Keracunan Karbon Monoksida

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Apakah itu karbon monoksida?

Karbon monoksida ialah sejenis gas toksik yang tidak mempunyai rasa atau bau. Menyedut karbon monoksida dalam kadar yang tinggi boleh mengancam nyawa seseorang. Selepas anda menyedut karbon monoksida, ia akan masuk ke dalam darah dan mengikat hemoglobin sehingga membentuk karboksihemoglobin. Memandangkan hemoglobin bertanggungjawab membawa oksigen kepada organ, apabila karboksihemoglobin terbentuk, darah anda kehilangan kapasiti untuk membawa oksigen. Bekalan oksigen yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sel rosak dan mati.

Dari mana karbon monoksida berasal?

Apabila anda membakar bahan api, anda menghasilkan asap yang mengandungi karbon monoksida. Pengumpulan karbon monoksida di dalam rumah boleh menjadi racun bagi manusia dan haiwan.

Bagaimana saya ingin tahu bahawa saya sedang keracunan karbon monoksida?

Terdedah kepada kadar karbon monoksida yang rendah kebiasaannya tidak menyebabkan simptom yang boleh dilihat. Keracunan ringan karbon monoksida boleh menyebabkan sakit kepala. Simptom-simptomnya termasuk pening lalat, mual, muntah, lemah, sakit abdomen, sakit dada, sesak nafas dan kekeliruan. Jika anda menyedut kadar karbon monoksida yang tinggi, ia boleh membawa maut. Keracunan karbon monoksida semasa tidur atau mabuk kebiasaannya menyebabkan maut sebelum simptom-simptom lain dapat dilihat.

Bagaimana ingin mencegah keracunan karbon monoksida?

  • Pasang pengesan karbon monoksida di dalam rumah anda dan periksa baterinya secara berkala. Letakkannya di tempat di mana ia boleh membangunkan anda jika ada kecemasan seperti berhampiran bilik tidur. Dapatkan pengesan baru setiap 5 tahun.
  • Jangan gunakan pemanas kimia tanpa api mudah alih di dalam rumah.
  • Jika anda bau sesuatu yang bocor dari peti sejuk gas, sila hubungi pakar. Peti sejuk gas anda mungkin melepaskan karbon monoksida.
  • Apabila anda membeli perkakas gas, sila baca labelnya dengan baik untuk memastikan ia sudah diuji oleh badan penguji yang berkelayakan.
  • Dapatkan servis profesional untuk memasang perkakas gas bagi memastikan ia dipasang dengan baik.
  • Jika anda mempunyai cerobong asap (chimney) di dalam rumah, sila periksa dan bersihkannya setiap tahun untuk mengelakkan pengumpulan karbon monoksida.
  • Jika paip gas rosak, sila dapatkan bantuan profesional. Jangan cuba untuk menutupnya dengan soletap kerana ia boleh menyebabkan karbon monoksida terkumpul di dalam rumah anda.
  • Jangan gunakan dapur gas atau oven untuk membakar.
  • Jangan bakar arang di kawasan tertutup. Ia boleh melepaskan kadar karbon monoksida yang tinggi.
  • Dapur gas mudah alih tidak harus digunakan di tempat tertutup.
  • Jangan gunakan penjana (generator) di dalam kawasan tertutup atau kurang 6 meter dari tingkap, pintu atau paip.
  • Pastikan kereta anda diperiksa oleh mekanik secara berkala untuk memastikan sistem ekzoz berfungsi dengan baik dan tidak mempunyai kebocoran.
  • Jangan hidupkan kereta anda di dalam tempat tertutup.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    jerebu

    Tip Menghadapi Jerebu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 23/07/2018 . 2 minit bacaan