Awasi Metabolic Syndrome

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Metabolic syndrome (MS) atau sindrom metabolik adalah kumpulan beberapa keadaan yang wujud dalam satu masa pada individu. MS meningkatkan risiko kepada penyakit jantung serta diabetes dan strok. Ia juga dikenali dengan nama dysmetabolic syndromeobesity syndrome dan syndrome X.

Bagaimana metabolic syndrome didiagnosis?

Menurut American Heart Association, mana-mana 3 daripada 5 kriteria berikut yang ditemui di dalam seorang individu akan dikira sebagai MS:

  • Obesiti di bahagian abdomen – ukur lilit pinggang melebihi 102 cm (40 inci) bagi lelaki dan lebih 88 cm (35 inci) bagi wanita.
  • Dislipidemia – kadar trigliserida di dalam darah 150 mg/dL dan ke atas atau sedang mengambil ubat kolesterol.
  • Kolesterol baik (HDL) – 40 mg/dL dan ke bawah bagi lelaki dan 50 mg/dL dan ke bawah bagi wanita.
  • Tekanan darah tinggi – 130/85 mmHg dan ke atas atau sedang mengambil ubat tekanan darah tinggi.
  • Glukosa semasa berpuasa tinggi – 100 mg/dL dan ke atas.

Mempunyai salah satu daripada keadaan di atas tidak bermakna anda mempunyai MS. Walau bagaimanapun, setiap keadaan dia atas meningkatkan risiko kepada penyakit. Semakin banyak, semakin tinggi risiko.

Adakah sindrom ini mempunyai simptom?

Selain daripada obesiti yang mungkin jelas, kriteria atau keadaan lain kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang simptom.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi jarang menyebabkan apa-apa simptom. Kalau ada pun, rasa sakit kepala atau komplikasi seperti serangan jantung dan strok.

Glukosa darah tinggi kadangkala mungkin memberikan beberapa simptom seperti banyak makan dan minum, kerap membuang air kecil, cepat letih dan penglihatan kabur.

Jadi, cara terbaik adalah dengan melakukan pemeriksaan berkala. Ini sahaja langkah untuk mengesan semua keadaan ini dengan awal, seterusnya memulakan intervensi yang sepatutnya.

Adakah metabolic syndrome penting?

Ya, MS adalah sangat penting kerana ia meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung koronari. Pembuluh darah jantung boleh tersumbat menyebabkan oksigen tidak sampai kepada sel-sel jantung. Dalam kata lain, serangan jantung boleh berlaku dan berkemungkinan membawa kepada kegagalan jantung.

Sindrom ini diuruskan dengan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk pemakanan sihat dan aktiviti fizikal. Jika gaya hidup semata-mata tidak berkesan, doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan untuk mengawal kolesterol, tekanan darah dan kadar gula.

Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Kemudian untuk mencegah diabetes jenis 2, jika masih belum berlaku.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Klasifikasi Hipertensi- Ini Cara Nak Tahu Tahap Keterukan Tekanan Darah Tinggi

    Hipertensi terbahagi kepada beberapa tahap. Pengelasan ini dibuat berdasarkan kepada nilai tekanan darah. Jika lebih nilai normal, ia mungkin darah tinggi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    Bahana Ibu Hamil Tidur Berdengkur, Bukan Saja Tingkat Risiko Pre-Eklampsia, Tapi Juga Bersalin C-zer

    Berdengkur 1 perkara biasa. Tetapi jika anda tidur berdengkur semasa hamil, ia mungkin petanda masalah gangguan tidur. Ada risiko perlu anda ambil tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Darah Tinggi, Anda Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Jika anda baru atau sudah lama didiagnosis dengan masalah hipertensi, pasti anda tercari-cari penawar darah tinggi yang berkesan. Ikuti 4 tips ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 05/03/2020 . 4 minit bacaan

    Daun Ketum Boleh Rawat Kencing Manis & Darah Tinggi? JANGAN Biasakan Diri Percaya Bulat-Bulat!

    Ramai individu yang beranggapan, daun ketum boleh merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah sebagai rawatan kencing manis dan hipertensi. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 17/02/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    berat badan wanita hamil

    Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    alat tekanan darah

    Nak Beli Mesin Tekanan Darah Tapi Tak Tau Yang Mana OK? Ini 5 Panduan Pilih Dengan Tepat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/08/2020 . 3 minit bacaan
    bahan kimia

    Ada Sejenis Bahan Kimia DALAM MAKANAN Punca TIDAK SUBUR? Nak Zuriat, Anda Patut Ambil Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
    cara menurunkan gula darah pada ibu hamil

    Ibu Hamil, Nak Turunkan Paras Gula Darah? Ikut 7 Cara Simple Ini, Barulah Tak Alami Diabetes Gestasi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan