Selalu Dibebel Pasangan Sebab ASYIK Main Video Game? Ini 4 Sebab NEGATIF Anda Perlu Kurangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 24/02/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Jika anda salah seorang daripada pengikut setia laman sosial Johan Raja Lawak, mesti anda pernah tengok satu video di mana dia terkelu saat dibebel oleh isterinya, Ozlynn ketika sedang live streaming permainan video di Facebook, bukan?

Johan yang ketika itu sedang asyik bermain video game bola sepak popular iaitu FIFA sambil diperhatikan ribuan penonton di live streaming kelolaannya, tiba-tiba terkejut dan terganggu apabila Ozlynn masuk ke dalam bilik lalu membebel kepadanya.

Antara bebelan yang dapat kita dengar adalah Ozlynn mengatakan kalau suaminya itu terlalu leka bermain game, ia bagaikan tiada hari esok. Johan kemudian membalas dengan mengatakan itu adalah permainan terakhir pada malam itu.  

I peduli apa you live ke tidak, dari tadi I tunggu you. Main game, main game sampai pukul berapa pagi. Lepas tu subuh susah, liat nak bangun!”, bebel Ozlynn lagi.

Netizen yang ketika itu sedang menonton gelagat mereka berdua ini, terhibur dan dalam masa yang sama bersimpati terhadap nasib yang menimpa pelawak ini.

Klik link di bawah untuk video penuh:

Kredit: JomViral

Bebelan Ozlynn kepada Johan penuh makna tersembunyi

Mungkin dari satu aspek, kita akan berasa bebelan yang dilontarkan kepada Johan itu sebagai lucu dan kelakar. Namun, sebenarnya ia penuh makna yang tersembunyi.

Jika difikirkan secara lebih mendalam, ada betulnya juga apa yang diperkatakan Ozlynn. Tidak salah untuk bermain permainan video, cuma ada batas dan hadnya.

Kenapa? Ini kerana memang benar video games yang sudah sangat popular dalam semua lapisan masyarakat kini adalah satu cara untuk mengisi waktu lapang. Namun, di sebaliknya tersembunyi banyak lagi kesan negatif permainan video!

Kesan negatif permainan video yang kita mungkin tidak tahu

kesan negatif permainan video

Menurut pelbagai kajian sekitar 10 tahun kebelakangan ini, kita sering dimomokkan dengan kebaikan bermain video games seperti mampu meningkatkan daya ingatan jangka pendek, keupayaan pengawalan motor tubuh badan serta kemampuan visual-spasial.

Namun, ia turut hadir bersama pelbagai risiko yang lain. Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Molecular Psychiatry, saintis mendapati bahawa kesan negatif permainan video boleh menjejaskan otak kita.

Berikut merupakan beberapa sebab mengapa kita perlu kurangkan bermain permainan video:

#1. Ia menyebabkan pelbagai masalah kesihatan

Jika anak, rakan atau pasangan anda sangat kerap bermain video games, minta mereka kurangkannya. Ini kerana ia mampu menjejaskan tahap kesihatan!

Bayangkan, jika individu yang dekat dengan anda ini mengahabiskan masa terluangnya untuk bermain permainan video, sudah pasti mereka akan mengabaikan waktu tidur dan waktu makan mereka, bukan? Ini adalah satu perbuatan yang sangat tidak bagus.

Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Texas di Dallas, ketagihan bermain video games akan meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan seperti sakit kepala, sakit belakang, sengal-sengal mata (eyestrain) dan sindrom carpal tunnel

Dalam pada itu, sudah pasti akan berlaku pelbagai lagi penyakit sekiranya waktu makan dan waktu tidur selalu diabaikan. Jadi, fikir sebaiknya sebelum memulakan permainan anda.

#2. Ia menjatuhkan prestasi di sekolah atau tempat kerja

Bermain video games terlalu kerap dan lama sudah pasti akan menjatuhkan prestasi individu di sekolah atau tempat kerja. Ini kerana mereka tentu sahaja akan kepenatan kerana berjaga sepanjang malam ekoran terlalu leka bermain.

Ia tentu sekali akan membuatkan guru di sekolah dan bos di tempat kerja anda tidak berpuas hati dengan anda. Kesannya, ia akan membuat anda tampak tidak fokus dan masa depan anda mungkin akan gelap. Masih mahu bermain?

#3. Ia menjadikan individu lebih agresif

Menurut Richard Gallagher yang merupakan pengarah NYU Child Study Center’s Parenting Institute, kesan negatif permainan video yang lain adalah membuat perilaku individu yang bermainnya menjadi lebih agresif. Jadi, beringatlah sebelum terlambat.

Tiada siapa yang suka dekat dengan individu agresif bukan? Jadi, ini tentu sekali akan membuat orang di sekeliling menjauhi anda. Ini seterusnya akan merosakkan tali persahabatan dan perhubungan dengan masyarakat di sekeliling.

#4. Permainan video menjejaskan perhubungan suami isteri 

Ini adalah sebab utama mengapa Ozlynn membebel kepada Johan yang sangat asyik bermain permainan video dan tidak mengendahkannya.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Leisure Research, kira-kira 75% isteri daripada 100 pasangan yang dikaji menyatakan bahawa mereka sangat berharap agar suami mereka mengurangkan masa bermain video games.

Ini kerana aktiviti yang ternyata tidak sihat ini adalah punca utama kebanyakan pergaduhan antara mereka terjadi. Kebiasaannya, pergaduhan ini disebabkan oleh suami yang mengabaikan isteri akibat terlalu leka bermain permainan video.

Jadi, tentu sekali ia adalah antara kesan negatif permainan video yang perlu dielakkan!

Permainan video boleh menjejaskan kehidupan 

Kesimpulannya, kita tidak dapat nafikan video games adalah aktiviti masa lapang yang ada manfaatnya terhadap individu dari pelbagai aspek.

Pun begitu, kita juga tidak boleh terlepas pandang bahawa terdapat lebih banyak kesan negatif permainan video, terutamanya buat pasangan yang sudah berkahwin.

Adakah anda sebagai suami mahu isteri selalu membebel akibat ketagihan anda bermain permainan video? Sekali-sekala ia mungkin kedengaran seperti nasihat, namun adakah anda mahu menunggu sehingga isteri anda itu berubah menjadi seperti singa kelaparan?

Tiada siapa yang berani mendekati seorang wanita yang sedang marah. Lihat sahaja contohnya pada Johan dan Ozlynn. Jadi, fikirkan masak-masak sebelum memasang konsol permainan video anda itu, okay!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

    Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tahan Nafsu Jika Dijangkiti Herpes, Betul Ke Tak Boleh Bersama Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

    Anda mungkin belum tahu apa itu herpes dan boleh atau tidak buat seks dengan pasangan jika terkena penyakit ini? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

    Ada kajian yang kata wanita 40an lebih aktif & puas secara seksual. Adakah ia benar atau tidak? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kaki Game, Ini 11 Tanda Anda Sedang Alami Ketagihan Game! Sila Berpada-pada

    Permainan video untuk isi masa lapang? Jika anda alami salah satu daripada 11 tanda ini, ini bermaksud bahawa anda sedang ketagihan game!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    tanda wanita ghairah

    Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan