Bila Tengok Darah MESTI Nak Pengsan, Ini Sebab Mengapa Ia Berlaku Pada Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Kebanyakan orang berasa agak tidak selesa apabila melihat darah atau terpaksa mendapatkan suntikan. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, melihat darah atau jarum menyebabkan mereka menjadi lemah atau berasa ingin pengsan.

Tindak balas dramatik ini dikenali sebagai vasovagal syncope atau neurocardiogenic syncope, yang menjadikan kadar degupan jantung dan tekanan darah menurun secara drastik. Apabila tekanan darah anda tiba-tiba jatuh, aliran darah ke otak berkurang menyebabkan anda pengsan.

Vasovagal syncope biasanya tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan. Tetapi anda mungkin boleh tercedera semasa episod vasovagal syncope. Doktor anda boleh mengesyorkan ujian untuk menolak penyebab pengsan yang lebih serius, seperti gangguan jantung.

Simptom sebelum pengsan akibat vasovagal syncope

  • Kulit yang pucat
  • Pening
  • Tunnel vision– penglihatan sempit sehingga anda hanya melihat apa di depan anda
  • Loya
  • Berasa hangat
  • Berpeluh
  • Menguap
  • Penglihatan kabur

Pemulihan selepas episod vasovagal syncope biasanya bermula kurang dari satu minit. Walau bagaimanapun, jika anda berdiri terlalu lama selepas pengsan, dalam masa kira-kira 15 hingga 30 minit anda berisiko untuk pengsan lagi.

‘Applied Tension Technique’ untuk mereka yang pengsan melihat darah

Applied Tension Technique adalah strategi yang dibangunkan untuk membantu mencegah daripada pengsan atau membantu seseorang lebih cepat sembuh jika mereka pengsan. Teknik ini melibatkan tekanan otot dalam tubuh anda, yang mana meningkatkan tekanan darah anda. Ini bermakna, jika tekanan darah anda meningkat, anda lebh kurang terdorong untuk pengsan.

Dalam teknik ini, anda perlu duduk di kerusi yang selesa dan tegangkan otot-otot di tangan, kaki dan torsol (sekitar bahagian dada) untuk 10 hingga 15 saat. Anda perlu menahan ketegangan sehingga anda mula berasakan hangat di kepala. Kemudian, rehatkan tubuh selama 20 hingga 30 saat. Ulanginya 5 kali.

Selain itu, jika anda berasa seperti mungkin akan pengsan, berbaring dan angkat kaki anda. Ini membolehkan graviti memastikan darah mengalir ke otak anda. Jika anda tidak boleh berbaring, duduk dan letakkan kepala di antara lutut sehingga anda berasa lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Mungkin ramai yang belum tahu apa punca sebenar kenapa hidung berdarah bukan? Ia juga mungkin petanda hemofilia! Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 30/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis

    Pada 13 September setiap tahun, kita akan menyambut Hari Sepsis Sedunia. Persoalannya, apa itu sepsis? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pengsan Lepas Pancut Semasa Senggama? Tolong Waspada Dengan 3 Perkara Ini!

    Pernahkah anda atau pasangan pitam namun tidak tahu punca pengsan semasa senggama? Tenang, jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 23/07/2020 . 3 minit bacaan

    9 Kriteria Derma Darah Di Malaysia, Mereka Yang Pernah Tinggal Di Eropah Tak Boleh Derma?

    Banyak kempen derma darah di Malaysia. Jika anda hendak derma darah, pastikan anda memenuhi 9 kriteria ini sebelum melakukannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 26/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    senaman melampau punca penyakit sepsis

    Bahaya Kalau Kuat Sangat Bersenam, Anda Boleh Terdedah Dengan Penyakit Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 4 minit bacaan
    pil perancang keluarga

    AWAS Wanita! Anda Berisiko Alami Masalah Darah Beku Jika Ambil Pil Perancang Jenis Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit hepatitis

    Pesakit Hepatitis B, Ini Sebab Mengapa Anda Tak Boleh Derma Darah Walaupun Sudah Pulih

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
    diet rendah karbohidrat

    Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan