Luka Rasa Gatal Bila Semakin Sembuh, Adakah Ia Disebabkan Kuping Yang Tertanggal?

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 23/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Mengapa luka saya gatal apabila sudah hampir sembuh?

Setiap orang pasti tertanya-tanya, “Mengapa luka rasa gatal jika hampir hendak sembuh?” Pakar perubatan juga tidak tahu mengapa, tetapi terdapat pelbagai teori mengenainya.

Proses penyembuhan

Jika anda ingin tahu mengapa luka anda akan rasa gatal semasa hendak sembuh, anda perlu memahami proses penyembuhan dahulu. Kulit anda adalah barisan pertama pertahanan terhadap perkara yang boleh merosakkan anda. Sama seperti satu sistem keselamatan, apabila perimeter ditembusi, penggera akan memberi amaran. Ini akan memberitahu tubuh anda untuk bertindak, dan mula memulih.

Berikut adalah empat langkah dalam proses penyembuhan:

  • Peringkat pertama adalah hemostasis. Selepas saluran darah menyempit, memperlahankan kehilangan darah, platelet akan berkumpul bersama-sama dan membuat palam platelet pada tapak luka. Kemudian, penggumpalan berlaku fibrin membuat sejenis cantuman jerat dan platelet serta sel darah merah ditangkap dan membentuk satu gumpalan.
  • Seterusnya, peringkat keradangan semasa tubuh mula mencuci luka. Puing dibawa pergi dari tapak untuk mengelakkan jangkitan.
  • Fasa proliferatif adalah peringkat berikutnya. Tubuh mula membuat saluran darah baru dan kulit baru akan dibuat.
  • Akhir sekali, pematangan dan fasa pengubahsuaian. Sel-sel yang rosak lain dibaiki, termasuk juga sel saraf.

Mengapa rasa gatal?

Terdapat beberapa teori yang menjelaskan mengapa kuping memberi rasa gatal. Terdapat histamin dalam kuping yang merengsa kulit di sekeliling luka. Sesetengah doktor menganggap ini sebagai cara tubuh untuk membuang kuping yang mana tidak lagi diperlukan. Apabila ia gatal, anda akan menggarunya dan ia akan tertanggal. Terdapat kecacatan dalam teori ini, kerana ada kalanya anda akan rasa gatal kuping sebelum luka sembuh lagi.

Teori kedua ada kaitannya dengan saraf dalam kulit anda yang terpotong semasa kulit dipotong. Apabila luka sedang sembuh, kulit baru adalah amat nipis, jadi saraf akan jadi lebih sensitif. Semakin ia menyembuh, isyaratnya mungkin terkesan dan otak mendapat jenis isyarat yang salah. Otak mungkin mentafsirkan rasa gatal dan mahu tubuh bertindak balas dengan cara menggarunya.

Teori lain pula adalah semakin pulih luka, kuping akan menarik kulit baru, dan menyebabkan kawasan di sekeliling kuping rasa gatal.

Akhir sekali, kekeringan boleh menjadi sebab kepada kegatalan. Apabila luka berlaku, kulit, saraf, dan kelenjar minyak terjejas, dan tanpa minyak, kulit akan menjadi kering.

Menggaru tempat gatal

Terdapat beberapa perkara yang boleh membantu mengurangkan gatal kuping kudis:

  • Letakkan krim antibiotik secepat mungkin. Ini boleh membantu luka untuk sembuh dengan cepat dan hanya tumbuh kuping kecil, jadi ia tidak akan gatal sangat.
  • Biarkan luka berbalut penting untuk memastikannya bersih, supaya luka tiada jangkitan.
  • Akhir sekali, anda boleh cuba ubat tanpa preskripsi seperti krim anti-gatal atau minyak vitamin E. Ini boleh membantu melindungi dan menenangkan kegatalan. Urut lembut luka anda semasa anda menyapunya supaya ia rasa lega.

Pertolongan cemas

Bagi menyembuhkan luka anda, beberapa pertolongan cemas adalah diperlukan.

  • Hentikan pendarahan dengan menekan perlahan-lahan luka secara berterusan, dengan menggunakan kain kasa atau kain bersih, selama 20-30 minit. Jika anda menggerakkan pakaian untuk memeriksa luka, ini akan menggerakkan juga gumpalan dan pendarahan akan berlaku lagi. Segera dapatkan bantuan perubatan jika pendarahan tidak berhenti.
  • Bersihkan luka dengan meletakkan kawasan luka di bawah air mengalir, yang dingin. Bersihkan kawasan sekeliling luka menggunakan kain kasa atau sabun dan kain.
  • Sapukan antibiotik. Letakkan lapisan nipis krim antibiotik topikal. Ini dapat membantumencegah jangkitan dan membantu proses penyembuhan.
  • Balut luka. Sentiasa letak pelekat pada luka. Jika luka sudah mula baik, kemudian anda boleh membiarkan terdedah kepada udara untuk membantu penyembuhan dan ketika ini pelekat atau pembalut tidak lagi diperlukan.
  • Tukar pembalut setiap hari atau apabila ia kotor atau basah. Anda tidak perlu membalut luka selepas kuping terbentuk.
  • Dapatkan jahitan untuk luka dalam yang lebih daripada 1/4 inch dalam atau jika mempunyai pinggir yang tidak sama. Ini perlu dibuat segera selepas kemalangan untuk mengelakkan jangkitan.

Why do wounds itch when they are healing

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy

    DARI PAKAR Morteza Tafakory

    Saraf Siatik

    Saraf Siatik Saraf siatik adalah saraf besar yang berasal dari saraf tunjang distal dan memanjang sepanjang hampir seluruh anggota badan belakang. Dalam kebanyakan vertebrata, ia adalah cabang utama dari pleksus ...

    Ditulis oleh Morteza Tafakory
    the-sciatic-nerve

    Kenali Organ-Organ Anda: Buah Pinggang

    Semua orang tahu bahawa sesetengah organ adalah penting untuk kemandirian anda: Otak, Jantung, Paru-paru, Buah pinggang…. BUAH PINGGANG? Tepat sekali. Walaupun anda tidak akan jumpa kad hari Valentine yang ...

    Ditulis oleh Morteza Tafakory
    buah pinggang

    Fleksibiliti Tubuh Badan

    Jika anda mengalami masalah dalam fleksibiliti tubuh badan, anda tidak keseorangan. Otot hamstring, bahu atau otot lain tegang Badan berasa keras dan sukar untuk bergerak Pergerakan fizikal terbatas Kebanyakan ...

    Ditulis oleh Morteza Tafakory

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Betul Ke Jika Makan Kicap, Parut Luka Seperti Chicken Pox Jadi Lebih Gelap?

    Ada yang menyatakan jika anda mempunyai parut luka atau mendapat chicken pox, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap soya. Adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/11/2019 . 2 minit bacaan

    Tip Penjagaan Luka: Pemilihan Makanan

    Bagaimana memilih makanan terbaik untuk membantu penjagaan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka? Ikuti artikel ini untuk mengetahui tip penjagaan luka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 14/05/2019 . 2 minit bacaan

    Luka Lambat Sembuh: Mengapa ia Terjadi?

    Pernahkah anda berdepan keadaan di mana luka lambat sembuh? Jika pernah, mengapakah ia terjadi? Apakah punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 10/05/2019 . 3 minit bacaan

    5 Mitos Ibu Bapa TIDAK Boleh Percaya Ketika Merawat Luka Anak!

    Terdapat banyak mitos mengenai cara merawat luka anak. Pun begitu, ibu bapa jangan sewenang-wenangnya percaya. Ia mungkin akan mendatangkan bahaya lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr Aqilah
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penjagaan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 08/03/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    luka kencing manis

    Luka Lambat Sembuh? Hati-hati, Ia Mungkin Tanda Anda Menghidap Kencing Manis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    cara merawat luka melecur

    PANAS, Kulit Terkena Ekzos Kenderaan? Ikut 5 Langkah Ini Untuk Merawat Luka Melecur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/09/2020 . 3 minit bacaan
    kebaikan aloe vera

    Daun Lidah Buaya Bukan Setakat Bagus Untuk Rambut & Kulit, Tapi Boleh Juga Rawat Luka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
    trauma

    Trauma Atau Kecederaan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 3 minit bacaan