backup og meta

Melawan Polio Menggunakan Paru-Paru Besi

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 30/07/2021

    Melawan Polio Menggunakan Paru-Paru Besi

    Virus polio mungkin sesuatu yang sangat asing bagi masyarakat hari ini.

    Selepas vaksin pertama diperkenalkan oleh Jonas Salk pada tahun 1955, kemudian oleh Albert Sabin pada tahun 1960, bilangan kes berkurang dengan mendadak.

    Sejarah ringkas virus polio

    virus polio

    Penyakit ini dipercayai telah wujud secara beribu tahun dahulu. Malah, rekod di Mesir menunjukkan gambaran seorang manusia dengan penyakit polio diukir pada batu yang dikatakan berumur antara 1403-1365 sebelum Masihi.

    Di zaman moden pula, penyakit ini mula mendapat perhatian bermula awal abad ke-20 apabila berlaku wabak polio di Norway dan Sweden, kemudian di Amerika Syarikat.

    Kepadatan penduduk dan kebersihan menjadi faktor utama dalam penyebaran virus ini.

    Pada tahun 2017, hanya lebih kurang 22 kes dilaporkan di seluruh dunia.

    Pemberian vaksin menjadi sebab utama kepada penurunan kes secara mendadak. Malaysia sudah tidak melaporkan sebarang kes sejak Oktober 2000.

    Paru-paru besi atau iron lung

    Antara punca kematian virus polio adalah kegagalan untuk bernafas disebabkan lumpuh pada otot pernafasan.

    Oleh sebab itu, dua orang Profesor Universiti Harvard, Philip Drinker dan Louis Agassiz Shaw mencipta alat bantuan pernafasan untuk pesakit yang disebut sebagai paru-paru besi atau iron lung (lihat gambar di bawah) pada tahun 1928.

    Pesakit dimasukkan ke dalam sebuah tiub kedap udara dengan kepala di luar.

    virus polio

    Mesin tersebut akan mengurangkan tekanan udara di dalam tiub untuk menghasilkan tekanan negatif, seterusnya menyebabkan udara masuk ke dalam paru-paru.

    Kemudian tekanan udara dikembalikan kepada asal bagi membolehkan udara keluar.

    Biasanya, pesakit perlu berada di dalam paru-paru besi ini selama satu atau dua minggu sebelum boleh bernafas dengan sendiri.

    Namun, bagi yang mengalami lumpuh kekal, mereka mungkin perlu menggunakannya seumur hidup.

    Itulah sejarah bagaimana penyakit virus polio dirawat satu ketika dahulu. Ia mungkin agak seram jika difikirkan, apatah lagi ingin mengalaminya.

    Oleh itu, kita hendaklah belajar daripada apa yang telah berlaku sewaktu dahulu agar boleh terus maju dalam kehidupan.

    Perkembangan teknologi di dalam bidang kesihatan, khususnya, telah memberikan manfaat kepada ramai manusia.

    Ambillah peluang untuk menikmati manfaat ini dan jangan takut dengan momokan sesetengah pihak bahawa perubatan moden (contohnya vaksin) adalah bahaya dan tidak selamat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 30/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan