backup og meta

Jangan Diam Kalau Buah Dada Nampak Lain, Kenali Tahap Kesihatan Melalui Payudara Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/07/2022

    Jangan Diam Kalau Buah Dada Nampak Lain, Kenali Tahap Kesihatan Melalui Payudara Anda!

    Apa yang menakjubkan, payudara adalah lebih daripada hanya sebagai sebahagian daya tarikan pada badan anda. Sekiranya anda tidak memberikan perhatian yang cukup kepada payudara anda, sudah tiba masanya anda melakukannya kerana banyak yang boleh diketahui berkenaan tahap kesihatan melalui payudara.

    Fahami tahap kesihatan melalui payudara

    • Payudara membesar

    Oleh kerana kebanyakan sel yang terdapat pada payudara adalah terdiri daripada sel-sel lemak, jika anda merasakan ia semakin besar, ia mungkin menandakan peningkatan berat badan pada beberapa tempoh kebelakangan ini. Atau, jika anda menjalinkan hubungan seks tanpa perlindungan, anda mungkin akan hamil, yang menyebabkan saluran susu anda menjalani proses persediaan untuk menyusu. Kaedah kawalan kelahiran (birth control) dan perubahan hormon semasa haid juga boleh menyebabkan payudara anda berkembang.

    • Payudara mengecil

    Payudara anda mungkin mengecil apabila berat badan anda menurun atau apabila kadar estrogen dalam badan anda jatuh. Sekiranya anda melihat payudara anda mengecut tanpa kehilangan berat badan atau mengalami menopaus, anda perlu mendapatkan ujian untuk sindrom polisistik ovari (PCOS). Selain PCOS, pengambilan kopi yang berlebihan dapat menyebabkan payudara anda mengecil menurut beberapa kajian.

    • Perubahan bentuk

    Walaupun bentuk payudara anda mungkin ditentukan oleh genetik anda, ia masih boleh berubah mengikut umur. Ini disebabkan oleh regangan ligamen, penguraian tisu penghubung, dan kehilangan keanjalan kulit. Perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah mengelakkan turun naik berat badan yang tak menentu, bersenam dengan kerap dan dapatkan diri sendiri coli / baju dalam yang baik untuk membantu anda menahan kesan daya graviti.

    • Benjolan payudara

    Sepanjang tempoh haid, anda mungkin dapat merasakan beberapa benjolan di payudara anda kerana peningkatan hormon membolehkan sista (cyst) sedia ada untuk terisi dengan cecair. Benjolan akibat haid ini sememangnya normal dan akan hilang selepas tempoh haid anda berakhir. Walau bagaimanapun, pastikan anda merujuk dengan doktor anda jika anda bimbang mengenainya, sebagai langkah selamat.

    • Payudara menyakitkan

    Kesakitan payudara boleh terhasil dari banyak perkara, daripada ketidakseimbangan hormon, coli yang tidak sesuai, hinggalah ke penggunaan kafein yang berlebihan dan trauma ke dada. Malah, menggalas beg yang berat juga boleh merosakkan payudara anda. Kesakitan jenis ini mungkin akan kekal untuk masa yang lama, kadang-kadang terlalu lama untuk anda mengenali semula apa puncanya. Dalam sesetengah kes, kesakitan payudara mungkin disebabkan oleh kekurangan zat besi, menyebabkan disfungsi tiroid. Satu kajian melaporkan bahawa wanita mengalami kelegaan daripada kesakitan payudara ketika mereka diberikan 6 mg suplemen iodin yang membantu fungsi tiroid.

    • Puting ke dalam

    Sekiranya anda dilahirkan dengan keadaan puting ke dalam, anda tidak perlu risau. Keadaan ini perlu diberi perhatian jika ia berlaku kepada anda baru-baru ini, kerana ia mungkin tanda amaran terhadap kanser payudara. Jika puting anda kelihatan ditarik, pastikan bentuknya tidak disebabkan oleh coli anda, kemudian dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan