5 Tanda Mati Pucuk Dan Risikonya Terhadap Seorang Lelaki, Adakah Ia Boleh Dicegah?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Mati pucuk atau erectile dysfunction adalah sebuah keadaan dimana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang (penile erection) ketika terlibat dengan aktiviti seks dan ia turut merujuk kepada keadaan dimana seseorang lelaki tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar atau alat kelaminnya ketika melakukan hubungan seksual.

Mati pucuk turut dikenali sebagai lemah tenaga batin dan ianya merupakan satu penyakit yang bersifat semula jadi.

Integrasi antara sistem saraf pusat, sistem saraf periferi, sistem pembuluh darah dan hormon akan menyebabkan ketegangan zakar lelaki dan sebarang perkara yang menyebabkan salah satu sistem ini tidak berfungsi secara normal akan memberi kesan terhadap zakar lelaki seperti masalah ereksi, orgasm atau ejakulasi.

Perlu diingati, mati pucuk tidak merujuk kepada keadaan mandul atau ketidakupayaan seseorang untuk memancutkan air mani atau berejakulasi, namun keadaan-keadaan tersebut boleh berkait rapat dengan kedaan mati pucuk.

Kelompok yang berisiko mendapat mati pucuk

Masalah mati pucuk pada kebiasaannya berlaku kepada kaum lelaki apabila mereka mula meniti usia 40 tahun.

Penyelidikan turut menyatakan bahawa dalam setiap 10 orang lelaki, 4 daripadanya mempunyai masalah mati pucuk ketika berusia 40 tahun dan ia akan bertambah teruk seiring dengan peningkatan umur.

Kajian bebas oleh Pfizer pula mendapati bahawa seorang daripada setiap lima orang lelaki di Malaysia mengalami permasalahan mati pucuk.

Antara mereka yang berisiko tinggi adalah mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti, perokok, tidak aktif secara fizikal dan mereka yang mengalami masalah kesihatan kronik seperti darah tinggi, kencing manis, hiperkolestrolemia (kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah) dan sindrom metabolisme.

Kriteria-kriteria mati pucuk

  • Zakar mengalami kesukaran untuk menegang ketika melakukan hubungan seksual
  • Zakar mengalami kesukaran untuk mengekalkan ketegangan atau ereksi sehinggalah pada akhir hubungan seksual
  • Zakar terlihat tidak mempunyai ketegangan yang ketara atau memuaskan
  • Tanda-tanda tersebut berlaku secara berterusan dalam tempoh selama 6 bulan
  • Tanda-tanda tersebut menjadikan seseorang individu mengalami tekanan yang ketara

Punca mati pucuk

Secara umumnya, mati pucuk terjadi apabila terdapatnya halangan yang menyebabkan pengurangan aliran darah atau aliran darah yang tersekat yang menyebabkan gangguan kepada zakar untuk menegang. Ini memberi kesan kepada keadaan zakar yang tidak boleh menegang ke tahap yang sepatutnya dan memuaskan. Terdapat juga pelbagai faktor lain yang boleh menjejaskan keupayaan seorang lelaki untuk mengalami ereksi zakar. Antaranya:

    • Gangguan fikiran serta emosi: gangguan kesihatan mental seperti tekanan, kemurungan, kegelisahan dan gangguan stres selepas trauma (PTSD). Masalah rumahtangga dan kurang rangsangan daripada pasangan turut termasuk dalam gangguan fikiran dan emosi.
    • Masalah saraf: ini termasuklah kecedaraan pada bahagian saraf tunjang, angin ahmar, strok, epilepsy, alzheimer dan slipped disc
    • Masalah salur darah dan penyakit kronik: kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan hati, penyakit buah pinggang, atherosclerosis dan kerosakan pembuluh darah daripada rawatan kanser prostat dan radioterapi
    • Kecederaan pada zakar
    • Kekurangan dan ketidakstabilan hormon: ini termasuklah kekurangan hormon testosteron, endorphin dan penyakit berkaitan tiroid
    • Tabiat yang merisikokan kerosakan saraf dan saluran darah: tabiat yang memberi kesan kepada mati pucuk termasuklah merokok dan pengambilan minuman beralkohol secara melebihi had yang sepatutnya
    • Penyalahgunaan dadah: ganja dan kokain
    • Faktor kesan ubat-ubatan: ubat-ubatan seperti Amphetamines, Barbiturates, ubat jenis beta-blocker bagi tekanan darah tinggi, anti depresi dan anti psychotic turut memberikan kesan terhadap mati pucuk
    • Faktor peningkatan umur individu: penyakit Parkinson boleh mengurangkan hormon Dopamine berkurangan yang akhirnya akan menyebabkan gangguan kepada pengekalan ketegangan zakar

Kesan mati pucuk kepada individu

Mati pucuk memberikan perasaan rendah diri dan malu kepada seseorang individu lelaki yang kemudiannya akan memberikan kesan terhadap psikologi individu.

Masalah gangguan psikologi seperti tekanan dan kemurungan yang akan menambah keterukan kepada keadaan mati pucuk tersebut. Perkara seperti ini sememangnya akan menjejaskan hubungan intim antara pasangan.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya mempunyai tanda-tanda mati pucuk?

Langkah awal yang perlu dilakukan adalah berjumpa dengan doktor perubatan terlebih dahulu bagi mengenalpasti gejala dan mendapatkan khidmat nasihat yang sepatutnya daripada pengamal perubatan yang bertauliah.

Elakkan daripada mengambil sebarang jenis ubat-ubatan yang didakwa sebagai ubat kuat yang banyak terdapat di pasaran. Sebahagian besar daripadanya adalah ubat-ubatan tidak berdaftar seperti produk Nan Bao Capsule yang terkandung racun berjadual sildenafil dan tadalafil yang boleh membahayakan nyawa pengguna.

Pemeriksaan doktor adalah penting bagi memastikan risiko serangan jantung sebelum memulakan apa-apa rawatan ubat kepada penghidap mati pucuk.

Ini memandangkan ubat bagi rawatan mati pucuk boleh menyebabkan penurunan darah secara mendadak sekiranya diambil bersama dengan ubat nitrate bagi rawatan jantung.

Alternatif bagi rawatan mati pucuk

Secara umumnya, rawatan bagi mengatasi masalah mati pucuk boleh dikategorikan kepada tiga; rawatan melalui penggunaan ubat-ubatan, rawatan melalui penggunaan alat dan pembedahan.

  1. Rawatan ubat-ubatan
  • Phosphodiesterase-5 inhibitors: contoh ubat adalah seperti slidenafil, verdenafil dan avanafil. Fungsinya adalah untuk membantu mengembangkan saluran darah agar lebih banyak darah boleh memasuki zakar dan memudahkan ereksi untuk berlaku
  • Androgens: ia adalah ubat untuk individu yang mengalami kekurangan hormon testosterone dalam darah.
  • Intraurehtral Prostaglandin E1 pellet: ubat jenis ini dimasukkan terus ke dalam saluran urehtra (saluran air kencing) yang bertindak membuka saluran darah bagi membantu proses ereksi atau ketegangan
  1. Penggunaan alat
  • Alat penyempitan pangkal kelamin: sesetengah individu mempunyai masalah mati pucuk yang berpunca daripada masalah pembuluh darah. Alat ini digunakan dengan tujuan untuk menghimpit pangkal zakar agar darah tidak mudah mengalir keluar daripada zakar dengan cepat. Ia membantu zakar agar dapat mengekalkan ketegangan dalam satu tempoh yang lebih lama.
  • Alat vakum zakar: ia digunakan untuk menarik aliran darah untuk masuk ke bahagian zakar untuk memudahkan ia mengalami ereksi.
  1. Pembedahan
  • Sekiranya masalah mati pucuk masih berlaku setelah rawatan melalui penggunaan ubat atau alat, terdapat alternatif lain yang boleh dilaksanakan iaitu melalui kaedah pembedahan. Salah satunya adalah melalui pembedahan kemasukan implan ke dalam alat kelamin, dan ia berfungsi membantu penetrasi ketika hendak melakukan hubungan seksual walaupun individu tersebut tidak mengalami ketegangan atau ereksi. Implan ini hanya membantu proses penetrasi dan bukannya membantu pesakit untuk mendapat ereksi zakar.

Apakah cara untuk mencegah mati pucuk?

Terdapat beberapa langkah pencegahan yang bersesuaian dan berkesan dalam mengelakkan mati pucuk daripada berlaku. Antaranya melalui pengubahsuaian gaya hidup kearah yang lebih sihat.

Semua individu dinasihatkan untuk melakukan senaman atau aktiviti fizikal dengan lebih kerap, mengamalkan diet pemakanan secara sihat, menguruskan stres atau tekanan dengan baik, menghentikan tabiat merokok selain memastikan tekanan darah dan penyakit kencing manis agar lebih terkawal.

Penyalahgunaan dadah terlarang seperti kokain dan ganja beserta pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan hanya akan menjejaskan aliran darah ke bahagian zakar lelaki.

Disebabkan itu, hormon akan turut berkurangan dan akhirnya menyebabkan mati pucuk kepada seseorang individu.

Selain itu, rujukan dan pemeriksaan melalui doktor dan pengamal perubatan yang bertauliah amatlah penting. Doktor berkelayakan untuk memberikan nasihat dan panduan kesihatan untuk mencegah penyakit mati pucuk daripada menjadi lebih teruk disamping mengelakkan sebarang risiko untuk mengalami mati pucuk. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lelaki Pasti Takut Dengan Penyakit Yang Buat Ereksi Bengkok Ini, Adakah Urutan Jawapannya?

    Apakah penyakit peyronie berbahaya? Ya, ia adalah penyakit yang sangat berbahaya buat lelaki. Persoalannya, ia boleh disembuhkan hanya dengan urutan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/09/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

    Mati pucuk atau disfungsi erektil boleh terjadi jika seseorang individu itu menghidapi penyakit klamidia? Ini jawapan untuk persoalan tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/09/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Bagi Senjata Lebih Padu, Amalkan Urutan Jelqing! Tapi Boleh Ke Guna Aloe Vera?

    Pernah dengar tentang urutan jelqing zakar? Ada yang kata ia boleh dan perlu dilakukan dengan aloe vera! Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 07/09/2020 . 3 minit bacaan

    Masalah Mati Pucuk Boleh Diatasi! Mungkin 5 Minyak Pati Ini Boleh Membantu?

    Suami mati pucuk? Anda dan pasangan mungkin boleh cuba 5 minyak pati ini untuk menyelesaikan masalah disfungsi erektil. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sebab mati pucuk

    Ubat Rambut Gugur Boleh Sebabkan Mati Pucuk? Jaga-jaga, Ada 4 Lagi Punca MENGEJUTKAN!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
    masalah ereksi zakar

    Kenapa Perlu Berdiam Diri Sahaja Jika Ada Masalah Ereksi? Lakukan 5 Jenis Ujian Ini Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/10/2020 . 3 minit bacaan
    mati pucuk

    Masalah Mati Pucuk? Mari Fahami Disfungsi Ereksi Dan Cara Mengatasinya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
    mati pucuk

    Mitos Mengenai Mati Pucuk (ED)

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan