Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa bersiar-siar sambil menikmati pemandangan semulajadi dapat meningkatkan fokus anda. Melihat pemandangan dan mendengar bunyi alam semulajadi, dapat menenangkan minda serta memberi banyak manfaat positif kepada otak. Bahkan Dr Marc Berman dan rakan-rakannya di University of Michigan mendapati bahawa berjalan-jalan melalui arboretum (kawasan yang ditanam dengan spesies pokok tertentu untuk tujuan pemuliharaan sumber genetik, pendidikan dan penyelidikan) dapat meningkatkan prestasi seseorang pada ingatan dan ujian tumpuan meningkat hingga 20 peratus. Sebaliknya, apabila berjalan melalui jalan raya yang sibuk di bandar sebagai cara untuk berehat, langsung tiada rangsangan kognitif yang dapat dikesan.
Ini ditambah pula dengan dapatan yang mungkin mengejutkan ini, di mana dengan hanya melihat gambar alam semulajadi di dalam sebuah bilik yang tenang, cukup untuk meningkatkan kecekapan kognitif yang lebih baik berbanding bersiar-siar di jalan bandar yang sibuk.
Dalam kajian susulan, para penyelidik meminta para peserta untuk berehat selama 10 minit di bilik yang tenang dan melihat gambar pemandangan alam atau berjalan di bandar. Hasilnya membuktikan bahawa berehat dengan alam dapat meningkatkan prestasi kognitif, walaupun ia sekadar sekeping gambar yang digantung di dinding. Rangsangan itu tidak banyak berbanding apabila para peserta berjalan kaki di antara pokok-pokok di taman. Secara ringkasnya, jika anda ingin bersiar-siar untuk merehatkan minda, pilihlah taman dengan keindahan semulajadi berbanding hiruk-pikuk jalan bandar yang menyesakkan.
Jangan terlalu fikirkan mengenai manfaat, rehatlah dan nikmati keindahan alam!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen