6 Sebab Anda Perlu Kurangkan Minum Air Berkarbonat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/04/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Minuman air berkarbonat atau juga sering dikenali sebagai air gas adalah sangat popular dalam kalangan masyarakat, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Warna dan rupa yang menarik serta rasa yang enak lagi menyegarkan tentu membuatkan ramai membeli air ini untuk dijadikan penghilang dahaga di bawah sinar matahari yang panas.

Walau bagaimanapun, ia sebenarnya bukanlah satu pilihan yang sihat jika dibandingkan dengan minuman lain. Mengapa? Ikuti sebab berikut mengapa anda perlu kurangkan minum air berkarbonat.

1. Tinggi kalori tanpa nutrisi

Sebotol air gas 600 ml mengandungi 17 sudu teh gula dan 240 kalori. Apa yang lebih menyedihkan adalah ia tidak mengandungi nilai gizi untuk badan. Untuk membakar sebanyak 240 kalori itu, anda perlu berjalan selama satu jam.

2. Air berkarbonat meningkatkan risiko obesiti

Setiap penambahan gula dan kalori akan menambahkan berat badan tidak dibakar dan digunakan. Kanak-kanak dan remaja khususnya sangat gemar mengambil air gas. Mereka lebih berisiko untuk mengalami obesiti. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2017, 1 daripada 3 remaja sekolah menengah di Malaysia mengambil air berkarbonat sekurang-kurangnya sekali sehari.

3. Risiko kencing manis meningkat

Di Malaysia, terdapat kes di mana seorang remaja berusia 13 tahun menghidap kencing manis. Pada usia yang sangat muda ini, beliau terpaksa meninggalkan banyak perkara disebabkan keterbatasan yang dialami akibat keadaan kesihatannya. Air gas yang diambilnya setiap hari sejak kecil telah meletakkannya pada risiko yang tinggi.

4. Menambah risiko penyakit jantung

Kajian yang dijalankan di Amerika mendapati hubungan yang rapat antara air berkarbonat dan penyakit jantung. Menurut kajian tersebut, mengambil 3 tin air gas sehari meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 3 kali ganda.

5. Kanak-kanak menjadi lebih agresif

Air gas berpotensi membuatkan kanak-kanak menjadi terlebih aktif dan juga berkemungkinan lebih agresif berbanding kanak-kanak lain. Mereka juga mempunyai kecenderungan untuk menggunakan objek-objek bahaya.

6. Tidak sihat untuk gigi anda

Minuman ini mempunyai pH yang rendah sehingga 2.5. Ini menjadikan ia minuman berasid dan boleh merosakkan lapisan enamel pada gigi.

Menjalani kehidupan sihat bukan bermakna anda tidak boleh menikmati makanan dan minuman yang enak. Masih banyak alternatif kepada air berkarbonat di pasaran. Bukan sahaja sihat, bahkan juga enak serta menghilangkan dahaga. Tidak salah untuk minum ais gas, tetapi jangan sampai setiap hari!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bukan Sekadar Kopi, Kenali Sumber Kafein yang Lain

    Tahukah anda, variasi dalam genetik menyebabkan 70% daripada populasi dunia terkesan dengan ransangan kafein manakala selebihnya tidak. Kajian mendapati ini adalah disebabkan perbezaan pada gen ADORA2A yang dikaitkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 26/03/2019 . 2 minit bacaan

    Minuman Panas Dipercayai Meningkatkan Risiko Kanser Esofagus – Kajian

    Rasa 'ump' bila dapat minuman panas seperti teh, kopi dan milo. Namun tahukah anda ia meningkatkan risiko kanser esofagus dan menyebabkan kematian.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 27/08/2018 . 2 minit bacaan

    Nak Ambil Minuman Berkarbonat Tanpa Gula, Waspada Ia Juga Boleh Mempengaruhi Kesihatan Anda

    Minuman berkarbonat kurang manis atau kurang gula, adakah ia bagus untuk kesihatan diri atau memburukkan lagi tubuh badan anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 06/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pemanis buatan

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/05/2020 . 3 minit bacaan

    Mahu Turunkan Risiko Diabetes? – Tukar Minuman Bergula Dengan 2 Minuman Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/10/2019 . 2 minit bacaan

    Anda Pasti Ingin Kurang Minum Minuman Berkarbonat Setelah Tahu Satu Benda Penting Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 17/09/2019 . 2 minit bacaan
    minuman manis

    Minuman Manis Berkalori Rendah: Baik atau Tidak?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/05/2019 . 3 minit bacaan