backup og meta

Anak Istimewa Sindrom Down Berisiko Alami 6 Masalah Kesihatan Ini, Parents Kena Peka

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/01/2023

    Anak Istimewa Sindrom Down Berisiko Alami 6 Masalah Kesihatan Ini, Parents Kena Peka

    Terdapat beberapa isu masalah kesihatan boleh terjadi kepada anak istimewa kesan sindrom down yang dialami. Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Kesan sindrom down dalam kesihatan

    Di samping aspek fizikal dan intelektual yang ada pada penghidap sindrom Down, mereka juga mempunyai beberapa risiko kesihatan yang lain. Namun, risikonya adalah berbeza bagi setiap orang.

    1. Masalah jantung

    Hampir separuh daripada kanak-kanak sindrom Down mempunyai penyakit jantung kongenital (CHD).

    Ini termasuk jantung berlubang (VSD, ASD, AVSD) dan patent ductus arteriosus (PDA). Sekitar 10% hingga 15% daripadanya pula mengalami masalah jantung serius seperti transposition of great arteries (TGA) dan tetralogy of fallot (TOF).

    Bagi penyakit yang serius, pembedahan perlu dilakukan untuk memastikan kelangsungan hidup yang lebih baik.

    Keadaan jantung berlubang biasa pula sebahagiannya boleh sembuh tanpa apa-apa rawatan.

    Disebabkan peratusan yang tinggi, kanak-kanak sindrom Down perlu melalui ujian saringan ultrasound jantung untuk mengesan masalah lebih awal, jika ada.

    kesan sindrom down

    2. Jangkitan

    Masalah sindrom down menyebabkan sistem imun mereka adalah lebih lemah berbanding bayi lain. Jangkitan lebih kerap berlaku dan perlu segera dirawat.

    Antara jangkitan yang kerap berlaku adalah paru-paru, pundi kencing dan kulit. Pastikan vaksin diberikan kepada mereka bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan.

    3. Masalah penglihatan, antara kesan sindrom down

    Kanak-kanak sindrom Down lebih cenderung mengalami masalah penglihatan seperti rabun, silau dan katarak.

    kesan sindrom down

    Maka, pemeriksaan mata oleh doktor adalah disyorkan sejak di peringkat awal dan dilakukan secara berkala. Pembedahan, cermin mata dan rawatan lain boleh menangani keadaan ini.

    4. Masalah pendengaran

    Ia boleh disebabkan oleh banyak faktor. Ini termasuk kelainan pada struktur telinga dan sistem imun yang lemah.

    Pemeriksaan awal adalah sangat penting kerana pendengaran yang baik adalah penting dalam proses pembesaran dan pembelajaran, terutamanya percakapan, bahasa dan skil sosial.

    Mereka berisiko lambat mendapat kosa kata dan percakapan yang jelas.

    5. Hipotiroid

    Tiroid atau thyroid adalah kelenjar yang terletak di bahagian depan tengkuk. Ia merembaskan hormon tiroid yang berperanan mengawal banyak perkara termasuk suhu badan dan dan tenaga.

    Hormon ini juga sangat penting untuk perkembangan mental bayi. Saringan hormon tiroid bagi semua bayi membantu mengesan dan merawat masalah ini.

    Bayi yang mengalami hipotiroid (kurang hormon tiroid) perlu mengambil pil hormon terbabit seumur hidup.

    Kesan sindrom down #6. Otot lemah

    Keadaan ini membuatkan mereka lambat merangkak, duduk dan berjalan. Walau bagaimanapun, mereka masih mampu berjalan seperti biasa akhirnya.

    Selain itu, keadaan otot yang lemah dan kecenderungan menjelirkan lidah membuatkan proses menyusu dan memberi makan mungkin agak sulit.

    kesan sindrom down

    Mereka mungkin memerlukan suplemen untuk memastikan zat dan nutrisi yang cukup. Namun, sila berbincang dahulu dengan doktor atau pakar pemakanan sebelum membuat keputusan.

    Isu kesihatan yang disenaraikan di atas bukanlah bertujuan membuatkan ibu bapa serta ahli keluarga runsing dan bimbang.

    Namun matlamat sebenarnya adalah untuk memastikan semua orang sedar dan berwaspada dengan kemungkinan yang ada, seterusnya mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan