk kekal sihat sebaik mungkin.

Menjadi aktif

Pastikan diri anda fokus terhadap perkara lain selain daripada keadaan anda. Keluar untuk melakukan beberapa aktiviti, mencuba hobi baru, menambah kenalan baru. Jadi anda boleh melupakan penyakit anda seketika.

Jangan berasa bersalah mengenai keadaan anda

Ingat bahawa kanser boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Anda tidak boleh menyalahkan diri sendiri untuk kanser anda.

Biarkan diri anda tenang

Meditasi dan terapi menenangkan diri adalah beberapa cara yang boleh membantu anda berehat apabila anda berasa kerisauan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jika Menghidap Kanser Testis, Ini Perkara Yang Akan Berlaku Kepada Alat Sulit Anda!

    Seperti mana yang kita semua sudah tahu, kanser testis adalah bahaya buat lelaki. Persoalannya, apa perkara yang akan berlaku pada alat sulit ketika ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/10/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Penggemar Cahaya Matahari Berisiko Dapat Kanser Kulit, Ada Kaitan Juga Dengan Genetik?

    Satu kajian berkaitan dengan tabiat berjemur dan kanser kulit (berpunca daripada radiasi matahari) telah menggemparkan komuniti sains. Menurutnya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Kanser Kulit 14/10/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Kanser Berisiko Dapat Kayap, Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Nak Elak!

    Mereka yang didiagnosis dengan masalah kanser mempunyai peningkatan risiko setinggi 40 peratus untuk mendapat masalah kayap. Ketahui cara hindarinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 07/10/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Ada sebab mengapa menopaus disebut sebagai 'perubahan hidup,' ia boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan, termasuk berasa sakit pada payudara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jenis kanser perut

    Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
    cara merawat hati

    Usah Sedih Jika Anda Penghidap Kanser Hati, Ini Diagnosis & Rawatan Sesuai Untuk Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
    kanser hati

    Apa Itu Kanser Hati: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2020 . 5 minit bacaan
    kesan duduk terlalu lama

    Anda Suka Duduk Sepanjang Hari? Jangan Biasakan Diri, Amalan Ini Boleh Sebabkan Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan