Kit Kecemasan Sewaktu Percutian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 06/04/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Tidak kira di mana destinasi percutian anda, sama ada dalam atau luar negara, anda masih berisiko untuk jatuh sakit atau tercedera. Untuk menikmati perjalanan anda sebaiknya, jangan biarkan kesihatan anda menjadi halangan. Artikel kami akan membantu anda melengkapkan diri dengan kit kecemasan yang penting untuk lawatan anda.

Menilai sebelum menyediakan kit kecemasan

Jenis-jenis dan bilangan produk yang akan berada dalam kit perubatan anda bergantung kepada gaya perjalanan anda dan destinasinya. Jika anda merancang untuk perkhemahan, mendaki, atau meneroka alam semula jadi, anda perlukan barang perubatan tertentu yang tidak sama jika anda melawat beberapa bandar-bandar moden popular. Selain itu, perkara yang anda bawa untuk lawatan ke seluruh negara anda akan berbeza berbanding lawatan ke kawasan liar di Asia atau Afrika. Satu lagi perkara yang perlu dinilai ialah status kesihatan semasa anda. Anda perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan bagi sebarang jenis alahan atau faktor risiko kesihatan anda yang boleh tercetus apabila keluar dari zon selesa anda.

Kit kecemasan asas

Beberapa perkara yang perlu dimasukkan dalam kit asas untuk lawatan bandar, atau lawatan pendek:

  • Pil tahan sakit: Untuk sakit kepala secara tiba-tiba.
  • Ubat perut. Untuk masalah perut anda disebabkan oleh beberapa makanan dan minuman jalanan. Dan untuk jet lag anda.
  • Ubat selesema atau flu : Untuk perubahan cuaca.
  • Pencegah kehamilan: Kondom, pil, atau kedua-duanya.
  • Vitamin: Untuk tekanan sewaktu perjalanan, perubahan masa, dan pengangkutan awam, dan diet anda.
  • Pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya 15 SPF.

Ubat tambahan untuk dipertimbangkan:

  • Antibiotik: Untuk cirit-birit di tempat dengan makanan dan air tidak bersih.
  • Krim Anti-gatal: Untuk tindak balas kulit yang ringan dan gigitan pepijat, terutamanya ketika melawat destinasi terdedah kepada nyamuk.
  • Cipro: Antibiotik untuk pengembara. Untuk beberapa penyakit tertentu, tetapi hanya digunakan dengan saranan doktor.
  • Probiotik: Untuk perut anda tetapi dapatkan jenis yang tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.
  • Gel antibakteria: Untuk luka-luka kecil dan melecet apabila anda berada di tempat yang tidak begitu bersih.
  • Tablet Mabuk Perjalanan: Untuk perjalanan laut dan perjalanan jauh melalui pergunungan atau kawasan berbukit.
  • Dekongestan: Untuk hidung tersumbat.
  • Tablet pembersihan air: Untuk tempat di mana anda tidak disediakan dengan air yang mencukupi.
  • Ubat anti malaria
  • Pil tidur/sedatif
  • Ubat anti-kebimbangan (anti-anxiety)

Beberapa alatan perubatan lain yang perlu dimasukkan ke dalam kit anda adalah pembalut luka, cucian luka termasuk alkohol atau iodin, pad kain kasa atau gulung, pita pelekat. Gunting kecil, tajam dengan hujung bulat dan forsep juga perlu.

Tips untuk pembungkusan kit kecemasan anda

  • Lawati pakar kesihatan pelancongan untuk perundingan.
  • Pilih tablet berbanding cecair, krim, atau gel. Uncang dan tablet dilapisi lemak lebih disyorkan berbanding tiub dan botol.
  • Pertimbangkan saiz sampel yang  akan anda ambil.
  • Jangan tinggalkan panduan penggunaan ubat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sakit Selepas Bercuti, Apa yang Perlu Dilakukan?

    Percutian sentiasa membawa kita kepada pengalaman yang hebat dan kenangan yang manis, malah kadang-kadang kita pulang dengan banyak cenderahati. Anda tidak perlu risau kerana kebanyakan penyakit pasca perjalanan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 18/02/2019 . 2 minit bacaan

    Tip Menguruskan Kegelisahan Sebelum Bercuti

    Anda telah merancang dan mengharapkan percutian anda selama berbulan-bulan, dan kini masanya telah tiba tetapi anda tidak berasa begitu yakin tentang diri dan pilihan anda. Ini perkara biasa, walaupun kerap mengembara ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 31/01/2019 . 2 minit bacaan

    Enam Tip Bercuti Untuk Pesakit Diabetes

    Bercuti adalah acara istimewa untuk ahli keluarga bersatu semula, bersenang-senang dan mencipta kenangan. Walaubagaimanapun, kita tidak sepatutnya mengabaikan kesihatan kita, terutamanya untuk penyakit kencing manis ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Bagaimana Ingin Bercuti Tanpa Stres?

    Tahun 2018 bakal melabuhkan tirai dalam 2 minggu sahaja lagi, cuti sekolah juga bakal berakhir. Dengan berbaki cuti yang ada, tentu anda ingin menggunakan peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan orang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/12/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    argh-esok-kembali-bekerja

    Argh, Esok Kembali Bekerja Tapi Masih Dalam Mood Bercuti. Apa Perlu Dilakukan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2020 . 4 minit bacaan
    cuti, penyakit kardiovaskular

    Manfaatkan Cuti Tahunan Anda, Elak Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/11/2019 . 3 minit bacaan
    rakan

    Bagaimana Nak Buat Kawan Ketika Travel Secara Solo?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/11/2019 . 2 minit bacaan
    pertolongan cemas

    Pertolongan Cemas: Bantuan Asas Menyelamatkan Nyawa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 19/02/2019 . 8 minit bacaan