Gout: Kesengsaraan Bagi Penghidapnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Penyakit gout bukan satu penyakit luar biasa, pastinya anda pernah mendengar mengenainya. Malah anda mungkin salah seorang penghidap gout. Apabila gout menyerang, walaupun hanya melibatkan sendi ibu jari kesannya akan dirasai sehingga ke seluruh badan.

Apa itu gout

Secara ringkasnya, gout terjadi disebabkan asik urik yang berlebihan dalam badan. Asik urik pula adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein dipanggil purin, yang dibuang melalui air kencing.

Namun bagi pesakit gout, asid urik berlebihan ini tidak dibuang sebaliknya berkumpul dalam sendi. Penyakit ini merupakan antara penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak dahulu lagi. Kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun antara yang sering menghidapi penyakit ini dan ia jarang sekali dihidapi kaum wanita sebelum putus haid.

Kesakitan dua peringkat

Bagi Mohd Noorfallah Md Isa, beliau mula berdepan dengan kesakitan ini sejak berusia 26 tahun lagi. Apabila gout menyerang, terdapat dua peringkat kesakitan yang akan beliau hadapi, pertama peringkat sakit yang sedikit.

Pada peringkat ini, kesakitan akan dirasai dibahagian pergelangan kaki dan kesakitan akan berkurangan apabila memakan ubat. Pada ketika ini, beliau masih boleh berjalan dan melakukan aktiviti seperti biasa walaupun terasa kesakitan dibahagian sendi.

Namun jika beliau berdepan dengan peringkat kesakitan yang kedua, iaitu kesakitan yang teramat sangat, akan menyebabkan beliau tidak mampu untuk berjalan langsung. Memilih untuk memakan ubat juga tidak dapat membantu mengurangkan kesakitan. Malah ada ketikanya kesakitan yang dilalui menyebabkannya terpaksa merangkak atau bertongkat untuk bergerak.

Pergerakan beliau sangat terbatas dan segalanya serba tidak kena. Malah menurut beliau jika diberi pilihan, beliau terasa bagaikan ingin mencabut kaki agar tidak merasai kesakitan tersebut. Ada masanya beliau terpaksa mengambil cuti akibat kesakitan yang tidak boleh dibendung dan menbatas pergerakannya untuk melakukan tugasan.

Ubat pengurang kesakitan

Munurut Fallah yang berkerja sebagai juruteknik di TM, kebiasaannya gout menyerang pada waktu pagi selepas bangun tidur atau apabila duduk terlalu lama. Pernah mencuba ubat Allopurinol, namun berhenti menggunakannya apabila mendapat tahu tentang kesan pengambilan ubat tersebut dan kini hanya menggunakan ubat Colchicine apabila gout.

Ujar beliau lagi, soal pemakanan juga memainkan peranan penting untuk menghindari dari terkena serangan gout dan ia berbeza bagi setiap orang. Antara makanan yang cuba dielakkannya adalah seperti ikan bilis, ikan sardin dan beberapa jenis makanan laut lain.

“Gout ini datang bukan terus selepas makan sesuatu makanan. Ada masanya kita makan dalam kuantiti yang banyak, gout tidak menyerang dan ada ketikanya kita cuma mengambil dalam jumlah yang sedikit, terus kena serangan gout. Bagaikan mengisi air di dalam gelas, bila lama air dituang, maka akan penuhlah gelas itu”, jelas beliau.

Bawa kesan dalam kehidupan seharian

Bagi penghidap gout yang berusia 37 tahun ini, walaupun gout bukan satu penyakit yang menyerang pesakitnya setiap namun ia tetap membawa kesan dalam kehidupan seharian. Ini kerana apabila gout menyerang pergerakan akan terbatas sekaligus membantutkan perjalanan tugasan seharian. Lebih malang lagi andai kesakitan itu adalah pada tahap yang paling menyakitkan. Apa yang penting kena pandai jaga pemakanan dan sebolehnya elakkan dari mengambil atau makan sesuatu yang boleh menyebabkan gout.

Allopurinol

Sebagai perkongsian, Allopurinol adalah ubat yang digunakan untuk merawat gout, tahap asid urik yang tinggi dalam badan dan batu karang. Ubat ini juga boleh merawat kekejangan, jangkitan, dan kesakitan yang disebabkan oleh penyakit berkaitan pankreas.

Antara kesan penggunaan ubat Allopurinol yang kurang serius seperti muntah, cirit-birit, mengantuk, sakit kepala, kesakitan otot, perubahan pada deria rasa. Dan penggunaan ubat ini juga boleh mendatangkan kesan serius seperti:

  • Demam, sakit tekak, dan sakit kepala dengan ruam pada kulit, mengelupas, dan kemerahan.
  • Mual, sakit perut pada bahagian atas, kegatalan, hilang selera makan, kehilangan berat badan, air kencing berwarna gelap, najis berwarna gelap dan jaundis.
  • Sakit atau pendarahan apabila membuang air kecil.
  • Kurang kencing atau tidak kencing langsung.
  • Sakit sendi atau simptom selsema.
  • Mudah lebam, pendarahan luar biasa, atau bintik-bintik merah atau ungu di bawah kulit.
  • Sakit otot.

Colchicine

Juga merupakan ubat untuk merawat atau mencegah serangan gout. Ia berfungsi mengurangkan bengkak dan pembentukan hablur asid urik yang menyebabkan sakit pada sendi.

Antara kesan sampingan ubat ini adalah cirit-birit, loya, kekejangan, sakit perut dan muntah. Berhenti mengambil ubat ini jika terdapat kesan sampingan serius yang berlaku seperti:

  • Pendarahan atau lebam yang luar biasa.
  • Cirit-birit atau muntah yang teruk.
  • Lemah atau sakit otot.
  • Pucat atau perubahan warna pada bahagian bibir, lidah atau telapak tangan.
  • Demam dan sakit tekak berterusan.
  • Kadar denyutan jantung yang cepat.
  • Sesak nafas.
  • Masalah berkaitan buah pinggang (perubahan jumlah air kencing).

Jika anda mengalami simptom seperti di atas atau mungkin terdapat kesan lain yang tidak dinyatakan,selepas penggunaan ubat Allopurinol atau Colchicine, sila berjumpa doktor anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Selalu Terkena Serangan GOUT, Ini 5 Tip Untuk Mengurangkan Kesakitan Anda

    Selalu mengalami gout sampai susah nak berjalan. Anda digalakkan untuk amalkan selalu tips dan perkongsian yang berkesan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 04/06/2018 . 2 minit bacaan

    Asid Urik Tinggi Dalam Badan Punca Penyakit Gout, Ia Paling Banyak Menyerang Kaum Lelaki!

    Gout, keradangan artritis yang terjadi apabila asid urik tinggi dalam badan. Pesakit gout akan mengalami rasa sakit, kemerahan, dan pembengkakan sendi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 04/06/2018 . 2 minit bacaan

    Peringatan Untuk Penghidap Penyakit Gout, Jauhi Dari Ambil 4 Jenis Makanan Ini

    Tahuka anda tentang makanan pesakit gout yang harus dielakkan. Jika tidak, kesakitan anda makin menjadi-jadi malah bertambah teruk.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 28/05/2018 . 1 minit bacaan

    Kenacort retard

    Kenali apa itu Kenacort retard. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat A-Z, Ubat/Herba A-Z 27/05/2018 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit gout

    Bukan Orang Dewasa Sahaja, Kanak-kanak Turut Berisiko Menghidapi GOUT!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 14/02/2019 . 3 minit bacaan

    Kaki Bengkak, Tanda Masalah Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 17/12/2018 . 3 minit bacaan

    2 Tin Soda Sehari Meningkatkan Risiko Kegagalan Hati

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 02/10/2018 . 2 minit bacaan
    jus ceri

    Jus Ceri Mampu Mengurangkan Risiko Gout?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 27/08/2018 . 2 minit bacaan