Mengapa Mesej Teks Menyebabkan Tekanan?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/01/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda merasa tertekan untuk membalas mesej? Pernah tak anda merasa mesej teks menyebabkan tekanan dalam diri anda? Adakah anda pernah merasa terganggu apabila menerima beratus mesej teks dalam kumpulan mesej (group chat)? Adakah anda selalu menyemak mesej teks untuk memastikan anda tidak terlepas mesej penting?

Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, mesej yang dihantar melalui teks menjadi antara satu saluran komunikasi terpenting dalam kehidupan harian kita. Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), dan aplikasi sosial lain seperti Whatsapp, WeChat, Facebook, dan Instagram telah digunakan secara meluas untuk berkomunikasi.

Dalam satu kajian yang dijalan oleh Viber, satu pertiga daripada individu yang berkomunikasi secara aktif melalui mesej teks didapati berdepan dengan tekanan.

Mengapa Individu Boleh Mendapat Tekanan?

Kebanyakan individu menjadi tertekan kerana mesej teks disebabkan tingkah laku yang menjengkelkan. Kajian menunjukkan 32% responden merasa terganggu apabila individu yang sedang bermesej itu secara tiba-tiba hilang dipertengahan perbualan mesej teks.

Penggunaan tatabahasa yang kurang sopan dan penggunaan emoji yang berlebihan juga turut menjadi antara punca tekanan. Ia didapati menyebabkan berlakunya masalah kurang faham akan mesej perbualan jika terlalu banyak emoji yang digunakan.

Kebiasaannya rasa jengkel dan terganggu ini berlaku dalam kumpulan mesej, yang mempunyai lebih daripada 3 individu. 39% responden didapati tidak menyukai kumpulan mesej. Terlibat dalam perbualan sampingan merupakan antara perkara yang paling tidak disukai, diikuti dengan terlebih perkongsian gambar dan terlalu banyak gambar dan video yang dihantar. Terdapat hampir 17% daripada responden cenderung untuk meletakkan kumpulan mesej dalam mod senyap (mute notification)  sebaik sahaja mereka dimasukkan ke dalam kumpulan tersebut.

Bagaimana jika anda menerima mesej teks diluar waktu kerja? Terdapat setengah responden sanggup untuk membalas secepat mungkin. Manakala hampir 23% merasakan terganggu dengan mesej teks yang diterima, namun, mereka tetap akan memberi maklum balas.

Kajian ini turut membuktikan lebih 20% responden merasa tertekan dengan jumlah mesej teks yang perlu mereka jawab. Walau bagaimanapun, 11% daripada responden memilih untuk mengabaikan mesej yang diterima.

Bagaimana mengatasi tekanan seperti ini?

Walaupun mesej teks boleh menyebabkan tekanan, namun, saluran komunikasi ini masih mendatangkan kemudahan dalam kehidupan seharian kita. Kita boleh menggunakannya untuk tujuan berkaitan peribadi mahupun pekerjaan, seperti untuk berhubung dengan rakan dan keluarga serta mendapatkan maklum balas pantas daripada pelanggan.Untuk menangani tekanan yang disebabkan mesej teks ini, cara terbaik adalah dengan menghadkan masa yang diluangkan dengan telefon dan memperbanyakan perbualan secara bersemuka atau membuat panggilan telefon.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jika Ada Sesekali Terfikir Untuk Membunuh Diri, Apa Kata Cuba 5 Cara Ini Untuk Atasinya

    Walaupun ketika kehidupan harian seperti tiada maknanya, percayalah masih ada cara untuk menyelesaikan masalah melanda dan mengatasi keinginan bunuh diri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 09/09/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Marah Tak Tentu Pasal? Itu Maksudnya Anda Perlukan ‘Me Time’ Untuk Seketika!

    Ada masanya anda mungkin akan cepat marah-marah tanpa sebab. Itu tandanya anda perlukan sedikit masa bersendirian untuk mendapatkan ketenangan diri!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 02/09/2020 . 3 minit bacaan

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

    Hubungan seks yang berlaku seharusnya melahirkan rasa kepuasan. Tetapi berlainan pula dengan anda, gangguan emosi yang dialami. Mengapakah ia berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    muka stress

    Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan mental

    Hari Statistik Dunia 20 Okt: Angka Kesihatan Mental Dunia Meningkat Angkara COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
    bayi di dalam rahim

    Nak Tahu, 24 Jam Sebelum Lahir, Ada 11 Benda Bayi Buat Dalam Perut Ibu! No 8 Paling Tak Sangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
    menyanyi dan menari

    Bukan Sekadar Hobi, Menyanyi & Menari Adalah Penawar Stres Terbaik! Tak Percaya? Jom Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan