Asma: Alternatif Cara Penggunaan Inhaler Yang Terbaharu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Asma adalah sejenis penyakit berkaitan sistem pernafasan yang banyak menyerang individu terutamanya kanak-kanak di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat misalnya, kira-kira 6.2 juta kanak-kanak yang berusia bawah 18 tahun menghidap asma. Bagi kalangan kanak-kanak yang berkulit putih, kira-kira 7.4 peratus daripadanya menghidap penyakit ini. Manakala bagi kalangan kanak-kanak yang berkulit hitam pula, jumlah ini akan meningkat 2 kali ganda iaitu kira-kira 13.4 peratus menghidap penyakit ini.

Menurut Allergy and Asthma Foundation of America, penyakit asma akan menyebabkan sekurang-kurangnya 1.8 juta kemasukan ke bilik kecemasan setiap tahun. Seperti yang dikatakan pada awal artikel, kanak-kanak berkulit hitam adalah 3 kali ganda lebih banyak yang dimasukkan ke hospital akibat asma berbanding kanak-kanak berkulit putih. Kajian ini dilakukan di kawasan St. Louis yang merupakan kawasan tumpuan ramai dan bukannya hanya penduduk di kawasan itu sahaja. Jadi, ia merupakan kajian yang agak menyeluruh.

Seperti yang diketahui oleh kebanyakan individu, penawar kepada serangan asma adalah dengan menggunakan 2 jenis ubat sedutan asma (inhaler) iaitu inhaler steroid dan inhaler bronkodilator. Secara tradisionalnya, individu yang menghidap penyakit ini pada peringkat yang ringan akan mengambil inhaler steroid pada setiap hari dan hanya perlu mengambil inhaler bronkodilator apabila simptom asma berlaku. Pun begitu, ada kajian paling kini yang mengatakan bahawa penderita penyakit ini harus menggunakannya apabila perlu sahaja.

Kajian terbaharu mengenai penggunaan inhaler

Menurut kajian yang dijalankan oleh Washington University School of Medicine di St. Louis, kanak-kanak yang menghidap asma pada peringkat yang ringan hanya perlu menggunakan kedua-dua jenis inhaler ini apabila simptom menyerang sahaja. Ini sangat berbeza daripada metode tradisional yang memerlukan penderita penyakit ini mengambil inhaler steroid pada setiap hari dan inhaler bronkodilator apabila simptom menyerang. Bagi pengkaji, ini adalah tidak relevan kerana asma yang ringan perlu diubati apabila simptom menyerang sahaja.

Menurut Kaharu Sumino yang merupakan profesor dan pengkaji, pengawalan penyakit ini pada peringkat yang ringan hanya memerlukan penggunakan ubat-ubatan yang minimum sahaja. Sebenarnya, penggunaan kedua-dua inhaler apabila simptom menyerang sudah memberi sekurang-kurang 1 per 4 dos steroid yang diperlukan daripada preskripsi pengambilan setiap hari. Ada ahli keluarga dan penderita penyakit ini sendiri telah tampil mengatakan bahawa mereka telah berjaya mengawal simptom penyakit ini selepas mempraktikkan cara ini.

Sudah terdapat banyak uji kaji klinikal yang membuktikan bahawa pengambilan ubat-ubatan asma apabila perlu sahaja sebenarnya adalah sama efektif seperti strategi tradisional yang memerlukan pengambilan sehari-harian. Selain itu, para pengkaji juga menyatakan bahawa cara ini sebenarnya dapat mengurangkan amaun penggunaan ubat-ubatan steroid sebanyak 75 peratus. Persoalannya, adakah cara terbaharu ini boleh berkesan jika dilakukan oleh individu di luar sana?

Ada satu kajian melibatkan 206 kanak-kanak berkulit hitam berusia 6 hingga 17 tahun yang menghidap asma ringan dengan penggunaan inhaler. Kajian ini dilakukan di sekitar kawasan St. Louis dan dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diminta untuk mengambil inhaler steroid beclomethasone apabila simptom menyerang sahaja manakala kumpulan kedua diminta untuk mengambil inhaler steroid beclomethasone ini pada setiap hari. 

Selepas setahun, keputusannya menunjukkan bahawa tiada perbezaan di antara kedua-dua kumpulan ini terhadap pengawalan asma mereka. Selain itu, sistem pernafasan dan paru-paru mereka tidak langsung menunjukkan perubahan yang ketara. Paling penting, sepanjang tempoh kajian dijalankan ini tiada langsung kanak-kanak yang memerlukan rawatan perubatan ekstra akibat serangan penyakit ini daripada mana-mana kumpulan.

Untuk pengetahuan anda, kajian ini juga menunjukkan bahawa cara ini dapat mengurangkan kebergantungan terhadap steroid. Secara puratanya, jumlah steroid jika diambil pada setiap hari adalah 1,961 mikrogram manakala jumlah steroid jika diambil bila perlu sahaja adalah 526 mikrogram. Pengurangan amaun ini adalah sangat bagus kerana steroid juga dikatakan mempunyai kesan sampingan terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Jadi, cara ini adalah yang terbaik jika dilihat dari aspek penggunaan ubat. Paling penting, ia lebih menjimatkan dan sama efektif seperti cara tradisional. Global Initiative for Asthma juga telah memberikan lampu hijau terhadap alternatif ini sebagai rawatan asma yang ringan. Untuk lebih pasti, kajian lanjutan mengenai perkara ini perlu dijalankan oleh pihak yang berkenaan bagi memastikan kesahihan dan keberkesanan cara alternatif ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mengalami Masalah Kencing Yang Teruk? Hati-Hati Ia Mungkin Simptom Kanser Prostat

    Penghidap kanser prostat boleh mengalami simptom yang kelihatan sama dengan masalah prostat yang lain. Ketahui mengenainya melalui artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Prostat, Kanser 22/10/2020 . 5 minit bacaan

    Menghidap Kanser Prostat, Jangan Takut Untuk Buat Saringan & Diagnosis Ini

    Kanser pada kelenjar prostat adalah kanser kedua terlazim didiagnosis di seluruh dunia. Ketahui cara dan prosedur yang dijalankan bagi mendiagnosisnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Prostat, Kanser 22/10/2020 . 6 minit bacaan

    Apa Itu Kanser Prostat: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Kanser prostat lazim didiagnosis dalam kalangan lelaki terutamanya mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas. Rawatan bagi masalah ini...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Prostat, Kanser 22/10/2020 . 6 minit bacaan

    Kenapa Berhenti Jalani Rawatan Kanser Payudara Ketika Pandemik? Jom Sokong Kempen #UnPause!

    Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara ketika pandemik COVID-19 tahun ini, marilah kita bersama menyokong kempen #UnPause. Apakah ia? Baca ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser Payudara, Kanser 22/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    simptom kanser usus

    Kanser Kolorektal Ketiga Didiagnosis Di Dunia, Kenali Simptom Penyakit Ini Dari Awal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan
    barah prostat

    Ambil Tahu Punca Dan Faktor Risiko Kanser Prostat, Cegah Sebelum Terlambat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan
    Pencegahan prostat

    Pencegahan Kanser Prostat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 4 minit bacaan
    terapi prostat

    Rawatan Kanser Prostat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 5 minit bacaan