Membaca Untuk Otak yang Sihat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

“Membaca jambatan ilmu”

Peribahasa Melayu ini telah digunakan sejak sekian lama. Ia melambangkan ketinggian kedudukan ilmu yang diletakkan oleh nenek moyang kita dahulu. Mengapa membaca selalu ditekankan? Apakah kelebihannya? Teruskan membaca sehingga akhir.

1. Merangsang otak

Jika otot memerlukan latihan dan senaman untuk menjadi lebih kuat dan sihat, otak juga memerlukan hal yang sama. Cuma senaman bagi otak adalah dalam bentuk membaca dan berfikir. Tabiat ini didapati merangsang hubungan antara sel di dalam otak.

Semakin berumur, fungsi otak akan berkurang. Membaca, walau bagaimanapun, boleh melambatkan proses ini. Otak yang aktif berfikir dan bekerja membantu melambatkan atau mengelakkan penyakit seperti Alzheimer dan demensia.

2. Mengurangkan stres

Membaca membawa anda ke dunia baru. Jiwa anda seolah-olah sedang merantau bersama idea dan cerita yang dibawa oleh penulis walaupun jasad masih tetap dan tidak berubah. Dalam keadaan stres dan tertekan, tabiat ini membantu anda meninggalkan perkara-perkara yang merangsang tekanan tersebut.

Buku sememangnya alat penghilang stres yang berkesan.

3. Meningkatkan memori

Komponen dan isi kandungan di dalam buku membuatkan pembaca perlu mengingat isi kandungan di dalamnya seperti nama watak, plot cerita atau fakta-fakta benar bagi buku bukan fiksyen. Ini adalah sejenis latihan memori ke atas otak. Ia akan merangsang bahagian yang menyimpan memori dan melambatkan penuaan memori.

4. Menambah fokus dan konsentrasi

Dalam dunia yang berkembang maju hari ini, khususnya dalam bidang teknologi, ramai yang melakukan pelabagai kerja dalam satu-satu masa. Memeriksa emel, membuka facebook, membalas mesej dan bersembang dengan rakan sekerja pada waktu yang sama. Ini tentunya mengganggu fokus dan mengurangkan produktiviti.

Membaca membuatkan anda fokus kepada bahan bacaan tersebut dan meninggalkan gangguan di sekeliling walaupun hanya selama 15 minit sahaja. Cuba lakukannya sebelum pergi kerja. Anda pasti terkejut dengan prestasi kerja anda.

5. Meningkatkan kemahiran berfikir dan menganalisa

Mendedahkan diri kepada cerita dan fakta daripada pelbagai bidang dan genre yang berbeza membuatkan anda lebih banyak berfikir. Ia juga membuatkan anda untuk menganalisa dan mengkritik sesuatu penulisan apabila sudah terbiasa membaca pelbagai jenis penulisan dalam genre tersebut.

Tambahan pula, orang yang tidak punya atau tidak tahu fakta tidak akan dapat memberikan komen yang baik melainkan emosi dan cakap kosong semata-mata.

Otak adalah organ paling berharga bagi manusia. Biar pun badan sudah tidak bermaya, asalkan otak masih mampu berfikir, anda masih boleh lakukan banyak perkara.

Bilakah kali terakhir anda membaca?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bagaimana Ingin Menjadi Kreatif?

    Sifat kreatif merupakan satu keperluan utama dalam dunia hari ini, khususnya bagi orang muda yang ingin mengembangkan kariernya. Persaingan yang tinggi dalam semua bidang membuatkan peluang mendapat pekerjaan semakin ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 18/12/2018 . 2 minit bacaan

    Nak Anak Genius? Beri Si Manja 8 Makanan Super Ini

    Tahukah anda bahawa sesetengah pemakanan tertentu dapat membantu perkembangan otak si manja. Ini 8 makanan super untuk lahirkan anak bijak. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 06/07/2018 . 2 minit bacaan

    Makanan Otak untuk Musim Peperiksaan

    Belajar untuk peperiksaan adalah memenatkan. Pada masa ini, makanan yang baik boleh memberikan rangsangan tenaga yang anda perlukan untuk menghadpi ujian. Adakah anda tahu, makanan juga boleh membantu daya ingatan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    membaca

    Membaca Meningkatkan Keupayaan Otak Anak Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Diterbitkan pada 05/03/2019 . 8 minit bacaan
    Makanan Untuk Otak

    Ini 6 Jenis Makanan Yang Boleh ROSAKKAN Otak, Sila Ambil Secara Berpada-Pada!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/03/2019 . 3 minit bacaan
    mengingati apa yang dibaca

    Tip Mengingati Apa Yang Dibaca

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2019 . 3 minit bacaan
    makanan otak

    Manfaat Omega-3 & DHA Untuk Otak, Ini Yang Terjadi Bila Anda Kurang Ambil Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 12/02/2019 . 2 minit bacaan