backup og meta

Bagaimana Ingin Merawat Hidung Berdarah Dengan Segera?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/05/2018

    Bagaimana Ingin Merawat Hidung Berdarah Dengan Segera?

    Hidung berdarah adalah satu keadaan kesihatan biasa yang dialami dalam kehidupan. Disebabkan ia seolah-olah menakutkan kerana melibatkan darah, ia sering membuat orang keliru dalam mengendalikannya. Jika anda pun termasuk dalam kalangan mereka yang keliru, jangan pergi sehingga selesai membaca aritikel ini.

    Apakah yang menyebabkan hidung berdarah?

    Hidung berdarah boleh disebabkan oleh trauma dari luar seperti menumbuk ke muka atau trauma dari dalam seperti mengorek hidung.

    Sebab-sebab lain hidung berdarah ialah:

  • Terdedah kepada udara panas dan kering untuk tempoh masa yang panjang.
  • Jangkitan hidung dan sinus.
  • Alahan rinitis.
  • Objek asing tersumbat dalam hidung.
  • Menghembus melalui hidung dengan kuat.
  • Kesan negatif penggunaan kokain.
  • Bagaimana ingin mengendalikan hidung berdarah?

    Prosedur untuk mengendalikan hidung berdarah termasuk 4 langkah seperti di bawah.

    Langkah 1: Duduk tegak dan bersandar ke hadapan.

    Apabila duduk tegak, orang boleh mengurangkan tekanan darah di dalam pembuluh darah hidung. Oleh itu, ia membantu menghentikan pendarahan selanjutnya.

    Langkah 2: Picit hidung.

    Gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk menutup lubang hidung. Cubit hidung selama kira-kira 5 hingga 10 minit. Pada ketika ini, gunakan mulut untuk bernafas. Dengan menutup lubang hidung, orang boleh menghalang aliran darah ke titik pendarahan.

    Langkah 3: Mencegah pendarahan semula.

    Beberapa jam selepas hidung berdarah, jangan pegang hidung atau tunduk ke bawah. Cuba kekalkan kepala dalam kedudukan yang lebih tinggi daripada paras jantung.

    Langkah 4: Mengendalikan pendarahan semula.

    Jika pendarahan semula berlaku, cuba hembus nafas melalui hidung untuk menghilangkan semua darah beku. Gunakan semburan yang mengandungi oxymetazoline . Seterusnya, picit hidung dan dapatkan bantuan perubatan.

    Bilakah perlu mendapatkan rawatan kecemasan?

    Dalam kes-kes berikut, rawatan kecemasan diperlukan:

    • Pendarahan tidak berhenti selepas 20 minit.
    • Hidung berdarah disebabkan oleh kemalangan.

    Bila perlu hubungi doktor?

    Jika anda mengalami hidung berdarah kerap, anda perlu menghubungi doktor. Doktor dalam kes ini boleh mencadangkan vessel cautery. Teknik ini melibatkan penggunaan arus elektrik atau laser untuk membakar salur darah kemudian kain kasa khas digunakan untuk memberikan tekanan kepada saluran darah bagi menghentikan pendarahan.

    Jika seseorang itu menggunakan pencair darah dan mengalami hidung berdarah, doktor kemudiannya boleh menukar atau mengubah dos ubat tersebut.

    Hidung berdarah kebanyakannya hanyalah sebuah gangguan. Namun, ia kadangkala merupakan kesihatan yang sebenar. Oleh itu, di samping mengawal pendarahan, puncanya harus dikenal pasti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/05/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan