Jangan Hancurkan Harapan Anak Sindrom Down

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Mempunyai anak sindrom Down tidak mudah. Saat menerima berita anak yang bakal dilahirkan adalah berbeza daripada bayi normal, fikiran ibu dan bapa tentunya runsing memikirkan tentang masa depan yang tidak menentu.

Itu baru apa yang berlaku pada ibu dan bapa. Stigma masyarakat pula mungkin sedikit sebanyak menghilangkan motivasi dan semangat bukan sahaja penjaga, malah juga anak itu sendiri.

Anak adalah anugerah

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Apa pun keadaan seorang anak, itu merupakan harta yang tidak ternilai. Berapa ramai orang di luar sana yang berusaha untuk mendapat anak tetapi berakhir dengan kebuntuan.

Perkara pertama yang perlu disematkan ke dalam jiwa adalah menerima apa yang diberikan dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif. Hanya dengan itulah anda boleh bergerak ke hadapan dan menghadapinya dengan lebih tenang.

Sindrom Down mungkin tidak seperti yang anda sangkakan

Anak-anak sindrom Down boleh berjalan dan berlari seperti biasa malah boleh bersukan, walaupun mungkin perkembangannya sedikit lambat berbanding kanak-kanak lain. Mereka juga masih boleh membaca dan menulis.

Melalui pendidikan dan latihan yang baik, penghidap sindrom Down juga boleh bekerja dengan bantuan yang terhad daripada keluarga atau masyarakat. Ada juga peratusan kecil yang mampu hidup berdikari sepenuhnya.

Manakala purata jangkaan umur penghidap sindrom ini menghampiri 60 tahun, menurut kajian di dalam European Journal of Public Health.

Video ihsan daripada laman YouTube Canadian Down Syndrome

Berikan mereka harapan

Ibu bapa dan keluarga perlu memberikan sokongan dan mencari jalan terbaik untuk membantu anak-anak istimewa ini. Pusat pendidikan yang sesuai harus dikenal pasti bagi menjamin masa depan mereka, sama ada sekolah kerajaan atau swasta, mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing.

Masyarakat juga harus bekerjasama dalam membela nasib anak-anak ini. Kehadiran mereka sebenarnya memberikan kelainan dan kepelbagaian di dalam masyarakat. Anak-anak harus dibiarkan bergaul dengan mereka tanpa sikap prejudis atau memandang rendah. Ini bahkan akan membina lagi sifat kasih sayang dan empati di dalam diri mereka.

Kemudahan dan pusat-pusat pendidikan pula hendaklah diperkasa serta diperkaya demi menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap ahli masyarakat berhak mendapatkan kemudahan dan pendidikan yang sempurna, termasuk kanak-kanak sindrom Down.

Kita sentiasa berharap agar tiada lagi penyelasan dan kerisauan bagi ibu dan bapa yang mendapat anak kelainan upaya kerana mereka tahu bahawa anak-anak mereka mempunyai masa depan yang cerah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kanak-Kanak Istimewa Cerebral Palsy: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mereka

    Apabila terjumpa seseorang yang menghidap cerebral palsy, berikut adalah 5 perkara penting yang perlu anda tahu tentang penyakit mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/10/2019 . 2 minit bacaan

    Nora Anne Quoirin: Kehilangan yang Membuka Mata Ramai Pihak

    Berita kehilangan seorang remaja Ireland yang bernama Nora Anne Quoirin telah mengejutkan negara apabila tubuhnya telah ditemukan pada 13 Ogos 2019

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Berita, Berita Tempatan 15/08/2019 . 3 minit bacaan

    Adakah Gangguan Autisme Boleh Sembuh Jika Tanda-Tanda Dikesan Lebih Awal Pada Anak?

    Autisme merupakan satu kondisi yang sangat membimbangkan ibu bapa. Persoalannya, adakah anak autisme boleh sembuh jika ia dikesal dengan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 03/04/2019 . 3 minit bacaan

    Sindrom Patau: Lebihan Bilangan Kromosom 13

    Mungkin ini kali pertama anda mendengar sindrom Patau. Ia memang sangat jarang berlaku, iaitu 1 dalam 5,000 kelahiran berbanding sindrom Down, 1 dalam 1,000 kelahiran. Sindrom Patau, seperti sindrom Down dan sindrom ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 12/12/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    telur wanita

    Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    6 Salah Faham Tentang Sindrom Down Yang Ramai Percaya, No #4 Tolonglah BERHENTI Percaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/10/2019 . 2 minit bacaan
    penghidap sindrom down

    Bolehkah Individu Sindrom Down Tinggal Bersendirian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/10/2019 . 2 minit bacaan
    penghidap sindrom down

    Ini 5 Perkara Sebenar Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penghidap Sindrom Down

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/10/2019 . 2 minit bacaan