Hipertensi Portal Akibat Gangguan Aliran Darah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Hipertensi portal adalah keadaan yang disebabkan oleh penyakit hati. Ia adalah sejenis tekanan darah tinggi (hipertensi), tetapi bukannya menjejaskan keseluruhan tubuh. Kebanyakannya memberi kesan pada vena (urat) portal dari usus ke hati. Ia adalah komplikasi yang serius terhadap hepatitis alkohol dan sirosis hati, dan boleh menyebabkan pembengkakan dan pendarahan.

Aliran darah melalui hati

Hati menerima darah daripada dua sumber. Darah yang segar adalah daripada jantung, membekalkan keperluan hati itu sendiri. Oleh kerana hati menapis toksin dan memproses nutrien, darah daripada usus dan organ pencernaan lain datang daripada vena portal. Darah dalam vena portal mengalir terus ke hati dan boleh berinteraksi dengan sel hati, hepatocytes. Darah terus melalui hati dan kembali ke jantung dan paru-paru melalui satu set saluran yang berbeza.

Jika laluan ke hati dari usus disekat atau diperlahankan kerana beberapa halangan, maka tekanan dalam sistem vena portal akan bertambah. Dalam sirosis, tisu parut menghalang aliran darah melalui hati dan melambatkan fungsi pemprosesannya. Selain itu, hipertensi portal juga mungkin disebabkan oleh trombosis, atau pembekuan darah yang terbentuk di vena portal.

Adakah hipertensi portal bahaya?

Ya. Ini kerana hipertensi portal boleh menyebabkan pendarahan. Dalam kebanyakan kes, episod pendarahan ini dianggap sebagai kecemasan perubatan kerana kadar kematian (bilangan orang yang mati) dari episod aktif pendarahan varises (pembengkakan pembuluh darah) adalah kira-kira 70%. Varises esofagusl sangat biasa pada orang dengan sirosis dan dianggarkan bahawa satu dari setiap tiga orang yang mempunyai varises akan mengalami pendarahan.

Simptom

Permulaan hipertensi portal mungkin tidak selalu dikaitkan dengan simptom tertentu yang mengenal pasti apa sedang berlaku di hati. Tetapi jika anda mempunyai penyakit hati yang membawa kepada sirosis, peluang untuk mengembangkan hipertensi portal adalah tinggi.

Simptom utama dan komplikasi hipertensi portal termasuk:

  • Pendarahan gastrousus: Hitam, najis atau darah dalam najis; atau muntah darah
  • Ascites: Pengumpulan cecair di dalam perut
  • Ensefalopati: Kekeliruan dan kelalaian yang disebabkan oleh fungsi hati yang lemah dan lencongan aliran darah dari hati
  • Penurunan tahap platelet atau kiraan sel darah putih yang menurun.

Diagnosis dan rawatan

Sesiapa yang mempunyai sirosis yang teruk akan dipantau dengan teliti untuk perkembangan hipertensi portal. Ia biasanya didiagnosis dengan pelbagai ujian makmal, ujian X-ray, dan juga pemeriksaan endoskopik.

Malangnya, kebanyakan punca hipertensi portal tidak dapat dirawat. Sebaliknya, rawatan memberi tumpuan kepada mencegah atau menguruskan komplikasi, terutama pendarahan dari varises. Diet, ubat, terapi endoskopi, pembedahan, dan radiologi semuanya berperanan dalam merawat atau mencegah komplikasi. Rawatan lain bergantung pada keparahan simptom dan bagaimana hati anda berfungsi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hepatitis: Merawat Dengan Diet

    Pesakit yang menderita hepatitis berjangkit akut akan mengalamii hilang selera makan atau anoreksia, mual, muntah, sakit perut, perubahan rasa, demam dan penyakit kuning. Simptom ini menyebabkan kesukaran pengambilan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/09/2018 . 2 minit bacaan

    Komplikasi Dalaman Tubuh Akibat Hepatitis C

    Hepatitis C kronik boleh berlaku secara perlahan-lahan dan menjadikannya sangat berbahaya. Jangkitan virus Hepatitis C (HCV) biasanya berterusan selama beberapa dekad atau lebih lama tanpa menyebabkan simptom hati ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/07/2018 . 2 minit bacaan

    95% Masyarakat Tidak Sedar Dijangkiti Hepatitis C

    Hepatitis C adalah sejenis keradangan hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis C (HCV) dan boleh membawa kepada komplikasi seperti sirosis dan kanser hati jika tidak dirawat. Di Malaysia, terdapat lebih kurang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 06/07/2018 . 2 minit bacaan

    Hepatitis Autoimun

    Kenali apa itu Hepatitis Autoimun. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 31/05/2018 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Hepatitis C

    Malaysia Berdepan Sekatan Ekonomi Amerika Kerana Ubat Generik Hepatitis C?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 13/02/2019 . 2 minit bacaan
    kulit gatal, penyakit hati

    Kulit Gatal Tanda Penyakit Hati?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 24/01/2019 . 2 minit bacaan

    Budd-Chiari Syndrome: Pembuluh Darah Vena Hati Tersumbat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 07/12/2018 . 2 minit bacaan

    Primary Biliary Cholangitis: Penyakit Autoimun Saluran Hempedu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 05/12/2018 . 2 minit bacaan