Ketawa merupakan perbuatan yang jauh sekali berbeza dengan menangis. Dalam erti kata yang lain, anda tidak boleh ketawa jika anda menangis atau sebaliknya. Ya, ia mungkin masih boleh berlaku. Seperti contoh, tangisan dalam kegembiraan boleh mengundang ketawa pada akhirnya. Selain itu, ia juga boleh berlaku kepada individu yang sudah putus asa dan reaksi ketawa sambil menangis itu adalah lebih kepada teriakan terhadap kegagalan mereka.
Ketawa bersinonim dengan perasaan suka tanpa melibatkan kegelisahan, kebimbangan atau kemarahan. Jika anda berasa stres, cuba ketawa dan lihat kesannya. Anda dengan serta-merta akan berfikir bahawa tidak semua perkara perlu dipandang terlalu serius pada setiap masa dan perasaan kita sebenarnya boleh dikawal. Anda boleh pergi bekerja dengan muka yang masam atau senyuman yang manis. Perkara kecil sebegini sebenarnya adalah penentu sama ada hari anda akan dilalui dengan cara yang baik atau buruk. Pilihan terletak di tangan anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen